Saturday, January 21, 2012

Kek Anpanman

Resepi kek Anpanman untuk simpanan dan rujukan akan datang. Resepi dari Yoshiko sensei berasaskan resepi Strawberry shortcake. Dari kelas masakan Jepun. TQ sensei!

Sumber: Yoshiko Sensei
Bahan2,

  • 3 biji telur
  • 3/4 gula halus
  • 1 cawan tepung 
  • 1 sudu besar minyak sayur
  • *Hiasan
  • 300ml fresh cream
  • 1 sudu besar gula
  • 1 tin mixed fruits
  • 1 tin peach
Cara2, 
  • Asingkan telur putih dan kuning
  • Pukul telur putih hingga kembang dan bertanduk (meringue) ketepikan
  • Pukul gula dan telur kuning hingga kembang. 
  • Masukkan tepung dan minyak sayur, kacau sebati
  • Masukkan meringue dan sebatikan
  • Alaskan loyang guna kertas minyak
  • Tuan adunan dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak
  • Keluarkan dan sejukkan sebentar
  • Pukul fresh cream dan 2 sudu gula hingga kembang.
  • Campurkan separuh adunan fresh cream dengan mix fruits 
  • Belah dua kek dan sapukan dengan aduanan mix fruits
  • Sapukan baki fresh cream di keliling cake.
  • Hias dengan buah peach untuk pipi dan hidung
  • Gunakan coklat cair/hershey's untuk mata, kening dan mulut. 

Coklat Anpanman kegemaran Haqem, nak buat hiasan, tapi baru letak terus kene makan. :D

13 comments:

ieda said...

alah2 ... sedap nyeee
bila tgk nie
lom rasa layiee huhuh
ape yg bulat warna pich atas tuu dik ?? hurmmm kalau budak2 tgk nie sure suke bentuk clown tuu ;)

Cik TeN10 said...

best la akak ikut kelas masakan jepun.. sy nk tanya ni.. apa shortcake dgn kek biasa ya ?.. lagi satu, 1 cawan tepung tu byk mna ya?.. sorry banyak tanya pulak.. hihi :)

mast azmi said...

oishisou.. sedapnya..

saya tak pandai la buat shortcake.. macam bantat jadinya.. kena belajar betul2 ni kak :)

ADEEYA said...

Baru nak tanya yang bulat2 tu apa. Buah peach rupanyaa hehe :D

Asmara said...

K Ieda, tu buah peach. kan dah tulis kat resepi. :)

Cik10, tak pasti pulak apa beza, nama dan resepi je kot. hehe.. 1 cawan tepung tu ikut sukatan cawan penuh yg diratakan, tak ikut gram. :)

Mas, resepi ni paling mudah dan senang, guna 4 bahan je pun. mesti jadi. :)

Adeeya, aha betul tu. ;)

Hanis MY said...

wahhh mesti excited anak2 kak as makan... lawak la haqem haha

p/s: okies nanti hanis emel...

anie,Nagoya said...

semlm dah post komen.mana g komen tu?anpanaman ka?anak kkanie dah tak layan anpanaman.hehe... dgn usia mereka tu.next cuba wat deco one piece.

Ain SSB said...

Uihh nampak sedap sehingga menjilat jari je nih! hehe. Thank you for the resipi! :D Bila free & tak malas (entah bila la nihh huhu), Ain nak try la! hehe.

Amie said...

comelnya! anak-anak siapa pun mesti suka tengok ni...kita pun geram!

Ida,Japan said...

so cute kek anpanman ni as...comel ja

Asmara said...

Hanis, tq. :D

K anie, hisashiburi!! mana poei kak! hehe.. eh ni satu je komen akak. anak kecik anpanman anak besar gokaiger. hehe..

Ain, ni senang ni, cepat cuba! :D

K Amie, ni katun popular kat jepun. hehe..

Kak Ida, deco paling ringkas kak, tak menyempat nak deco cung2 macam akak. hehe..

Ena's Palace said...

nanti tolong cipta blog yg leh rasa kek ko bila sesiapa baca eh?
satu lagik...nanti wat la buku resepi..pastu pasarkan...duit..duit..duit..duit..

Cik Sibuk said...

salam kenal..

alaaa, comelnye kek tuuuuuuuuu