Tuesday, January 31, 2012

Omiyage

Omiyage (cenderahati) dari Beppu, Oita. Bungkusan sangat cantik, makanan je pun dalamnya. Kalau beli souvenir dari Jepun memang biasanya akan dibungkus dengan begitu cantik dan kemas sekali. Dalam kotak merah tu castella cake atau Japanese Sponge Cake antara kek yang popular di Jepun. Bahan dia senang je, dah lama teringin nak buat tapi tak terbuat2 pun. ;) Lupa nak ambil gambar cake, sebab esoknya baru makan.
Ini sedap sangat, kuih berintikan keledek manis. Beppu terkenal dengan onsen(kolam air panas), kat kuih pun cop gambar onsen. Alhamdulillah kedua2 makanan ni tak mengandungi bahan2 yang meragukan. Act. banyak jugak kuih2 Jepun yang tak boleh dimakan. Sebelum beli memang tengok ing. dia. Memang selalu teringin nak makan, tapi apakan daya lebih banyak dapat tengok dari dapat makan. ;)

19 comments:

Mixed-family in da house.... said...

aduh cantik nyer kuih jepun....cuteeee.....kak as, tak terasa sayang ker nk makan cute-cute camni? weheeeee......

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Sedap mkn sbb x manis
If kt mesia cepat muak sbb gula selalu terlebey tuang ngeee

MaryaYusof said...

Salam Asmara,

Uish, mcm sedap je kuih tu... kite yg dok o/sea ni mmg kena tgk2 ing. semua...risau tersalah mkn...Seronok tgk yg tinggal di Jepun ni... semua mcm best2 je, jrg nak dgr yg negatif...

Di sana pun gempa boleh tahan kan... doa semoga semuanya selamat... U pun take care jgk di sana ye... skrg tgh winter mesti sejuk menggigil smp ke tulangkan... takde experience lg main salji... kat sini xde salji :(

Terima kasih atas doa :)

Cik TeN10 said...

a`ah.. nk beli mknn mmg kena belek betul2 ing..

jepun punya packaging(betul ke tak eja ni) mmg comel2.. bg diorang mitame (見た目) itu penting.. org tgk je nampak mcm sedap kan so buat org rasa nak beli.. lbh krg ctu la.. ;)

Hanis MY said...

i likee kuih jepun, yumy yum yg dlm gambar tu serius nmpak sedap...

yatie chomeyl said...

kak as tak nak dtg belah2 sini gak ke? ;)

LydSunshine said...

Nasib baik boleh baca tulisan jepun. Kat carrefour kat sini kadang2 ada juga buat jualan produk2 jepun, tapi semua tulis jepun, sepatah huruf pun tak faham. So, tak dpt le nak mencuba walaupun teringin.

kasihredha said...

akak suka yang inti kacang merah :)
tapi luar dia warna coklat.

Asmara said...

Mixed family, makan slow2. hehe..

Ayu, dia guna 100% sweet potato. sedap!

Marya, dah lali dengan gempa, tp mudah2an tak lebih mcm dulu. InsyaAllah..

Fatin, kan! mmg best kalau beli utk bg kat org. ;)

Asmara said...

Hanis, sedap! ala u.. kene beli kat beppu sana. jgn ngidam yg ni tau! hehe..

Yatie, jauh bebeno. uhuhu..

Lyd, kan.. tu la leceh skit brg jepun ni smua tulisan dia je.

Kak kasih, aha sedap!

Ummi said...

Assalam As, waaah kanak2 riang mesti suka dpt hadiah cam gini kan....comel jeerr...suka lak akak tgk lukisan cute jek kat makanan tu..hehe. Dah habis bersalji dah As? ^__^

Nazayiena said...

Comel2 kuih org jepun nie,klu tgk macam xnak mkn je sbb bukan macam kuih...

Ain SSB said...

Ehh comelnyaaa! Ain tak suka sgt keledek but mcm nak try jee! hehe.

Kamalia said...

Nampak sodap je. Xpenah makan kuih yg inti keledek tU
.kami kat sini beli je castela tu kat gyomu supa..adik2 ni kata boley makan, rasa yakin skit nak beli..Tapikan manis yg amat,anak saya mesti hyper jadinya..

ieda said...

cumei2nya kuih nie ..
geram tgk ..
ionti keledek lakkk tuuu
sure sedap kann

Unaizah said...

Cutenya kuih!!

LYAfrina said...

comel..kiut miut..
y kuih tu..skali tgk macam biskut raya mamacarrie lak

Asmara said...

Kak Ummi! salji makin bertambah ada la ni. ;)

K Nurul, hehe.. senang mkn yg comel.

Ain, sedap tau ni. ;D

Kam, haah kan ada yg manis betul. resepi dia mmg letak madu tu yg manis.

K Ieda, mmg sedap!

K Unai, cute kan!

Lyafrina, hehe.. tp lembut je kuih ni bukan mcm biskut. ;)

sue-sama said...

omiyage jpn sgt cantik..klu nk bagi adiah mase kawen pon boleh kan akak..huhu..rindu omiyage nihon