Thursday, January 12, 2012

Laksa Sarawak

Bukan selalu dapat makan laksa Sarawak ni, kalau ada pes baru dapat makan. Nak buat sendiri agak kemalasan dan takut tak berapa nak menjadi. Pes ni bawak tahun lepas, nasib baik cek cepat sebab dah nak expired. Act. ada satu lagi pes yang tinggal. Kene buat dalam masa terdekat jugak ni. Cepat dan senang kalau bahan2 ada. Ikut bahan asal guna ayam dan udang, tapi makanan laut dan darat tak elok campurkan.;) Ini guna daging je sebab kebetulan daging dah siap2 keluarkan malam, tak plan pun nak buat laksa ni. Terbuat ni sebab bawang besar dah kehabisan kat rumah, takde idea nak masak apa kat daging tu yg ternampak pes ni, buat je la. hehe.. Mungkin rasa ada lari sikit sebab guna air rebusan daging. Ikut resepi asal guna air rebusan udang dan ayam. Tapi ok je dah makan tu sedap je. :D
Ini rupa pes dia, agak berminyak sebab dah siap masak dan paket dalam plastik. Pes ni beli kat Sarawak, mak sedara selalu datang semenanjung bawak banyak2 letak kat rumah mak. Masa balik Msia ada ambil bawak sini sikit. Bahan2 dan cara buat pun mudah sangat. Rajinnya saya tulis bahan2 dia. :D

Bahan-bahan.
  • 1 paket perencah laksa
  • 500g udang
  • 1 ketul dada ayam
  • 1 paket meehon
  • 500ml santan
  • 500g taugeh
  • 2 batang serai
  • daun ketumbar
  • 4 biji telur
  • garam secukup rasa.
  • sambal belacan dan perahan limau
Cara-cara
  • Rebus udang hingga masak (tos udang)
  • Masukkan perencah laksa dalam air rebusan udang dan masakkan bersama santan dan ayam
  • Perasakan dengan garam 
  • *saya rebus daging dulu, tak keluarkan daging terus masukkan perencah dan santan, sampai mendidih)
  • Goreng telur dadar, rebus meehon dan celur taugeh. Buat sambal belacan.
  • Siap dihidang seperti gambar. 

15 comments:

Hanis MY said...

wow wii pestime dgr laksa sarawak...

Kamalia said...

Haha..mmg rajin tulis resipi tapi takpe boleh kongsi dengan orang lain kan..
Saya ada lg 2peket,xperasan bila expiry date dia..kono check ni.:p

cik cek said...

Kak cek pun ada pes laksa sarawak yg abg akak belikan..ntah bila la nak buat...tekak ni memang teringin nak makan..cuma nak buat je lum sampai seru lagi...:)

Amie said...

hari ini makan laksa sarawak pulak... tak yah makan nasi dah... nak 3 mangkuk penuh ye As!

Nazayiena said...

Kak Nurul pun lama dah x buat.....paste pun ada lg.

アヌムちゃん said...

tak penah mkn pn laksa sarawak ni..huhuuu..guna mihun je ehh..

LydSunshine said...

Kacang je nak buat rupanya kalo guna pes ni. Tak penah jumpa tapinya kat pasaraya. Kat mana nak cari ye.

Cik TeN10 said...

oo cenggini rupanya laksa sarawak ea.. mmg jauh bebeno bezanya dgn laksa kedah.. oishisou.. :p

Asmara said...

Hanis, nak rasa ke? ada sepeket lagi. tp agak kepedasan. :D

Kam, kene cepat2 nnti rugi tak boleh makan. tak renyah pun, cepat je siapnya. :D

Kak cek, kene buat ni, saya ni pun bukan main lama menyimpan, mmg tak berseru nk membuatnya. hehe..

Asmara said...

Kak Amie, wahaha.. 3 mangkuk penuh ye. aha ok! :D

Kak Nurul, wah kene buat jugak ni. :D

Anum, haah ikut resepi yg tertera. :D

Lyd, alamak x pasti ada jual x pasaraya. ni beli kat swak. :)

Cik10, aha sedap jugak, pedas2 gitu.

Syaima' said...

aaaa sedapnyeee dulu tiap kali raya masa student mesti makann sebab ramai org kawan org swak study samaa.sedap2

Asmara said...

Syaima, sedap kan sekali sekala makan ok la kan. :D

Ziera Ieyah said...

da pnh rase da..sdap. mber try msk aritu. hehe

farz zull said...

wahh2, terliur jugak ni...jarang makan laksa sarawak, selalu laksa penang jep...hehehe

mai semua singgah my blogshop 'freshie belek', rempah mee bandung, tepung magik semua ada...;)

Asmara said...

Ziera, oh ye. sedap kan! :D

Farzzull, oh tq. :D