Friday, January 13, 2012

Islam in Japanese -Ikegami Akira (Sekai Wo mi ni Iku)

Semalam dan minggu lepas ada rancangan khas mengenai Islam ditayangkan di TV Jepun. Jarang sekali penerangan tentang Agama Islam di kupas dengan begitu mendalam oleh mereka yang bukan beragama Islam di Jepun ni. Tapi memang sangat respect kat Ikegami Akira ni, dia boleh buat kajian yang sungguh mendalam dan penerangannya tentang Agama Islam sungguh jelas, padat dan sangat mudah difahami malah lebih baik dari orang Islam sendiri. Moga hidayah sampai pada dia dan juga penonton2 terutama Japanese yang menonton rancangan ni semalam dan minggu lepas.

Sedutan episod minggu lepas, tiada subtitle tapi sangat menarik untuk dilihat. Tentang Agama Islam di Saudi Arabia. Cara hidup orang Islam dan amalan2 harian di negara Islam sebenar. Harap2 video ni ada yang sudi letak subtittle, boleh memberi ilmu untuk dikongsi bersama.

Untuk episod malam tadi lebih menarik, beliau membuat kajian tentang perkaitan agama2 yang dianuti umat seluruh dunia dengan berita2 semasa, dan kenapa punca utama pergolakan Islam berlaku di Tanah Arab, tentang Israel, pertikaian tentang Jerusalem dan ada juga bercerita tentang sejarah perkaitan agama dengan pentadbiran di US. Walau kita beragama Islam tapi rasanya masih cetek ilmu pengetahuan tentang sebab dan mengapa Islam boleh tersebar dan mengapa ada kaum yang berpecah belah. Selain itu beliau juga berpeluang menjejakkan kaki di Dome of the Rock. Mudah2 ada yang sudi upload lagi rancangan malam tadi. Sekadar perkongsian ilmu yang menarik untuk semua.
Dome of the Rock

17 comments:

Hanis MY said...

huhu tak sempat tgk, nampak iklan tapi tayangan dia awal sgt belum balik, sib baik boleh tgk kat sini arigatouuuu...

Frommetoyou said...

Minggu lepas punya tak tengok..smlm pn terbukak cahnnel tu sbb xtau pun sbnrnya..tap phm gitu2 jela sbb xde hubby huhu...hope ada yg letak subtitle dia lps ni...xpun k.as la tlg translate kan.hihii

Ijah EmoTemo said...

menarik ni :)

My name is Pqah said...

Sggh teruja apabila rncgn seperti ini disiarkan di sebuah negara yg penduduknya bukan Islam.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

smlm sempat tgk citer
mmg mudah paham dia citer
tgk kat arab beli makanan pun ada ladies & man side ek...sugoi

LydSunshine said...

Ni kalo saya tgk rancangan ni, ada potensi besar tak faham apa dia ckp. :D

Papa Mifz said...

bagus eh ado rancangan mcm tuh kat jepun..walaupun islam kat sano maybe minoriti jer..

dayot said...

Thank you Kak As share,tak sempat tengok yang last week punya. Memang seronok tengok Ikegami sensei ni terang kan:)
Selalu berdoa supaya sensei dapat hidayah.

Nur Zulaikha said...

wahhh..tak sangka lah..bagusnye..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam asmara.makasih singgah ke blog k.atie.laksa sarawak tu nampak sedap...tp k.atie xpernah makan :D.

Juwita Jamaludin said...

Tula sama gak x sempat tgk semlm.. Tp tgk iklan dia... Leh tgk kat sini..:)

diha said...

wah..hopefully akan ade org wt subs lpas ni. Nak fham jgk..hehe ^^

izahdaut said...

ooo semua diorg kaji ek. sampai berbalahan tu.. saya pun nak tahu tu.. sebab tak berapa jelas puns ebab n sejarahnya. bagus kalau ada sbtitile kan

Cik TeN10 said...

thanks kak as letak video ni.. lately jarang tgk tv... so mmg taktau la sal program ni.. emm seriusly rasa teruja tgk video ni.. bg sy video ni sgt mudah difahami.. org yg langsung taktau pasal islam pn bleh tau mcm mna islam tu secara kasarnya.. dia cerita dari bab rukun islam sampai la ke life masyarakat islam di arab mcm mna..then dia kupaskan tentang ekonomi org islam dekat saudi arabia.. terbaiklah !! harapnya ada org jepun yg tengok video ni terbuka hati utk mendekati islam

Soo Hae Daa said...

Bgus eh dorg...walau bkn beragama islam tp bt crite psl islam..jrg kn didgr...hrp2 de subtitle..br leh fhm...wuwuw

Cik Sara said...

macam menarik.. tapi tak faham..huhuhu..siapa nak tolong subs?

kyo_9 said...

huhu..
panjang episod dua2 nih..
saya dah tengok kedua-dua nye dan alhamdulillah berpuas hati dengan penjelasan yg Ikegami beri..

rasa nye dah ada orang upload rancangan nih.. tapi yg subtitle nyer memang sakit sket la.. hoho~