Tuesday, January 10, 2012

Kani@ketam

Musim sejuk ni ada pulak ketam keluar. Lama tak makan ketam, boleh kira dengan jari membeli ketam kat sini. Act. bukan ketam biasa yang comel2 macam kat Msia tapi yang ni jenis king crab atau dipanggil tarabagani. Ketam ni dari Hokkaido, harga memang agak kemahalan. Nampak kecik tapi act. besar ni. Memang puas makan macam tu je. Jumpa ni dekat supa(supermarket) berdekatan rumah, jarang ada, kalau ada pun ikut musim. Dah nampak tu terus je ambil, paket ni size dia sebesar sinki, sebab letak kat sinki rumah kami pun tak muat. Kami beli ni dah siap2 rebus. Plan asal nak buat masak lemak, tapi tak menyempat, balik rumah terus rebuskan sikit dan makan macam tu je. Memang syok dan kenyang. Isinya sangat tebal dan manis, papa tak berapa suka makan ketam sebab katanya tak berbaloi, hehe.. nak buang kulit bukan main lama. Tapi yang ni semua mama tolong buang kulit dan hidang isi je untuk papa dan anak2 makan. Sangat puas hati makan jenis tarabagani ni. Sekali sekala makan tak kisah la kan. Kat Msia mungkin susah sikit nak jumpa jenis ni yang fresh. Memang puas hati berbaloi dengan harganya. :D

16 comments:

Ijah EmoTemo said...

Dah lama sgt tak mkn ketam hihihi

Kamalia said...

Yg ni la ketam yg akk cerita aritu yek?mmg bestkn.manis sungguh isi dia,brbaloikn dgn harga.:)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

now mmg musim kani
sana sini kani
sedap dapat makan kani hokaido tue
weols pow baru jer beli

アヌムちゃん said...

waa nak makan kani gak..tapi tulaa.mahal kan.huhu..new word hari ni tarabagani.hihi

Nieza said...

sedapnya ketam...kalau saya mkn ketam memang tak nampak nasi dah suka ratah gitu jer:)

I`mulan said...

kani amat diperlukan di Malaysia nieh sebab sekarang ramai sangat kawan2 sedara kena demam denggi.. Musim rasanya... ;-)

Amie said...

agaknya kalau nak makan ketam puas2... rebus aje,cicahlah dengan apa2... itulah ajaran kawan Kak Amie, an kalau beli 3 kg, semuanya rebus aje

cik cek said...

Masa akak kekecik dulu arwah mak selalu masak ketam rebus + ngan daun kunyit...emmm...sedapnya...:)

Irfa said...

hai salam kenal..
wah..blog yang nampak menarik utk di khatamkan ;)

suka gak ketam tp isinya sikit sgt.tak puas makan

LydSunshine said...

Kat Malaysia yg kecik2 pun mahal. iniplak kat jepun. Harga brg2 kat jepun dah sedia maklum mmg mahal ye tak? Huhu...

My name is Pqah said...

yUMMy! Mcm snow crab @ red snow crab yg slalu tnjuk dlm documentary...

Lady Lavender said...

waaa..bestnya kalo makan ketam ada org tolong kopekkan isi siap2 hehee...nampak segar sangat. kami sekali sekala makan ketam air batu aje :-)

Asmara said...

Ijah, sama la, sekali sekala mkn ok kan. :D

Kam, haah, kan. isi dia mmg sedap sangat mmg berbaloi la. :D

ayu, Hokkaido punya yg paling sedap!

Asmara said...

Anum, beli online pun ada. :D

Nieza, sama la. kami pun ratah mcm tu je.

Imulan, haah kan kalau denggi ubat dia minum sup ketam. :D

Kak Amie, betul la tu. paling sedap kene rebus baru puas makan, rasa isi dia yg sebenar. ;D

Asmara said...

Kak Cek, ketam besar ni mmg puas makan, isi banyak. :D

Irfa, tq. Ini jenis besar mmg puas makan. :D

Lyd, aha betul tu, harga brg dia standard bersesuaian dgn gaji diorang dpt. :D

Teratak Hami said...

Akak malas jugak nak masak kani. Kang jadik mangsa kena kopekkan untuk anak2 :-)