Tuesday, January 24, 2012

Haziq dan Pianica

Haziq dan beg pianica
Hari ni Haziq start dicutikan sekolah oleh sensei selama seminggu. Sekolah kene tutup sebab ramai pelajar kene wabak Influenza, jadi pihak sekolah ambil langkah keselamatan dengan menutup sekolah, Influenza senang berjangkit. Risau la jugak mama, Alhamdulillah buat masa ni nampak budak2 ni sihat lagi. Moga dijauhi penyakit berjangkit dan sentiasa dilindungi. Amin.. Batrisya pun ada beritau kelas dia pun ada pelajar kene Influenza. Kanak2 dinasihatkan memakai mask kalau nak keluar rumah termasuk la orang tua. Hari ni cuaca panas malas pulak nak bawak main kat luar, bila 2 orang (Haziq dan Haqem) ada kat rumah memang berkawan sangat diorang ni. hehe..
Eh nak cerita tentang Pianika Haziq, masa cuti sensei bagi bawak balik Pianika ni untuk praktis kat rumah. Sekolah Jepun memang wajib budak2 pandai main Pianika ni, ala macam kita sekolah rendah kat Msia kan wajib ada recorder (eh skrg ada lg ke?) untuk pelajaran Muzik. Kat sini boleh kata semua alatan muzik diorang kene cuba. Kecik2 tadika dah diajar guna pelbagai alatan muzik.
Start training, nanti ada persembahan bulan 2. Haziq hafal chord2 lagu. Mama tak ingat lagu apa dia kene hafal. Tapi nampak senang. :D
Bekas untuk Pianica, Batrisya pun ada beli satu guna kat sekolah rendah dia.
Comel je tengok jari jemari tu menekan, nanti kita pergi kelas piano nak Haziq. ;) chord dia sama macam piano, ini basic untuk budak2. Tapi asyik main bingit la pulak telinga mama, haha..
*Kenangan Haziq bersekolah di Jepun. ;)

19 comments:

Hanis MY said...

hantar la dia g kelas piano kak as ee mesti syok kan... bestnyaa... influenza ada balik eh... takut la pulak huhu...

ADEEYA said...

Seronoknya, time sekolah rendah asyik hafal chord recorder je hehe seronok main music ni. :D

kurus said...

amboii haziqqq .. pandai main nie ;)

Unknown said...

teringat lak dulu2 akak masuk pancaragam sekolah, pianica nilah yang akak main As...:)

Unaizah said...

Baguslah education system Jepun. Bukan tekankan academic excellence je tp overall termasuk skills. Berguna utk masa depan. At least bagi budak yg "kurang" pandai akademik, boleh cungkil kepandaian dlm bidang lain. Takde la rasa inferiority complex.

Cik TeN10 said...

uihh dtg balik ea influenza tu.. ingtkn dh hilang dah.. huhu be careful lah ea..

wahh kecik2 dh pandai main.. sy kl alat2 muzik mmg fail !! menangis cikgu muzik dgar sy main.. haha :p

Ijah EmoTemo said...

mcm syok je tgk haziq main benda tu hihihi ;)

Nadiah Sidek said...

teringat pula masa zaman sekolah rendah dulu..kawan saya ada main alat muzik tu

Cho Zila said...

memang budak2 baguih kalau dapat belajar main muzik tapi akakni nak hantar kelas muzik kurang kemampuan sikit... comeljer haziq...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

mcm yg si adam main ekkkk
haziq sama ngan adam suka main pianica....k.as last kat nihon bulan biler??? ada rezeki x nak jmpa weols ni???

Unknown said...

untung anak2 bersekolah kat jepun kan..swimming pun diorang ajar..

bagi anak2 makan extra vit c.. biar kuat sikit immune diorang..

シャイマ said...

comel nye haziq main pianica! tgk gambar2 kat bwh ni rumah kak as sgt cantik!thumbs up!

Asmara said...

Hanis, tu la taun ni x amik pulak vaksin. *papa kata balik msia nnti. hehe..

Adeeya, sek jepun mmg wajib main alat muzik. :D

K Ieda, kene praktis selalu. :D

K Yus, aha kan. kita dulu tak ingat lak. hehe..

Asmara said...

K Unai, betul kak. Diorang byk kemahiran, muzik salah satu mcm subjek wajib je. hehe..

Fatin, hihi.. xpe tak penting kalau x pandai, tp kalau pandai satu kelebihan. ;D

Ijah, syok la tu!

Nadiah, oh ye kan. zaman sekolah rendah. hehe..

Asmara said...

Cho Zila, haah kan mcm tuition pulak nnti. ehhe..

Ayu, Insyaallah Okt kot. meh le dtg. ;D

K Rai, bdk2 ni mmg mkn mikan hari2 tu yg jrg sakit. Alhamdulillah, senang mkn buah2an dan ubat jugak. :D

Syaima, meh dtg! hehe..

nur easy said...

mil kemas2 rumah jumpa menda ni.. tn muda pun gigih tiup2 ;)

Teratak Hami said...

Ha ah dulu zaman sekolah akak main recorder jek. Main lagu Negaraku.

Ena's Stories said...

da besar...len muka haziq nih

ijan said...

Pandainya Haziq. Nanti besar pandai main piano pulak. Macho gitu :D