Wednesday, December 28, 2011

Santa Claus datang bagi hadiah..

Alhamdulillah.. rezeki petang Sabtu haritu, ada orang tekan loceng pintu, ingat siapa la datang dalam cuaca salji lebat haritu. Ini memang betul santa claus yang datang bagi hadiah untuk budak2. haha.. kat Nihon pun ada santa jugak. Act. ada sorang ojisan(datuk) yang datang bagi hadiah kek untuk Batrisya. Sepatutnya petang tu ada jemputan untuk Christmas Party tapi Batrisya tak pergi pulak, kebetulan cuaca pun tak mengizinkan nak keluar rumah. Punya la baik hati ojisan tu ingat kat Batrisya, dia bagi kek dan snacks yang berbungkus. Tau pulak tu apa yang boleh makan dan tak boleh makan. Terima kasih banyak ojisan yang baik hati tu.
Seriously kek ni memang sedap giler! hwaa.. teringin nak makan lagi. Mama dapat makan 1 slice je, kebetulan ada orang dtg rumah, rezeki dia la dpt mkn lebih. Haqem tak makan sebab dia tak suka bahagian yang creamy tu, Haziq dan Batrisya pun suka jugak, tapi dia tak makan pulak bahagian yang ada kekacang. Memilih betul budak2 ni. Kek ni keluar special time krismas je. So far kek2 yang dijual kat sini memang tak boleh makan, sedih! mmg tak pernah beli kek kat Jepun ni, sebab ada alkohol. Kami dah check ing. dia memang tak meragukan, papa pun siap call lagi nak tau bahan apa yg digunakan, biasa Fujipan punya ing. mmg boleh makan. Roti yang boleh makan kat sini pun yang kat 7e je, comp. yg sama buat kek ni. Tapi lain tempat lain bahannya, walau jenama yang sama. Biasa kami suka call je nak tau bahan apa yang digunakan. Yeay! gembira dan berbunga rasa hati dapat makan kek sedap orang lain buat. haha..
Dan rezeki jugak dapat coklat dari Malaysia. Rindu nak makan coklat sedap2 dari Msia, sini banyak je coklat, tp yg boleh makan pun limited sangat. Bab makan la tak syok sekali kat japan ni. hehe.. Terima kasih pemberi coklat dan kek ni. Moga dimurahkan rezeki selalu buat mereka. Amin..

15 comments:

Rai said...

paling heaven masa duk jepun.. walau pun masa kat malaysia sushi dan sashimi memang tak lalu kat tekak..tapi bila dah sampai sana semua benda pun saya bubuh..

roti dan kek memang susah sikit nak cari yg ok kan..paling2 tidak pun diorang bubuk shortening..so mmg nak kena tanya..tapi saya banyak ikut sempai je..sempai kata ok saya pun makan je..dasar malas nak bertanya..hehe..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

auwww so lucky batrisya dpt hadiah byk plak tue...but mmg ojisan kat sini baik2 belaka khen...maybe budak kurang kot...

LydSunshine said...

Apa nama kek tu? Tira misu ke?

cik fadh said...

kek tu btol2 menyelerakan..huhhh !

sue-sama said...

sedapppnye coklatttt

FattKiraa said...

wahh . . . macam sedap jer kek tu . .

n_n

~ yus ~ said...

memang nampak sedap keknya as. Akak tengok je dah teringin...

Baik hati betul datuk tu ya!

Nieda said...

best,best ...sapa lah nak ketuk pintu kat rumah akak mlm ni??

Asmara said...

Kak Rai, act. kami pun ikut sempai je, tp kdg2 suka nak try mknn lain tu yg rajin call bertanya. Sashimi sini mmg enak sgt mkn. suka mknn jepun! pasti merindui nnti. huhu..

Ayu, bdk sama je ramai, tp maybe dia dpt jemputan tp tak pergi tu yg dia bg. hehe..

Asmara said...

Lyd, rasanya mousse chocolate cake. rasa sama resepi yg tu. :D

Cik Fadh, ala xpe u boleh beli je kat sana. :D

Sue, mmg sedap! mkn dgn penuh kenikmatan. haha..

Asmara said...

Fattkira, mmg sedap giler! hehe..

Kak yus, tu la rezeki kan! :D

Kak Nieda, ala kat sana ramai je jiran tetangga yg selalu tukar2 juadah. kami ni setahun payah sekali. uhuhu..:D

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..sedapnya tgk kek ni...Emmm prihatin dan sensitive jiga Pak Cik tu yaaaa...sib baik semuanya boleh dimakan...Wahhh sesekali dapat lepas rindu bila dapat makan choc...syok nyaaaaaa

Zurina Hj.Zainal said...

term...bestnye ada santa claus dtg rmh bagi hadiah....kt malaysia ni nak harap santa dtg....bertuah...

coklat tu nampak mmg menarikkkkk!!!

Teratak Hami said...

Dulu akak tengok ingredients jer. Takde shortening, takde alkohol dan takde benda2 lain yang was-was, makan jek. Coklat kat sana pun sedap2 kan. Morinaga ??? ada kan??

Nazayiena said...

Sedapnya kek tu,ye le duduk kat negara org bab makan nie nak kena hati2 sblm mkn.....