Thursday, December 29, 2011

Laksa Kelantan

Teringin la pulak nak makan laksa kelantan. Gara2 tengok Kamalia tunjuk laksa kelantan, terasa2 pulak nak makan. Nasib baik bahan dan cara buat senang. Kebetulan beberapa bahan ada kat rumah, tu yang terus buat. Ulamnya guna apa yang ada je. Lagipun budak2 bukan makan sangat sayur, tengok2 makan laksa dgn kuah ikan tu je. Haziq lagi best dia boleh mintak sosej pulak letak dalam laksa ni. hehe.. Cari resepi jumpa kat blog Cikmat. Sambal belacan tu terlebih belacan (stok belacan yg melampau kat rumah, kene habiskan cepat dah nak expired), cili merah pun tinggal sebiji, guna cili hijau yg lebih, dah rupa tak cung. Takpe yg penting tetap rasa sambal belacan. Betul kata cikmat laksa ni WAJIB ada sambal belacan kalau tak memang kurang rasa. Terima kasih atas resepinya. :-)

Sumber : Cikmat Gebu
BAHAN KUAH LAKSA :-)
5 ekor ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
1/2 camca besar gula*
1/2 camca teh garam*
Gula melaka sebesar ibu jari, dihiris*
2 cawan air*
1 keping asam gelugur*
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
3 keping asam gelugor
1 genggam daun kesom (resipi asal tak letak)
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah
1/2 inci halia

BAHAN LAIN :-)
Laksa secukupnya (mat guna laksa segar)
Hirisan halus timun
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan bawang besar
Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan kacang panjang (mat guna kacang buncis)
Sambal belacan ( 5 biji cili merah + 1 inci belacan + sedikit garam = tumbuk halus)
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang. Kisar tulang ikan tadi bersama air rebusan dan tapis. Kemudian kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kesom dan renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LAKSA KELANTAN :- Masukkan secukup mee laksa dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa dan letak bahan2 ulam beserta sambal belacan dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera....

22 comments:

laskar pelangi said...

rindunyaaaa nak makan laksa :)

Zurina Hj.Zainal said...

laksam...favourite i ....hehehe..

cik cek said...

Perut lapo ni...dapat semangkuk laksa ni alangkah bestnya...:)

LydSunshine said...

Awak org kelantan ke Asmara? Sebab jarang org suka laksa kelantan selain org2 pantai timur mcm saya *blink blink -kelip mata laju2*

Papa Mifz said...

tak pernah try mkn laksa kelantan nih..

Nieda said...

Eeeh ! Kebetulan pula. Akak tayang laksa Penang , As laksa Kelantan . Belasah ajalah

ieda said...

nampak sedap je laksa kelantan nie
akak x pernah makan layie :)

syieda said...

ya allah... sedapnya..... ni yg nak try..

Kamalia said...

Amvoi..da buat ke? Sng x nk buat die?mls nak baca resipi tuh..ekeke
Xberani nk buat laksa sndiri lg kang xjd tensenmak;p

kasihredha said...

sukeee...kalau tambah belacan lagi kawww

Hanis MY said...

comel je haziq makan dgn sosej hehe... terliurnyaa hanis mmg suka sgt laksa kelantan ni berbanding laksa2 lain, wahh mana dpt daun kesum? dr mesia kak As?

Umie said...

kak as...tabetai!!!

arghh, stress tengok gambo laksa... nie yg nak buat laksa gak esok nih...hohoho

Teratak Hami said...

Kelantan pun ada laksa ke?

Tekak "suam-suam" + kelat2 gini memang teringin nak makan laksa.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..rindunya lama tak makan laksa kuah putih, tapi kalau kat tempat Sue selalu kitorang guna laksa gandum..Sedapkan kalau adasambal belacan sekali

Amie said...

ooowhhh...kalau makan laksa kelantan, nak kuahnya lebih2 sampai tertutup laksanya...aduh! enak banget nih!

sue-sama said...

nyam nyam nyam

Asmara said...

Laskar, jom buat! :D

Kak Aju! ai tau! hehe..

Kak Cek, laksa pedas. hehe..

Lyd, bukan! hehe.. sy org johor+swak. tp semua mknn pun sy tak kisah boleh je makan. :D

Asmara said...

Papa mifz, antara resepi tersenang nih. :D

Kak Nieda, oh ye! :D

Kak Ieda, oh yeke jugak! :D

Syieda, meh buat. :D

Asmara said...

Kamalia, hehe.. amacam jadik x? sedap la tu!

Kak kasih, mmg kene mkn ngan sambal belacan nih. :D

Hanis, daun kesum kering. dah bertahun dlm esbok. hehe..

Asmara said...

Umie, ala kita buat guna apa yg ada je. udon ngan mackerel pun jadilah. hehe..

Kak Hami, laksa ni tak masam tp pedas. :D

Sue, tu yg panggil, laksam ye. :D

Asmara said...

K Amie, ini isi lebih dari kuah. hehe..

Sue sama, :D

Nazayiena said...

Laksam lama dah Kak Nurul x buat,dulu di Sibu rajin juga membuat sbb sana jarang ada org jual kecuali bazaar ramadhan je tu pun kadang2.