Monday, December 26, 2011

Salji yang melampau...

SubhanaAllah.. Melampau la sangat! hikhik.. tapi mmg ye pun, ntah kenapa kawasan kami ni salji turun macam baru tumpah dari langit. Dalam masa sehari je dah naik hingga paras pinggang. Tak larat nak mengharung salji sebegini tebal. Tu gambar sebelum dan selepas. Tengok atap je.
Fokus kat orang atas bumbung tu, kat sini tiap hari memang kene selalu bersihkan, kalau tak makin meninggi dan makin susah nak bersihkan.
Tempat budak ni main minggu lepas dah tak boleh main dah, lebih tinggi dari Batrisya sekarang. huhu.. Gambar kerusi atas tu ambil minggu lepas, kerusi bawah tu ambil semalam.
Ni betul2 jalan nak masuk rumah, gambar first tu tapak kaki mama (bukan tapak kaki lagi dah sampai pinggang), kene buat jalan sebab tak boleh nak lalu. Sebelah tu dah kene gali sikit, baru ada ruang nak lalu. Walau dalam bangunan, tempias salji pun memenuhi tangga nak naik rumah. Basikal ni pun bawah bumbung tapi angin kuat bawak salji sampai penuh tempat laluan. Memang begini tiap2 tahun musim salji di sini. Pasti akan merindui suasana salji yang sebegini tebal nanti. :D

33 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ya ampun kowaii giler kalo gini
ikut la sebab ada ribut sajli khen...tgk dlm tv mmg teruk sgt....

Ijah EmoTemo said...

uishh tebal sgt ni heheheh

Unaizah said...

Enjoy it while you can :) .... Akak rindu sesangat snow. Walaupun dulu tak sanggup nak redah tp sekarang rindu dingin salji.

Syaima' said...

aaa kesiannya! mesti penat kan and malas sgt nak keluar rumah.sini sampai lutut je baru hr tu plg tggi. hehe. snobod tatau la dah duk tempat penuh snow ni, rasa tak lalu nak g main haha. dulu time belajar tiap tahun mesti pegi. akak pegi main snobod kat manaa

Ira said...

2, 3 hari syok le dlm salji tebal camni. kalo 2, 3 minggu?? haihhh..

Hanis MY said...

adoii pengsan! seronoknyaa..leh guling2 kalau kat sendai mesti tak seronok tang nak g kampus, jenuh la mi nak tolak semua yuki tu...

Lady Lavender said...

waa...tebal sungguh! tahun ni salji 'hilang' kat Finland hiihii...

Kamalia said...

Uishh,smpai kat dlm bangunan ek?kami kat bwh2 ni mmg byk,tp xdela sampai paras pinggang kot..scary mak nk dtg sana..

et said...

wah...pengsan tengok salji tebai..huhuhu..cantiknyaa..putih bersih

cik cek said...

...uuuu....uuuu...sejukkkk...sejukkknya...mau beku ni...he he...

アヌムちゃん said...

kalau tebal mcm ni, mainichi yuki daruma o tsukuritai yo..huhuuu

Lulu Caldina said...

kak, teringin nak tengok dengan mata sendiri ;)

✿MisS NadRAH♥ said...

bestnya salji=)

Fazlinil Irma said...

fuuhhhh... sampai pinggang. kalau sy baring pun confirm tenggelam. hihii.

kasihredha said...

walaupun melampau....tapi cantikkkkk sangat2

LydSunshine said...

Takleh la kuar rumah ek? Mcm bahaya je. Takper Asmara. Kat sana salji, kat sini nak jugak. Kita ada banjir kat sini. Heheh. Tapi kaler dia keruh la tak seputih salji.

Juliet_iRa~" said...

tebalnyaa..

msti rs mls nak kuar rumah je kan kak?

Juwita Jamaludin said...

As tebalnya sejuk jgn kata la.. Tapi memang tabal la

~ yus ~ said...

tebalnya as!!!
Mesti sejuk gila kan, dan mesti bercinta nak kuar rumah kan...

Sure, as mesti akan rindu punya suasana salji tebal macam tu...huhu

JaSSNaNi said...

ooomakkkkk ai.. punya la tebal.. memang melampau ni.. sure sejuk gila2 punya time ni kan.. huuuhuhu.. mcm mana la nak stand kat cuaca sejuk camtu ye.. adoiiii , sure 1 hari yg panjang..

Rai said...

tengok camni seronok la kan.. kalau kat sana sure sejuk gila.. tobat nak nangis..hahaha..

yatie chomeyl said...

harap2 smpt la merasa salji lg tahun ni. mula2 turun bets la kan kak, lama2 cengigni penat gak nak mengharungi :)

sue-sama said...

akak, nak sikit salji!

Princess Nur said...

tengok pun dah sejukkkkkk

Woofer Storm said...

bestnya salji,tapi diri tak tahan sejuk..hehee

Asmara said...

Ayu, sini xde ribut teruk, cuma angin tiup kuat sekejap2. tp bila panas nice sangat.

Ijah, tau xpe. huhu..

K Unai, thanks, betul tu, nnti rindu2an..

Syaima, sini byk skijou. paling dekat 15 minit pun ada. :D

Asmara said...

Ira, bukan 2/3 minggu, kat sini 3-4 bulan! huhu..

Hanis, nasib baik jln kaki je semua org. hehe.. time shopping baru bwk kete. :D

LL, belum tiba lagi tu.

Kam, meh la rasa, bdk2 mmg hilang terus la dr pndangan. hehe..

Asmara said...

Kak ET, haha.. pengsan!

Kak cek, peti ais dah tak diperlukan. hehe..

Anum, nak buat satu pun susah, hehe..

Lulu, meh la melancong ke sini. :D

Asmara said...

Nadrah, best! :D

Irma, tak tengelam sampai bwh pun, sikit je. hehe..

Kak kasih, kan! mmg cantik sangat, saya mmg suka tengok. nnti pasti merindui..

Lyd, masih boleh keluar rumah. ada lori tolak salji buat kerja tiap2 pagi. :D

Asmara said...

Ira, kalau tebal mcm ni, mmg malas. malas nak gali salji. hihi..

Ita, jom main salji sini. :D

Kak yus, betul tu, lambt lg la nk jumpa selalu. huhu..

Kak Nani, 4 bulan yang panjang, gini la saljinya. duk dlm rumah pasang heater. hehe..

Asmara said...

Kak Rai, aha, tengok mmg best, nak harung yg x begitu nak best. hehe..

Yatie, sempat la kot. naik atas gunung je nnti. :D

Sue, meh jln sini.

Nur, sejuk!

Woofer, best! :D

SURIA AMANDA said...

kita yang x alami musim salji ni memang seronok tgok..mcm best jer kan..tp kalau dah hari2 mengharung salji ni...ntah la..x leh nak kata apa la kak kan?

Irfa said...

tak terbayang kalau duduk dalam ais cam ni..main salji kejap je kat NZ dulu pun smapai merah2 hidung