Monday, December 5, 2011

Natto ~ Makanan kegemaran..

Natto merupakan salah satu makanan tradisi bagi orang Jepun. Bukan orang Jepun je yang makan, kami melayu ni pun suka sangat makan natto. Kecuali papa yang tak makan dan Batrisya yang biasa makan tak habis. Boleh dikatakan jadi makanan harian kami tiap hari. Haziq paling suka, kadang2 dia makan nasi dan natto saja.
Natto ni act. kacang soya yang diperam, lebih kurang macam tempe tapi lain cara peram dia. Natto ni ada banyak jenama di pasaran. Antara yang tersedap, Natto dari Mito dan Kumamoto. Natto yang beli ni dari Mito, selalu keluar iklan TV. Dalam set natto ni diberi soyu dan mustard. Tapi biasanya mustard tak boleh makan sebab ada campuran alkohol. Tak semua natto pun boleh dimakan sebab setengahnya memang dicampur sake(alkohol diperbuat daripada beras). So sebelum beli kene check bahan dia. Saya letak mustard lain untuk ganti mustard yg diberi tu. Biasa natto dijual dalam satu paket yang mengandungi 3 bekas. Harga pun murah dlm lingkungan 60-140yen, yang saya beli ni 98yen.
Cara makan senang je, campur semua bahan, lepas tu kacau hingga berbuih. Dah siap boleh dimakan dengan nasi. Tak ramai orang boleh makan Natto, macam papa dan Ayu ni. :-) Saya mula2 mencuba makan natto ni pun tak berapa boleh nak telan. Sebab bau dia yang sedikit kuat. Tapi lepas makan kali kedua terus jatuh cinta. Sampaikan hari2 mau makan macam ketagih gitu. hehe..  Selain mama, Haziq dan Haqem pun suka sangat, satu bekas tu boleh sorang habis makan. Haziq pun lebih suka makan natto dan nasi je, biasa mama letak telur dadar, kalau japanese diorang akan makan dengan telur mentah. Itu mama tak boleh telan la. Tapi apa pun Natto tetap antara makanan berkhasiat dan menjadi pilihan saya tiap hari. hehe.. Saya tak pasti kat Msia ada ke tak Natto ni ye. Kalau ada boleh la cuba makan. :D

27 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

dah angkat bendera putih awal2...
heroes ai tue semua layan yg si mama jer demand sket ngeee

アヌムちゃん said...

teringin nk mkn tp hubby tak mkn and slalu mcm kalau dah beli kne habiskan.so tu yg x try2 smp sekarang tu.huhuuu

anie,Nagoya said...

hahaha...tawa besaq tuk ayu.rudi org yg tak mkn nato ni.kan as?dpt yg kacang besaq2 tu sedap sggh.dulu pun kkanie tak mkn lagi2 bau nya.tp semenjk dah reti mkn, bau nato pun jadi sedap.kan?

Nieda said...

Nanti balik malaysia kena mkn tempe pula ganti Natto

sue-sama said...

sue nak cuba la mkn natto..rindu tempe goreng :(

Jue said...

jue pun suka natto kak as..sedaaappp!! memula mmg geli bila kacau dia mcm bertali2 gitu..tapi lepas masuk mulut terus suka..

# natto ada jual kt Jusco kt Msia..tapi x sure semua jusco ada ke x..pernah nmpak kt mv

PINATBATE said...

owhh..! nak kena cari kat jusco ni

JaSSNaNi said...

oooo, nato tu cam tempe la.. tapi still rasa cam lebih sedap dari tempe.. hmmm.. nak rasa gak.. :( huhu.. camne tu ?

LydSunshine said...

Ke mcm tauchu? Nampak basah je. Tapi bleh tahan ke makan cenggitu je asmara? tanpa lauk lain? Hebat tul.

Soo Hae Daa said...

owhh...td bru nampak pic ala2 gni kat jusco..hehehe...tp, bukan real natto...mknn pe ntah perisa natto..eheheh

pe rsnye kak?

Amie said...

kiranya natto ni mengandungi protein ye Asmara....

kasihredha said...

tak pernah makan
jadi teringin nak cuba :))

Cik TeN10 said...

Fisrt time ni dgar org mlyu kt nihon suka mkn nato !!! Sy mcm kak ayu jugak mmg surender awal2 la.. Bau je pun dh nk termuntah rsa.. Perut mmg xdpt nk terima... Ngeee

Teratak Hami said...

Kalau ada makan, kalau takde, tak carik punye. Sampai dah lupa rasa Natto. Masin2, masam2 gitu ke?

Hanis MY said...

i like natto! mi pun dulu satu masa tu hari2 makan, bento pun natto tapi skrg takdelah over acting cenggitu hehe....

ye ke? yeayyyy? bila? nanti roger2 eh, mesti naik sampai morioka ni jumpa kamalia...

Atashi In Hiroshima said...

saye tak berani nak try...maybe tak leh kot. mustard pun saya tak suka sgt2. :D

Ain SSB said...

Ain dah bertahun nak try makan natto ni la Kak As, but tak pernah jumpa! Nak suruh Ain pegi Jepun jugak la tu! :P

Asmara said...

Ayu, Anum, ramai tak mkn eh. :D

Kak Anie! yes! kita geng, kan dpt yg kacang besar2 tu lg sdap. nak sedap beli yg paling mahal. hehe..

Kak Nieda, tak sama rasa dia. :D

Asmara said...

Sue, kene kuat semangat mula2 tu. hihi.. kene mkn dgn nasi panas baru best.

Jue! wah geng lagi. hehe.. sedapkan!

Kak Pinat, cuba kak, kalau kene boleh ketagih. ekeke..

Asmara said...

Kak Nani, cuba tengok kat jusco, ada rasanya. :D

Lyd, rasa dia masin2 sikit dan berlemak kot, sedp mkn dgn nasik panas. :D

Suhada, oh ye. hehe.. cuba la beli dan rasa. :D

Asmara said...

Kak Amie, byk khasiat ni. :D

Kak Kasih, cubalah. hehe..

Cik10, hehe..

Kak Hami, masin2 gitu sbb ngan soyu kan. :D

Asmara said...

Hanis, betul tu, akk ni seminggu tu mesti ada stok natto, kdg bosan asyik ayam ikan, nasik ngan natto pun jadilah. hehe..

Yoo, hihi.. ramai x makan ye. :D

Ain! welcome! haha.. kat uk x tau la kot kene tengok kedai asia. :D

Syaima' said...

saya tempe pun tak minat hehe mesti yg ni pon tak suka kann.

Nazayiena said...

Macam2kan makanan tradisi org Jepun nie....

Asmara said...

Syaima, mybe kot. sbb ramai je yg tak boleh mkn. :D

Kak Nurul, tu la, yg mana boleh mkn kita kene cuba. hehe..

bopandot said...

hohoho..dulu kwn penah cabar makan natto.. sampai skrg tak ter-makan lagi. tgk entry kak As ni, mcm timbul curiousity plak nk cuba!
nnt if bjaya telan, sy report kt akak ye! hahaha
p/s: my hubby yg dh btahun blaja kt nihon pn xle terima. tak sedap katanya... ;P

Zaharah Hashim said...

Elok makan natto. Dia elak sakit jantung,farajh tinggi,buang koleaterol dn banysk lagi.