Saturday, December 3, 2011

Sushi Cake

Resepi sushi cake yang dibuat tempohari. Simpan kat sini takut terlupa resepinya. Sushi cake ni memang sedap dan kene dengan tekak saya. Rupanya pun ada seakan2 chirashi sushi. Tapi sensei kata ini sushi cake. hehe.. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah, makan satu slice pun dah cukup kenyang. Terima kasih sensei atas resepinya.

Sushi Cake,
Bahan2.

  • 3 cawan beras Jepun
  • 1/2 cawan vinegar
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 sk garam
  • 2 sk gula
  • 5 keping shiitake mushroom (kalau guna yg kering kene rendam dulu)
  • 1 tin kecil tuna 
  • 3 biji telor
  • Soy sauce secukupnya
Cara2.
  • Rendam beras selama 30 minit
  • Basuh beras, masukkan vinegar, air, garam dan gula
  • Masakkan atas api sederhana seperti masak nasi biasa. 
  • *guna rice cooker pun boleh tapi hati2 takut periuk rosak dengan cuka. 
  • Potong kecil shiitake mushroom (seperti gambar) dan rebus seketika dengan sedikit soy sauce hingga lembut. Ketepikan.
  • Keluarkan tuna dan masak seketika atas api dengan sedikit soy sauce, ketepikan.
  • Pukul telor, letak sedikit garam. Goreng seperti telor dadar yang sangat nipis. Buat hingga telor habis.
  • Gulung dan potong halus telur dadar, ketepikan.
  • Sediakan mangkuk, alas dengan plastic wrap. 
  • Step 1, masuk telor dadar yang telah dipotong halus.
  • Step 2, masukkan separuh nasi yang telah dimasak tadi, rata dan padatkan.
  • Step 3, masukkan tuna dan ratakan
  • Step 4, masukkan shiitake mushroom daa susunkan.
  • Step 5, masukkan baki nasi hingga habis, ratakan dan padatkan nasi tersebut (guna plastic wrap tadi)
  • Biarkan seketika, buka plastic wrap tadi dan terbalikkan ke atas pinggan
  • Sedia dihidang dan dimakan. :)
  • Selamat mencuba resepi masakan Jepun yang mudah dan enak!

19 comments:

razmanta said...

mmmm..nampak sedapla kena cuba ni...

Wani said...

salam.. wahh bestnya sushi cake ,,,, tak pernah tengok lagi .. susshi cake .. cam senang je nak buat .. tapi kena cari beras jepun la pulak dulu :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

baru jer blk dari makan sushi ni...kenyang hahahaha....simple jer kan recipe nyer blh try nnt....oishii sou

Ida,Japan said...

kt sini lum pernah lg k'ida kumpa sushi kek ni...anak2 akak kalau dpt mkn ni, suka la sgt ni...ohh,cuka tu letak terus masa nk msk nasi yer as..

Cik TeN10 said...

aaaa.. kitorang baru juat party sushi last week ! 1st time tgk sushi cake.. jakun sekejap

JaSSNaNi said...

kat rumah ni, nani, anak no.1 and no.2 je makan sushi, tapi tak ler kuat makan sushi sangat.. boleh la kalau gi jusco tu sure beli sushi gak.. hehe.. nani suka yg ade telo ikan oren2 atau hitam2 kecil tu.. sedappppp

Amie said...

memang orang Negara Matahari Terbit kreatif dalam menyediakan menu, nampak macam susah nak buat tapi bila tengok caranya, rupanya ringkas saja.... seronok Asmara, banyak dapat pengetahuan di sana ye

Mamasya said...

Aslmkum Asmara
pertama kali tengok kek sushi.... menarik dan nampak mudah...

~ yus ~ said...

waduh as. Nanti As balik, kalau akak ada peluang ke rumah As, As buat tau sushi cake ni...hihi

LydSunshine said...

Seaweed takde ke?

anie,Nagoya said...

Assalammuallaikum

as sihat?skrg tgh musim demam.take care for kesihtn sekeluarga.

Ya Allah...lama sggh tak sentuh blog.n jg blog walking.nak tnya, as masuk kelas memasakn ya?best gitu.leh berkongsi bersama.bilalah kkanie nak mual berblog blek.rindu tu ada.mlz tahap bergaban ni ssh tol.hehehe...insyAllah...jika diizinkn akan kkanie cuba berblog kembali

Atashi In Hiroshima said...

akak, vinegar ape yg akak guna? blh share tak? hehe

Teratak Hami said...

Simplenya .... kepingan shiitake & tuna yang terkeluar2 tu pun dah nampak sedap. Kalau ikut selera M'sia, boleh agaknya letak skit sambal kat tengah ... hehehe ... pepandai je akak tukar resepi.

Asmara said...

Razmanta, senang je kan. bahan2 pun mudah dpt kat msia rasanya. :D

Wani, kat jusco ada jual. :D

Ayu, boleh cuba. :D

Asmara said...

Kak Ida, haah kak, tp tula sensei kata kalau periuk tahan cuka boleh je masak dlm periuk nasi. cubalah kak. :D

Cik10, akk pun first time jumpa ni. :D

Kak nani, ikura! kita xleh mkn tu. hehe..

Asmara said...

K Amie, amik pengalaman kat sini. :D

Mamasya, boleh la cuba buat. :D

Kak yus, bisa diatur. hehe..

Asmara said...

Lyd, ni nama dia sushi cake, mmg tak guna seaweed. :)

Kak Anie! ghinduu!!! ada story boleh la share. hehe..

Yoo, akak guna mizkan perasa lemon tu. :D

Kak Hami, hehe.. boleh je letak wasabi. :D

C.I.N.T.A said...

adeh terliur plak.. yummy

Nazayiena said...

Nak kena pakai beras jepun ke,klu beras lain blh x?...