Friday, December 23, 2011

Mari membuat 'Chawan' sendiri!

Yeay! hari ni start cuti sekolah 2 minggu. Seronok tak perlu buat bento(bekal) pagi2. hehe..Act. hari ni cuti sempena Hari jadi Maharaja. Lepas tu bersambung dengan cuti musim sejuk. Ke manakah agaknya kami nak bergumbira cuti kali ni. ;D Kisah hari minggu yang lalu, saya join kelas membuat 'chawan' atau tea bowl atau tembikar. Buat dekat dewan depan rumah je anjuran universiti. Ni gambar belum habis touch up lagi. Saya buat cawan minum dan piring. :-)
Sensei datang dari jauh, kelas ni kene bayar jugak 300yen sorang. Batrisya pun join jugak jadi pelajar termuda dalam kelas. Sepatutnya papa dan mama, tapi waktu ni Haqem tidur, papa baik hati tolong jaga, jadi Batrisya ganti tempat papa. Dia suka pulak buat2 benda macam ni. :D
Mula2 sensei ajar cara2 nak buat dan guna tanah liat tersebut. Semua manual guna tangan je. Macam2 bentuk sensei ni buat, cawan, mangkuk, pinggan, loceng, dan pelbagai lagi.
Mama punya cawan dan piring separa siap. Masih ada proses lagi untuk jadi cawan yang boleh digunakan. Tak sempat pun nak ambil gambar banyak2, tangan pun kotor, ambil gambar guna iphone je.
Terlupa nak ambil gambar cawan Batrisya, sebab dah sibuk pulak dengan kedatangan Haziq dan Haqem. huhu..  Khusyuk betul dia menulis dan melukis kat pinggan tu, Batrisya buat pinggan dan cawan jugak, gambar tengah cawan paling bawah kanan tu Batrisya punya. Dan antara hasil kerja pelajar2 yang ada. Seronok join kelas ni, boleh jugak buat pasu atau macam2 lagi, tapi saya buat ikut sensei ajar, yang senang la tu. Tak sabar nak tunggu hasil kerastangan kami ni. Cawan2 ni semua perlu amik masa untuk siap sepenuhnya. Oleh kerana sekarang musim sejuk ia akan ambil masa hampir sebulan untuk kering sepenuhnya dan dibakar. Sensei kata biasanya 2 minggu boleh siap, lepas ni boleh la guna tak pun jadikan perhiasan. Nanti dah dapat saya tunjuk gambarnya (tahun depan) :D

20 comments:

kasihredha said...

oohhh sungguh seronok dan berminat
cantik dan berseni

sue-sama said...

cantiknye cawan love tu akak :)

sue-sama said...

akak..ape ek fb akak..add la sue: mujahidah87@gmail.com

:)

Lady Lavender said...

waa....As bestnya! Dah belajar masak2, buat cawan lah pulak hiihii...kagum dgn pelajar paling muda tu :-)

p/s: hepi belated besday As...semoga hepi selalu, sihat selalu, dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur. Aminn..

Teratak Hami said...

Rajin sungguh Asmara. Lepas uli tepung, uli tanah liat pulak.

Ni boleh buat hiasan kat rumah.

dayot said...

Salam sis
Datang sini dari blog Fith;)
Sukanya baca blog akak, macam2 ada.
Boleh saya link?

yatie chomeyl said...

wah, siap buat cawan n pinggang tu...kellas Kak As

ieda said...

memang best .. rasa kretif kan :)

LydSunshine said...

Banyaknya aktiviti dok kat jepun ni ye. Bleh buat salad bowl, serving plate. Best ahh.

Kamalia said...

Huishh rajin sungguh mek sorang nih. Dewan tu belah mn? Cam xperasan je ?sy gak yg duk umah kelek anak..ekeke

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak As..soronok yaaa sesekali join aktiviti macam ni..tak sabar ni nak tunggu tahun depan tgk hasilnya

Juliet_iRa~" said...

seronoknyaa..hee

suka aktiviti camni..:)

best la akk..

nur easy said...

seronok pulak rasanya ada xtvt macam ni kan.. dulu2 kat sek ren ada juga buat gini

Hanis MY said...

tak kerastangan pun kak as... cantik je! dah la ada corak bunga2 i likeee... sensei tu simpankan eh, takpe nanti nk tgk live kat yone...

yana lyana said...

nice one!
lepasni boleh buat banyak2 untuk souvenir orang kat sini..hehe..

salam kenal :)

Ida,Japan said...

mcm2 As dpt belajar since dok nihon ni nmpknya...wahh..buat cawan sendiri lg tu....bole bawa balik m'sia buat kenangan tu as

Asmara said...

Kak kasih, seronok jugak buat benda ni. :D

Sue, haha.. org lain yg buat tu.

LL, tq. ada masa dan peluang kita buat. :D

Kak Hami, kalau tak cantik pakai je. hehe..

Asmara said...

Dayot, terima kasih. silakan. :D

Yatie, haha.. ada peluang je ni. :D

Kak Ida, saya x kreatif pun. huhu..cedih.

Lyd, best tp tak sempt nak buat byk pun. :D

Asmara said...

Kam, depan rumah ni je. hehe..

Sue, akk pun x sabar gak ni. hihi..

Ira, sementara ada peluang nih. :D

EZ, tula teringat sekolah rendah dulu main tanah liat. hehe..

Asmara said...

Hanis, aha, nnti taun dpn dtg lagi. :D

Yana, terima kasih. hehe.. tak kot. buat utk kenangan sndiri je ni. :D

Kak Ida, tu la utk kenangan je ni. :D