Wednesday, December 21, 2011

Hari Terbuka Atago Shogakko

Hari terbuka Atago Shogakko (Sek .Ren. Atago)  pada 22 November yang lalu. Terbuka kepada semua ibu bapa pelajar, datang dan melihat aktiviti anak2 pada hari tersebut. Batrisya awal2 dah beritau pasal aktiviti sekolah ni. Masa ni papa je dapat pergi, dari jam 10-12 tengahari, lebih kurang 2 jam jugak tengok aktiviti2 pelajar ni. Paling menarik semua aktiviti dirancang dan dibuat sendiri oleh pelajar tahun 6. Sekolah rendah tak ada pakaian seragam kecuali baju sukan. Jadi pakaian adalah bebas.
Pertandingan berkumpulan, setiap kumpulan ada pelajar dari tahun 1-tahun 6. Antara permainan yang diadakan baling dart, skipping, susun tin, dan daya ingatan. Acara susun tin, kumpulan Batrisya dapat susun tin tertinggi. Walau bagaimanapun kumpulan Batrisya kurang berjaya mendapat tempat teratas. Takpe seronok2 je. :D
Papa sempat ambil gambar makmal sekolah, sudut pameran sekolah dan kelas. Masa ni guna camera phone je, mama letak je sini untuk kenangan Batrisya nanti. :-)
Upacara penutup oleh guru besar. Waktu persekolahan di sini bermula jam 8:30 pagi, tapi untuk kelas bermula jam 9:00, waktu 8:30 tu untuk ulangkaji. Budak2 sini pergi sekolah jalan kaki berkumpulan. Batrisya ke sekolah jam 7:50. Waktu rehat untuk makan tengahari jam 12:00. Sekolah di Jepun tak ada kantin, semua makanan disediakan oleh pihak sekolah dan semua pelajar termasuk guru makan dalam kelas bersama2. Sekolah ada tukang masak sendiri, semua budak pun makan makanan berkhasiat yang sama. Sebelum waktu makan setiap orang kene tolong buat preparation, kene pakai apron, topi dan mask. Batrisya tak makan makanan sekolah, sebab sekolah tak sediakan makanan halal. (Batrisya sorang je Muslim kat sekolah ni) tiap hari mama buat bekal untuk dia, kecuali susu kotak je dia minum.
Tiap pagi wajib ambil sarapan, orang Jepun biasa makan nasi waktu pagi, tapi mesti ada miso sup. Batrisya pun kdg2 makan nasi waktu pagi, tapi biasa dia makan cereal, yogurt atau buah (paling cepat) hehe.. mama kdg tak sempat nak prepare nasi. Bento(bekal) pun kene prepare cantik2, biasa pagi2 buat bento untuk Haziq sekali. Waktu tido budak2 ni jam 8 malam bangun pagi pukul 7 pagi, waktu makan malam 6-7 petang. Diorang tak tido petang, Haziq balik jam 2 petang, Batrisya balik tak menentu, biasanya 2:30-3:00 petang, kecuali Khamis balik lewat 3:30. Waktu petang tu la masa buat ulangkaji dan ada masa tengok tv. Jumaat ni dah start cuti musim sejuk (23/12 - 8/1). Relax sikit mama tak payah buat bento pagi2. hehe..

*Tulis nama Batrisya ni tiba2 ada rasa sentap pulak beberapa hari ni orang sibuk kata nama2 yang tak elok untuk anak. hmmm... tak apalah, yang penting kita bagi dia didikan yang bagus, terutama agama, benda2 lain tu semua kuasa Allah. Mudah2an kami semua terus dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT. Amin..

17 comments:

yatie chomeyl said...

mesti hari2 pening kepala nk fikir bento kawaiii utk batrisya bawak gi sekolah kan?

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sapa yg ckp nama batrisya x elok???? suka hari jer mengata kat org ekk...kalo nama elok perangai x elok buat apa....haiii cheq plak berangin ni...geram bila org ckp x guna otak x pikiq perasan org lain.....

sama ngan adam la even gi youchien pow everyday ayu kasi bentou but ikut menu youchien la...pepagi ryori kat dapur ngeee

Teratak Hami said...

Ada gambar yang muka Batrisya lagi putih dari anak2 Jepun.

Apa maksud Batrisya?

LydSunshine said...

Ada org buat iklan syampu kat no ke 2, baris pertama kat atas sekali tu.

Seronoknyer hari terbuka ni. Pastu baru le saya tau makna bento tu ialah bekal. Dulu saya ingat bento tu nama makanan. Heheh.. Nasik yg comel2.

*jgn risau dgn nama Batrisya tu. Dato' Dr Harun Din dah kata nama tu tak termasuk dlm nama-nama jin. Rasanya ustaz yg bgtau tu hanya bercakap tanpa nas. So, chill...

Hanis MY said...

kenangan Batrisya sampai bila2...
Apa makna nama batrisya kak as? mestilah kita pilih nama yang elok untuk anak2 kan, sebelum ni ada gak dgr nama yang ada maksud tak elok tak pernh pulak terbaca yg nama batrisya ada dalam senarai... ish rasa tak puas hati plak...

Ira said...

Bestnya bila ada anak dah masuk sekolah. Bila la Ayna nak sekolah ni agaknya -___-;

Hehehe.. nama2 tu berdasarkan pengalaman ustaz tu je. Mungkin kebetulan je kot. UZAR & Ust Haron Din dah confirmed kan nama2 tu tak membawa maksud jahat pon. Takde nas pon. Tapi kesian one of my friends bgtau, anak dia siap minta ditukarkan nama lagi. Kesian, budak tu takut kawan2 ejek kot. Budak2 pulak jadi mangsa :(

Syaima' said...

kenapa tak elo pulak. comel je rasa :) putihnyeee batrisya!
kita pon selalu breakfast yogurt/cereal. hehe tapi cereal kat jepun mcm packing kecik tapi mahal kan. kalau kat negara mat saleh mesti besar and murah.hehe.

Cik TeN10 said...

Batrisya berunting sgt sbb xramai kanak2 dpt pengalaman mcm mna dia dpt.. Dgn budaya dan persekitaran yg jauh sekali berbeza dgn di sekolah malaysia.. :)

Tak kisah sgt pn ttg nama tu.. Betul ckp kak ayu tu.. Kdg2 tu nama kemain cantik tp budi pekerti tak secantik nama pn.. Dgn didika. Yg baik insyaAllah dia bakal jadi insan yg baik jugak.. :)

JaSSNaNi said...

meriahnya... mesti lepas ni Batrisya tak kan lupa sampai dia besar nanti.. ini lah kenangan manis kan.. :) bestnye...

Asmara said...

Yatie, betul tu. kdg lain buat lain jdnya. hehe..

Ayu! tula pagi2 punya siaran tv msia tu. family msia pun ada beritau. sib baik baca komen UZAR tu. huhu..

Kak Hami, aha dia mmg putih. hehe..
Maksud dia ikut buku panduan nama2 islam ni cerdik pandai, tp ada pulak yg kata lain. huhu..

Asmara said...

Lyd, tq. hehe.. baru tau ye. :D

Hanis, agak kecoh gak la kat fb ada yg beritau pasal nama2 ni, termasuk nm Batrisya, suruh kene tukar nm panggilan lagi. tensi je, tp lepas baca komen UZAR tu lega la sikit. kebetulan mmg like fp dia dah lama. :D

Ira, betul tu kan. ramai jugak kwn2 yg nama anak diorg tersenarai pun geram je. takkan la nk bg nama anak maksud x baik kan! thanks Ira. :)

Asmara said...

Syaima, akk beli jenama Cisco perisa coklat. tu mmg faveret anak2. sekotak 240g 200yen. mmg wajib ada kat rmh dgn fresh milk. :D

Cik10, betul tu, rezeki dia merasa sekolah sini, tp nnti kene balik dan sekolah msia jugak. huhu.. thanks. :D

Nadiah Sidek said...

akak, pasal nama anak-anak jin tu ye? ni penjelasan Ustaz Zahruddin (saya copy dari page ustaz):

Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.

Unaizah said...

Sabar As.... Manalah ada parents yg suka hati letak nama tak elok kat anak-anak. Akak pun jenuh sana-sini refer nak tanya makna before gi register nama anak-anak. Tp senior akak nasihat - memangla nama tu penting sebab kita dok sebut tp didikan yg lebih utama & penting.

Ain SSB said...

Kenapa pulak nama Batrisya tak elok...ok je tu Kak As, InsyaAllah :)

Batrisya comel, putih dari budak2 Jepun! :)

Asmara said...

Nadiah, thanks, mmg dah baca komen UZAR tu sebb like fanpage dia. lega la jugak. :D

Kak Unai, thanks. mmg pening mula2 nk letak nm anak ni. tu yg no 2 dan 3 bagi nama mudah ringkas dan maksud yang baik. Penat refer buku sana sini. huhu..

Ain, thanks. Kulit dia mmg putih mcm mama dia. haha..

Juliet_iRa~" said...

hee sm dgn kat malaysia dah..ada hari terbuka tp kat sn lagi santai..hee.

seronok tgk..:)