Thursday, December 8, 2011

Kek Coklat 5 minit!

Ok memang tak tipu, 5 minit je penyediaannya dan terus siap!! yang penting bahan semua ada dan boleh terus hidang untuk tetamu. :D Kek coklat memang feveret Haziq setiap masa. Atas tu toping guna lebihan cream cheese RVC tempohari. Resepi dan ilham daripada Cik Irma, kalau nak tempah kek sedap2 boleh lawat blog Irma. :-). Terima kasih Irma atas resepi yang senang, mudah dan sedap nih!
Untuk adunan ni dapat 3 mangkuk ramekin comel ni. Kalau nak buat  lagi comel boleh jugak masukkan dalam paper cup, tapi kurangkan masa pembakaran. Asalnya resepi ni guna coklat nutella, tapi saya tukar guna coklat hersheys je, nak guna coklat masakan pun takde masalah rasanya. Sukanya dapat resepi mudah macam ni, pejam celik dah siap :D

Sumber: Irma 
Bahan2.
  • 4 sudu besar tepung naik sendiri (saya guna tepung pancake)
  • 4 sudu besar gula 
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar susu segar
  • 3 sudu besar nutella
  • 3 sudu besar minyak jagung/sayur/zaitun
Cara2.
  • Pukul telur dan gula hingga sebati (guna garfu)
  • Masukkan semua bahan lain dan gaul sebati
  • Masuk dalam mangkuk atau papercup
  • Bakar 2-4 minit mengikut watt micowave anda.
  • Sedia dihidang dengan toping kesukaan. 
*Bz harini tak sempat nak susun gambar kereta2 Tokyo Motorshow tempohari. Masih ada beratus2 lagi gambar. huhu.. 

21 comments:

LydSunshine said...

kalau saya buat ni mesti 10 minit jgk. Sbb saya ni lembab buat keja. Kekeke.

KuNanGKuNanG said...

senangnye..nnt nak try gak lah:)

Hanis MY said...

Wah sdp nyawa, topping tu menyelerakan btl. Dh terbyng2 dah mkn roc ni hehe...

P/s:Ha ah tp lum terbuat sbb tk beli la santan dgn daun pisang huhu risau tak jd...

razmanta said...

memang senang betulla..5 minit boleh siap kalo ade tetamu dtg terjah rumah..memang confirm boleh hidang kek ni...

Umie said...

bole try resepi akak nie,,,nnt saya set masa jugak...kih3x

kasihredha said...

comeynya..
5 minit boleh siap ye

Amie said...

hebatnya.... siap dalam masa 5 minit, ini memang sesuai benarlah untuk tangan cekap seperti tangan Asmara.

Teratak Hami said...

Kalau akak buat mesti lama sebab tak cukup 3 mangkuk jer :-)

Nieza said...

wahh menarik kalau 5 minit dah siap...tunggu lagi 5 minit sejuk dah bleh ngap..hehe

Outbound Malang said...

berkunjung sob..
salam kenal dan sukses selalu ..:)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sesuai untuk org malas mcm ai ni kaka...uiks terjah tokyo awat x singgah kat umah ai?

Cik TeN10 said...

Sgt simple dan pantas !!! Mlm ni jgak nk try buat ! Ngeeee

Ida,Japan said...

kalau buat nk kena doublekan kut yer..tak cukup utk isi rumah ni...sukat2 susu jer yer as..emm,senang...dan pasti sedap ni

Ummi said...

Assalam As, waaahhh 5 minit jek siap eh, ni akak suka nih...ok ok, nnt sapa2 mai terjah ke rumah boleh la buat kan....tq for sharing ya As...muaahhh!

bopandot said...

hehe.dh penah try gak resepi Irma ni. antara menu terawal masa dulu2 kenal Irma. best! sedap sbb dlm cair2 bubbling hot choc gitu..lol

fazian.batrisyia said...

Lama tak buat kek coklat....aduyaiii...bak mari sket...

lavenderlover said...

sedapnyer!!!>_<

cikpuanhady said...

waa..menarik nih, tang pantas tu yg best...nanti nak try ler..

ID said...

dalam oven kenapa tak boleh ye ??

Asmara said...

@ID, oven fungsi tak sama dgn microwave. esp. watt dia tu. :) harap membantu.

Anonymous said...

saya copy resepi awak kat FB yee