Tuesday, November 15, 2011

山寺 Yamadera - Mensuci Dosa.

Salah satu tempat pelancongan yang popular di Yamagata terutama mereka yang beragama Buddha. Kami datang nak tengok keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT yang sangat cantik di atas gunung ni. Yamadera (mountain temple) ni lebih seribu tahun didirikan. Untuk ke atas perlu mendaki lebih seribu anak tangga yang sangat tinggi. Musim luruh dikatakan dapat melihat pemandangan yang cantik di gunung ni.
Tapi hajat nak mendaki setinggi gunung tu tak kesampaian memandangkan membawa 3 orang kanak2 yang sangat aktif ni. Jadi kami berjalan di sekitar kaki gunung berkenaan. Memang semua temple la kat sini. Jalan2 tengok pemandangan musim luruh yang dah hampir penghujungnya.
Snap2 gambar untuk memori. Masih cantik dengan pokok yang bewarna dan ada yang dah kering.
Memang ramai pelancong yang datang untuk naik atas gunung ni. Mama nak jugak naik tapi nak membawa anak2 ni memang fikir 2/3 kali.
Di sini pun dah begitu cantik kawasannya. Boleh kata setiap tempat tu ada temple.
Nampak juga pemandangan bawah pekan kecil Yamadera. Haqem suka nak naik turun tangga sendiri. Penat mengejar. :D
Ambil gambar curi Haziq. Budak paling susah nak bergambar ni, tiap kali suruh bergambar cepat je lari. Kene ambil gambar senyap2 baru nampak muka dia. hehe..
Ini budak suka bergambar tapi ikut mood jugak. Kalau kene paksa tak jalan jugak. hehe..
Antara gambar di bahagian bawah. Sempat snap gambar keretapi yang lalu atas kepala masa ni. kowaii(takut) jugak..
Autumn yang tak begitu menjadi tahun ni, tapi tetap cantik di mata kami. :D

19 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Ingatkan akak panjat 1000 tangga tu
Ai pernah gak gi tmpt yg Ada 1000 tangga mcm ni gk la cuma dia jenis bukit...nk tmpt town kt citu
Mcm mampu nk naik but smpi kt 105 anak tangga dh pancet giler ...*lap peluh*
Last cancel turun blk ngeeee

yatie chomeyl said...

aah kan kak, tahun ni autumn x secantik tahun lepas..tp syukur jugak lah masih di panjangkan usia menikmati autumn tahun ni :)

Hanis MY said...

Lama ya tak cubit pipi Haqem... Akak naik smp atas tak?

LydSunshine said...

patut le jarang ada gmbr haziq. rupanya sbb dia yg tak suka bergambar. oo.. kowaii tu takut. mcm nak hampir dgn kawaii je. As mesti dah terer ckp jepun skrg kan?

lizz said...

seronoknyer menikmati keindahan di negara jepun warna warni gitu...memang cantik... penat gak nak bwk anak2 mendaki mau pengsan balik umah kan...

アヌムちゃん said...

pepel betul baju batrisya.heeee..nmpk cantik tempat tu..huhuuu..

Rai said...

tak menjadi tapi still cantik lagi..mesti dah mula sejuk sekarang ni kan...tak sabar nak tunggu gambar winter..hehehe..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..Amboiiii rajin betul akak bersiar-siar..Iyalah kan, dah kebetulan ada peluang menetap kat sana....

Seronok tengok gambar2 dan pemandangan cantik-cantik di sana....

Papa Mifz said...

wow wee...cantek nye pemandangan...teringin nak pergi...

JaSSNaNi said...

kalau tengok permandangan di bumi lain, teringin nak jejak kaki ke sana.. tapi tak tau la bila leh pegi jelajah ke negara orang.. :) ehehe..

Soo Hae Daa said...

cantiknya...tingin nk pegi jepun gak..wuwuuw..comey2 bonsai bulat2 tuh..hehehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam..cantiknya!!tang bunga yg last tu merimbun sungguh...cantik sgttttt!

Unaizah said...

Kat kaki gunung tu pun dah nampak cantik pemandangan. Apatah lagi dari atas. Selain mendaki tangga tu, takde jalan lain ke?

Ain SSB said...

Cantiknya tempat ni Kak As! And aww, you have 3 gorgeous children! <3

bopandot said...

saya suka dtg blog akak juga sbb byk citer dan gmbr2 yg cantik!
seronok tgk budak happy..:) tumpang berangan. bila ntah nk sampai area sana.. ;p

Asmara said...

Ayu, dapat panjat dlm 50 anak tangga je. hehe..

Yatie, Alhamdulillah. :D

Hanis, takla, kesian pulak papa dia nk jaga 3 org nnti. :D

Asmara said...

Lyd, sikit2 je. :D

Lizz, sebab tu tak naik. hehe..

Ank pmpuan semua nak kaler pinku je. hihi..

Rai, gambar winter dah banyk kat dlm blog ni. hihi..

Asmara said...

Sue, Alhamdulillah merasa tengok 4 musim. :D

Papa Mifz, kak Nani, Soohada, InsyaAllah ada rezeki nnti. :D

Azatie, pokok maple tu. :D

Kak Unai, mmg tu je jln dia, sangat tinggi gunung tu. tengok kat map dia. :D

Ain, tq dear! :D

Bopandot, byk masa lagi tu, mesti sampai jugak nnti. :D

fazian.batrisyia said...

cantik2 pokok kat situ ye...kalau boleh tanam ada kat rumah bestnya...