Friday, November 18, 2011

プリキュア Show - Pretty Cure

'Purikyua' atau PreCure singkatan kepada Pretty Cure merupakan anime magic heroin yang popular bagi kanak2 perempuan di Jepun. Termasuk Batrisya, sanggup bangun seawal pagi hari Ahad nak tengok siri tersebut. Kalau boleh segala barang nak ada gambar suite precure ni. So far layankan jugaklah minat dia ni, Game DSi pun ada belikan selain beg, anak patung, set alat tulis dan macam2 lagi. Dah duk Jepun minat dia pun semua kat barangan Jepun. huhu..
Disebabkan minat dia tu, kami bawak jugaklah dia tengok PreCure Show ni. Kebetulan ada buat kat tempat kami haruslah tak lepaskan peluang pergi tengok. Masuk pun berbayar sorang 300yen. Kami tengok hari Ahad lepas, show dia 2x pagi dan petang. Tengahari tu hujan, nasib baik show petang tak batal, cuma ada gerimis sikit.
Act. tak boleh amik video, tapi tak cakap tak boleh amik gambar. Papa tak kasi keluarkan video mahupun camera, tapi mama amik jugak curi2 sikit alasan ambil gambar anak2 je. hehe.. tapi tengok ramai je nihonjin lain ambil gambar cuma video tu mmg tak ada la.
Muka budak excited dapat tengok PreCure show secara live. Dan dapat jugak bersalaman dengan real Precure ni. Gembira la Batirsya! Lepas tu ada jual kalender dan dapat tandatangan, beriyer2 dia nak beli tapi sebab harga dia mahal sangat mama kata tak perlu la, bukan Batrisya guna pun nanti. Paling sedih Haziq la siap nangis nak beli kalender Gokaiger (anime jugak) hero pujaan dia. uhuhu.. sangat bahaya budak2 ni kalau dah minat dengan satu benda tu. Di Japan barang2 dijual original dari company tu sendiri, memang takde jual di pasar malam atau mana2. harganya memang mahal la bagi kami. Tapi kalau berbaloi untuk digunakan kami beli la jugak, tapi kalau nak lebih murah boleh je cari kat auction atau chuko kan! :D

*wow! hari ni panas 14C syoknya! (kering baju jemur kat luar tu) ;)

*gambar atas tu carian google. 

25 comments:

Unknown said...

ingatkan purikura..hahaha.. teringat kat nihon gila purikura.. tampal kat hs..kat malaysia mahal gila..comel kan character anime jepun..mata bulat..padahal mata diorang sepet..hahaha..

Amie said...

bagusnya... anak-anak dapat pendedahan pelbagai show... bukan sekadar menonton tv saja.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

citer gini gak dulu ai suker tgk kat mesia....lupa tajuk tapi gaya lebey kurang gini la....hahaha jgn kata budak.... mak budak pun layan khen.

nur easy said...

sama2 excited kan tgk live show camni

Chik Att said...

anak2 pun suka tgk citer cam ni...

Unknown said...

syok la budak2 tuh dapek tgk live kan...

Ida,Japan said...

sama la as ngan anak2 pompuan akak, hari ahad mesti awal2 terpacak depan tv sbb nk tgk citer ni..hari sekolah punya la liat nk bangun

Kamalia said...

hehe..ank dara sy pun suka dgn katun nih..pntgla ade brg gmbr ni mesti nk jugak..sian haziq ye, nangis2 nk kalender gokaiger*yg ni aunty xtau*hehe

Soo Hae Daa said...

hehehe...ala2 sailormoon kan? mesti best budak2 tu..lau sy pon sonok..kikikiki

E-na Zarina said...

rasanya semua bdk2 prpuan yg ada kt jepun suka citer ni...anak dara 2 ni layan juga la beli hami sekor srg...wat kenangan...cam sama je dgn show yg kami tgk kt tottori dulu...

Umie said...

sikit hari lg muaz pun jd cenggini la agaknye kak...jd peminat kartun...hehehe

kitorg plak kat sini mendung2x sikit...samui deshou..huhu

Daddylicious said...

rupanya org betul2 la...ingatkan patung

Juwita Jamaludin said...

anak ita pun suka juga katun2 gini. uhhuhuh mama dia yan tak berapa layan kehendak dia.. kejam sungguh.. hhhihihi..

lady lavender said...

dah duk jepun , taste pun dah jadi org jepun :-)). dah nama budak2 kann!

Mamasya said...

Aslmkum Asmara. seronok kakak dpt tengok live kartun kegemaran...dpt salam pula tu...
Tahniah buat Muhamad Danial& adik Asmara.
Momiji Koen tu cantik sungguh viewnya

ijan said...

Amboi seronok lah kakak dpt tengok secara live tu. psst, 14C ke, bestnye. sini dah minus gitu. huhuhu

yatie chomeyl said...

aah kan kak as, diorg ckp xleh amik gambar n video tp ramai jugak nihon jin buat so yatie pun buat jugak macam kak as buat tu masa tgk Wan Wan show hari tu hehehe

Asmara said...

Rai, sebab tak dpt mata bulat tu yg anime dia semua mata bulat. hehe..

K amie, ada peluang tengok live tu yg pergi. :D

Ayu, best jugak yg nih. :D

EZ, siap ada laser effect lagi. hihi..

Asmara said...

chik Att, bdk2 mmg suka la katun cantik2 ni. hihi..

Papa Mifz, tak kelip mata. hehe..

Kak Ida, haha.. betul tu, heran sungguh kemain segar nak bangun kalau ahad pagi tu.

Kam! gokaiger tu sma macam kamen raider tu ha. hihi..

Asmara said...

Suhada, best dpt jumpa live. hihi..

Kak Ena, mesti dia buat jelajah, bdak prmpuan haruslah kenal precure ni. :D

Umie, tengok seminggu sekali takpe, nasib baik xde hari2. hehe..

Daddy, pakai custome. hehe..

Asmara said...

Ita, takde la obsess sgt, takat beli sikit2 tu oklah kan. :D

LL, tu la, dah berkawan dgn bdk2 jepun taste dia pun ikut sini jugak. :D

Mamasya, terima ksih. :D

Ijan, tengahri je, malam terus merundum jadi bawah 5. uhuhu..

Yatie, hehe.. tu la bukan selalu jumpa kan, haruslah nak amik2 gmbr ni. :D

nazayiena said...

Sukalah budak2 tu blh tgk live karton yg diorg suka tgk dlm tv.......

Unknown said...

Aww best la dapat mama macam Kak As! hehe ;)

Teratak Hami said...

Murah ye nak tengok show dorang. Sure the kids suka and rajin jugak As layan the kids. Anime ni belum sampai M'sia kot.

Irfa said...

budak2 mesti suka karektor ni..sampai ternganga tu