Saturday, November 19, 2011

Mackerel Roll Bread

Inspirasi dari Kak Ida yang buat Curry Tuna Roll. Semalam lepas tengok kak Ida post tuna roll tu terus je teringin nak makan jugak. hehe..Adunan roti buat seperti doh biasa. Untuk inti pulak guna mackerel dalam tin. Cheese dah kehabisan stok jadi cuma letak sapuan telor atas roti. Tetap sedap dan menjadik. Thanks kak ida atas inspirasi roll bread ni. :D

Inti Mackerel, (versi tak pedas)
  • 1 tin mackerel
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji bawang putih
  • 3 sb sos tomato
  • 2 sb mayonis
  • 2 sudu butter
  • garam dan gula secukup rasa. 
Cara2.
  • Cincang halus bawang besar dan putih. 
  • Tumis bawang tersebut menggunakan butter
  • Masukkan mackerel, tumis hingga sedikit garing
  • Masukk sos tomato, garam dan gula
  • Sebatikan dan padam api. 
  • Masuk bahan tumis dalam bekas dan gaul sebati bersama mayonis
  • Sedia diguna sebagai inti.

Doh roti,
  • 330g tepung roti
  • 3g serbuk yis
  • 2 sb susu tepung
  • 10g butter
  • 30g gula
  • 1 biji telur size M
  • 150ml (campuran fresh milk dan air suam)
  • secubit garam
Cara2, 
  • Masukkan semua bahan dalam bread maker. (air, butter, gula, telur, garam letak bahagian bawah, kemudian baru letak tepung dah diakhiri dengan yis atas sekali)
  • Pilih menu dan tekan start. Dah siap keluarkan doh, uli sebentar untuk keluarkan angin. 
  • Ambil doh bahagi 2 bahagian. 
  • Canai doh bentuk segiempat memanjang. Sapukan inti mackerel tadi 
  • Gulung rapat dan potong bulat (lebih kurang seinci) guna pisau tajam. 
  • Rehatkan selama 30-45 sehingga doh naik 
  • *tips dari kak Ida untuk negara 4 musim letak doh depan heater ATAU panaskan oven tutup suis dan letak doh dalam oven yang masih panas tadi. 
  • Susun roti atas dulang pembakar, sapukan telor atas roti dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak. 

Sejuk2 ni makan roti panas memang sedap! :D

11 comments:

Ida,Japan said...

tergugat jugakk iman as bila tgk tayangan tuna roll k'ida erk...mana2 doh roti pun ok jer..mula2 pun k'ida nk wat ikut doh yg biasa k'ida buat tapi tak cukup bhn la pulak...apa2 pun roti as pun gebusss jer nmpk..

Nazayiena said...

sedapnya....rajin As buat.

rosmina samin said...

try test pula la... ;)

sue-sama said...

enakkkknye kak asmara! lapa2

Soo Hae Daa said...

shedappp nye....teringin gak tapi sgt mls nk buat...hehehehe

Ain SSB said...

Aduhhh Kak As, Ain tengah lapar gila ni! Pukul 1 pagi pulak tu skang ni! huhu.

Niena Pengembara Ilahi said...

erm..nmpak berkilat..sedapp

Asmara said...

Kak Ida, memang mudah dan sedap. lain kali mesti nak buat lagi. budak2 pun suka nmpknya. thanks kak! :D

Nazayiena, teringin nak rasa tu yg buat. hehe..

Rosmina, ehehe.. boleh je test kat kedai. :D

Asmara said...

Sue, kalau dekat dah hulur dah ni. :D

Suhada, aha.. kedai bakery mesti ada jual. hehe..

Asmara said...

Ain, esok pagi boleh uli roti. hehe..

Niena, berkilat sebab telur je. hihi..

Teratak Hami said...

Berkilat2 ... oishiisou... rajin awak membuat.