Sunday, November 27, 2011

Roti Kacang Hitam

Biasanya roti ni buat bun. Tapi yang ni saja nak testing gulung sikit pastu kelar2kan dia. Nampak beberapa dapur tunjuk rupa roti ni tapi cara gulung tak pasti. Agak2 je gulung tengok pada gambar. hehe.. Basic doh roti sama macam selalu buat, cuma inti tu letak kacang hitam yang beli dah siap. Anak2 lebih suka kacang merah tapi makan jugaklah. Doh ni buat dengan roti sosej sekali, yang sosej la habis dulu. :D
Doh roti,
  • 330g tepung roti
  • 3g serbuk yis
  • 2 sb susu tepung
  • 10g butter
  • 30g gula
  • 1 biji telur size M
  • 150ml (campuran fresh milk dan air suam)
  • secubit garam
  • *Inti: pes kacang hitam/merah
Cara2, 
  • Masukkan semua bahan dalam bread maker. (air, butter, gula, telur, garam letak bahagian bawah, kemudian baru letak tepung dah diakhiri dengan yis atas sekali)
  • Pilih menu dan tekan start. Dah siap keluarkan doh, uli sebentar untuk keluarkan angin. 
  • Ambil doh bahagi 2 bahagian. 
  • 1 bahagian bahagi lagi 6. Ambil satu bahagian canaikan dan letak inti.
  • Gulung rapat bentukkan melengkung dan kelar2kan.
  • Rehatkan selama 30-45 sehingga doh naik 
  • *tips untuk negara 4 musim letak doh depan heater ATAU panaskan oven tutup suis dan letak doh dalam oven yang masih panas tadi. 
  • Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak. 

19 comments:

Cik TeN10 said...

sy suka kacang merah ! sedapnye nampak roti ni.. nyum2

Amie said...

comel gebu je roti tu Asmara....kira cantiklah... sedap ni makan panas-panas dengan secawan kopi!

kasihredha said...

dah lama teringin nak beli bread maker...
sedapnya...inti banyak :))

rosmina samin said...

Sy pernah buat roti macam ni, tapi tak pernah jadi... tak lembut ;(

JaSSNaNi said...

salam maal hijrah utk asmara dan family sekeluarga di sana.. :)


sedapnya, sejuk2 ni syok makan roti cicah teh O panas2 kan.. sambil tengok TV..

Kamalia said...

dah lm xmeroti..smlm ckp dgn org tu,nk meroti,tp xcr lg nk buat roti ape..
eh,kcg hitam ni beli katne?kcg merah hanak2 mmg suka..yummy mama.:p

Ijah EmoTemo said...

adess nmpk sedaap! heheheh

Lady Lavender said...

comeynya roti...gebus & banyak inti :-)

p/s; dapur kita cam sama aje As...(semacam dapat cium bau dapur As kat jepun sana aje hehe..).

semalam pun kita buat roti kacang merah..tapi sokmo buat tayangan lewat. Roti dah abis baru nak kuar kat blog :-)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

rajinnyer akak meroti sejuk2 gini.....gebuzzzz sgt oishii sou

Teratak Hami said...

Nampak sedap dan gebus. Akak pun suka inti kacang merah.

Aduh takde bread maker le pulak ... hehehe. Alasan malas nak buat le tu :-)

laskar pelangi said...

waaaaaa...terliur terliur =D

Ain SSB said...

Ehh comelnyaa bentuk roti niiii! haha & nampak gebu sgt! :D

Asmara said...

Cik10, kacang merah mmg sedap!

K Amie, sejuk2 mcm ni mkn apa pun sedap. hehe..

Kak kasih, buat sendiri boleh letak byk2 gitu. :D

Asmara said...

Rosmina, kene tunggu dia kembang betul kot. :D

Kak Nani, betul tu. :D

Kam, ada jugak jual yg dah siap, tp nmpknya kacang merah tetap jd pilihan. :D

Asmara said...

Ijah, sedap!

LL, aha sama jugak, kdg tu mmg terperap berminggu, sampai lupa. hehe..

Ayu, heater kan ada. :D

Asmara said...

Kak hami, pakai tangan je pun boleh. :p

Laskar pelangi, :D

Ain, mmg gebu, tunggu dia kembang betul2 baru bakar. :D

fazian.batrisyia said...

Sedapnya roti buat sendiri....Dah lama tak buat roti...selalu beli jek...Pemalas betul aku ni....

Nazayiena said...

Kak Nurul x pernah buat roti.....

LydSunshine said...

Ini kuih dorayaki ke? Heheh