Friday, November 25, 2011

Red Velvet Cake - Omedetou!

RVC ni buat lepas balik dari Oyugikai Haziq haritu. Sebab dia performed 'very well' mama buatkan kek hadiah untuk Haziq. hehe.. tapi kesempatan tu pun mama buatkan kek untuk sorang adik kat sini yang dah grad (kebetulan ada farewell party) oh ye hari ni dia balik Malaysia. Good luck buat Mat Min.
Hiasan dibuat bersama2 Haziq dan Batrisya(dia ni memang pantang la mesti tolong punya). Mula2 tulis sama2 Haziq, tapi dah tak rupa tulisan mama take over la. Happy sangat dapat kek, terus nak letak lilin. hehe..
Gambar masa nak balik haritu, pakai suit sekolah. Haziq nampak mama terus tunjuk kat kawan, mama terus je ambil gambar candid. Suka dia ye. :D

Resepi kali ni tengok kat dapur kak E-na pulak dari Joy of Baking. Buat satu adunan je, tapi bahagi 2 loyang. yang Haziq punya kecik sikit  Terima kasih kak E-na dan tuan punya resepi. cnp dari kak E-na. :D

RESEPI RED VELVET CAKE
(Loyang 20cm)
Bahan-bahan:
  • 250 gram tepung kek 
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 120 gram butter
  • 170 gram gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 240ml buttermilk (jika tiada refer cara buat buttermilk substitute di bawah)
  • 2 sudu besar pewarna merah (1 atau 1 1/2 sudu besar sudah cukup)
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  1. Ayak tepung kek, garam dan serbuk koko bersama. Ketepikan.
  2. Alas dasar loyang dengan cooking sheet dan sapu keliling dinding loyang dengan marjerin.
  3. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius.
  4. Di dalam mangkuk pengadun pukul butter sehinga lembut selama 1-2 minit.
  5. Masukkan gula dan pukul lagi selama 3 minit.
  6. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu dan teruskan memutar sehingga gebu.
  7. Di dalam bekas buttermilk masukkan pewarna merah dan kacau rata.
  8. Perlahan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Di mulai dengan tepung dan di akhiri dengan tepung juga. (Tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung). 
  9. Di dalam bekas kecil satukan cuka dan soda bikarbonat. Biarkan berbuih dan tuang segera ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  10. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 selama 50 minitatau sehingga kek masak.
  11. Cucuk dengan cake tester atau lidi sate pada kek untuk mengetahui kek masak atau tidak. Jika lidi keluar bersih maknanya kek sudah masak.
  12. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas jaring. 
RESEPI BUTTERMILK SUBSTITUTE

Bahan-bahan:
  • 1 sudu besar cuka atau jus lemon atau cream of tar tar 
  • 200ml fresh milk
Cara-cara:
  1. Masukkan cuka ke dalam bekas.
  2. Tuang susu segar dan kacau rata.
  3. Biarkan selama 10 - 15 minit sehingga susu menjadi agak pekat. 
  4. Kemudian boleh digunakan mengikut sukatan resepi.
RESEPI CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahan:
  • 400 gram cream cheese
  • 200 ml whipped cream
  • 110 gram icing sugar or powdered sugar
  • Sedikit esen vanila
Cara-cara:
  1. Putar cream cheese sehingga lembut.
  2. Masukkan esen vanila dan gula. Putar lagi sehingga lembut lagi.
  3. Kemudian masukkan whipped cream dan putar lagi sehingga pekat.
  4. Boleh digunakan untuk hias kek. Jika terlalu pekat campurkan sedikit susu dan putar.
Salji pembuka tirai winter tahun ni. Dah cair, malam tadi lebat jugak, tapi bila pagi jadi hujan, telah mencairkan salji berkenaan. Pada awal salji turun memang teruja tapi nanti bila tenggelam separuh rumah baru rasa isk bila la nak cair salji ni. uhuhu..
seperti ini.. (tepi rumah bulan Feb 2011, tu shovel car (kereta tolak salji). :D

26 comments:

diha said...

comelnye kek <33 dan haziq jugak..hepi je dia.

salji yg sangat tebal, mesti sejuk kn?

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

rajinnyer akak bikin cake sjuk2 gini
comeynyer cake haziqqqqqq hahahaha

OMG tebainyer yuki kat sana (mesti bulan 1 khen)...mesti samuii giler ek

Atashi In Hiroshima said...

cantiknye kek...mesti sedap juge. and dah turun snow ye...hehe mesti sejuk sejuk

Kamalia said...

wee..cntiknye cake itu..rajinla mama buat kek..
mlm td mmg lebat yuki trun kn..pastu hujan,arini matahari pun kluar,da cair dah..budak br3 tu sibuk nk buat snowman.;p

Ira said...

awalnya snowing.. tak dpt bayangkan sejuknya kat sana >>.<< kat sini 7c pon mcm reput tulang huhu

nazayiena said...

Seronoknya Haziq dpt kek tu,siap tlg deco sekali...

zahidahwahid said...

bestnya...tak pernah lagi rasa RVC....nak buat sendiri kirim salam...nak sikit kak kek tu..hehehehe
syoknya main salji...


Peminat kang dong wook sila jerit ok! dia nak datang malaysia 6 dec 2011 ni

Juwita Jamaludin said...

lawa kek tu as.. RCV ita pernah buat sekali je.. tgk sana sini kek ni mcm nak try lagi je.. hihihi.. omedetou haziq kun.. seronok tgk mama dia buat kek untuk dia

Unknown said...

omedetou tu apa as? Comel kek, comel juga haziq. Dah turun salji lg ye as? Rindu nak main salji huhu.

Unknown said...

sedap kek ni.baru juga buat RVC ni tapi tak ada deco apa pun dan tak cun mcm ni..buat mkn sendiri jer..hehe

JaSSNaNi said...

hai asmara... hari tu jalan2 rumah e-na nampak kek camni.. ni kat sini plak ye.. wahhhh sedap nyer makan kek velvet ye.. :)

Unknown said...

Buat sendiri..wow..ceria warno kek tu ;-)

Cik TeN10 said...

salam perkenalan :) akak kat yamagate ye?..mesti lagi sejuk berbanding sendai kan.. hibernate je la time fuyu ni.. hihi

ishkk sedapnye nmpak kek haziq ! akak mcm tau2 je sy ngah plan nk buat red velvet cake.. dh dpt resepi !! mcm org ngntok disorongkan bantal.. nk try jugak ! :)

pstt.. ok2.. nanti sy sambung cerita pasal gempa bumi hari tu ea.. :)

kasihredha said...

cantiknya kek
cantiknya salji

E-na Zarina said...

bestnya haziq dpt RVC!! rajin mamanya...k.e-na baru siap deco sebiji lg RVC utk esok...kali ni cream ok boleh bentuk macam yg 2nd ari tu tapi bila campur pewarna lembik juga...jadinya deco putih je la...selalu mcm tulah bila deco kek, plan mcm lain but ends up ghupe lain...beginner kan......he hee....dah bersnow ye...samuiii! kita baru nak g kouyou esok..huhuuu

lady lavender said...

waa..red velvet pulak. Kita punya mascarpone cheese dah lama beli tapi tak terbuat lagi (dah pernah buat sekali)..bila nampak dah nak expired baru le buat gamaknya hiihii..

lavenderlover said...

comel betul tgk si haziq ni..anyway, akak sorry sgt2 sbb lambat hantar address..Egypt kan x stabil sekarang ni..huhu..akak sy emailkan kat akak my address,k..check it out!=)

Mamasya said...

Salam Maal Hijrah buat Asmara

Wah ceria Haziq dpt kek RVC...yuummm....
bestnya kat sana dah turun salji...

Hanis MY said...

good job haziq!
alamak tetiba teringin nk makan RVC tapi tak reti nak wat wuwuwu

Asmara said...

Dih, tq. Sejukk!!

Ayu, haritu tak sejuk sgt. hari2 pun masuk dapur. :)

Yoo, nasib baik ada heater. hehe..

Asmara said...

Kam! hari ni matahari terik jugak, tp tetap sejuk!

Ira, meh main snow kat sini. :D

Naza, budak2 ni kalau baking2 ni mmg suka sgt nak tolong kat dapur. hehe..

Asmara said...

Zahidah, boleh je beli kat sana. hehe..

Ita, sedap jugak kek ni, kene la dgn cheese dia tu. :)

Kak yus. Tahniah maknanya. hehe..

Asmara said...

Nieza, ni yg ketiga yg mula2 buat pun mkn sendiri jugak. hehe..

Kak nani, sedap tau!

Papa Mifz, kat dlm kaler merahnya tak berapa nk merah pun. hehe...

Asmara said...

Cik 10, hehe.. nnti buat jgn lupa bg kak hanis. :D

Kak Kasih, Alhamdulillah..:)

K-ena, betul tu, campur kaler terus cam lembik gitu. uhuhu..

Asmara said...

LL, aha biasa la tu, bila nk expired baru je laju nk mmbuatnya, takut mmbazir. hehe..

Nadia, ok tq. :D

Mamasya, tq. sejuk tak tahan. :D

Hanis, alamak sorry! kalau betul nk nnti akk buatkan hantar kat sana. :D

Teratak Hami said...

Rajin buat RVC. Tengok bahan macam senang je kan.

Yuki setebal gitu. Mak aiii, memang tak kluar rumah le nampaknya.