Wednesday, November 23, 2011

Oyugikai Haziq ~ Kashinomi Yochien

Acara tahunan Kashinomi Yochien, konsert sempena Hari Kebudayaan Jepun, persembahan khas oleh pelajar2 untuk ibu bapa. Hari Sabtu 19 Nov tempohari. Kalau tahun lepas Batrisya buat tarian AKB, Haziq pulak jadi 'kobuta'. Tahun ni Haziq buat tarian dari anime Negibouzu no Asataro. Memang comel je tengok. hehe..
Suka sangat tengok aksi Haziq, nampak beza ketinggian dia dengan rakan kelas yang lain. Haziq yang paling muda dalam kelas, ikutkan kawan2 lain semua dah umur 5 tahun dia masih lagi 4 tahun.
Kanak2 yang berusia dari 2 tahun hingga 6 tahun, setiap mereka buat persembahan yang sangat comel!.
Antara persembahan rakan2 dari kelas yang berlainan. Mama datang lewat sebab Haqem tidur lagi kat rumah, papa dan Batrisya datang dulu sebab kene bawa Haziq lebih awal. Jadi semua gambar dan video diambil oleh papa. Tapi mama dapat tengok persembahan Haziq, kebetulan dia punya no 19. Ada 23 persembahan dari setiap pelajar secara berkumpulan. Masa mula2 Haziq keluar mama tak perasan langsung yang mana satu Haziq, lepas dia pusing depan baru perasan. hehe..

Video yang diambil papa, katanya tak dapat nak fokus sebab nak ambil gambar lagi nak adjust video lagi. Haziq yang terlebih melompat, kawaii dan suka tengok dia. hehe..

Dari anime Asataro ni. Takde kat M'sia rasanya. :)


Hari ni Jepun cuti sempena Labour Thanksgiving Day. Bawa anak2 jalan2 kat area sini2 je. :D

17 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

geramnyer tgk aksi haziq
kawaii giler....
best khen join event gini

Unknown said...

erk..jadik kobuta...

hehehe..comel...

Unknown said...

Alahaii comelnyaaa! <3

Amie said...

seronoknya zaman kanak-kanak mereka ye As...nanti bila dah besar, tentu jadi kenangan manis...

lavenderlover said...

comel3..hehe

LydSunshine said...

video tu takde alihsuara ke? hihi. persembahan haziq berkenaan apa?

Unknown said...

budak2 nih comunicate in english or japan ek...?

nazayiena said...

suka tgk kanak2 buat persembahankan apatah lg ada anak kita yg buat persembahan tu....

diha said...

super-cute!! >.<

Chik Att said...

kiutttttttt sangat2....

Ralit CA tgk video tu .....

lady lavender said...

alaahai..comeynyee...Rupa pun dah mcm Jopun hehe..Kalau tak tahu agaknya memang ingatkan semua anak2 jepun :-)

Asmara said...

Ayu, parents yg seronok tgk aksi anak2 kecil. :D

Rai, haha.. tu taun lepas, bg diorg kobuta kan comel. ekeke.

Ain, budak2 mmg comel. :D

Asmara said...

K Amie, sebab tu kene abadikan kat sini. hihi..

Nadia, tq. hehe..

Lyd, lagu jepun kene alih suara sendiri. tarian dr lagu asataro je. :)

Asmara said...

Papa mifz, Japan! sensei pun x tau cakap english. :D

Nazayiena, betul tu. :D

Diha, tq. :D

Chik Att, best kan! :D

LL, ahaha.. tu la pasal, cakap jepun kemain laju je, tnya dlm bm terkulat2 nak jawab. hihi..

Effyliani's Life said...

dah mcm budak jepun la si haziq nie as.

eyida said...

comelnya.....

Mediha Omar said...

Hehehehe comelnya haziq!
Love, Mediha

http://www.medeaz.com