Tuesday, November 22, 2011

Kiku Matsuri - Chrysanthemum Festival


Minggu lepas kami ke Nanyo Yamagata, untuk melihat festival bunga Chrysanthemum(Kiku) ni. Kami pergi hari terakhir pameran (dibuka selama 2 minggu), bunga ni keluar dan popular pada musim luruh sahaja. Ada jugak yang dah hampir kelayuan bunganya. Satu pokok mengeluarkan sekuntum bunga yang besar. Cantik! Act. ini merupakan salah satu perayaan yang diraikan oleh Japanese pada setiap tahun secara turun temurun. Antara tempat yang masih mengadakan festival ni adalah di sini. Setengah tempat dah tak adakan kerana kurang mendapat sambutan katanya. Festival ni telah diadakan selama 90 tahun di sini.
Kalau kat Msia kita minum air teh bunga, tapi di sini japanese makan bunga ni sebagai ulam atau dicampur dalam masakan. Kawan Jepun saya ada bagi bunga ni yang siap direbus dengan sawi dan dimakan bersama salad dressing. Saya rasa jugak, lupa sangat nak ambil gambar, yang diberi bunga warna violet dan kuning. Bunga ni memang ada dijual di pasaraya bahagian sayur. Mula2 dulu agak pelik kenapa bunga ni letak di bahagian sayur, rupanya memang untuk dimakan. Tapi ada jenisnya dan kelopaknya saja yang dimakan. Tapi sekarang dah tak ada, musim perayaan dah habis.
Antara jenis2 bunganya.
Lagi..
Patung bunga.
Chrysanthemum Doll Festival.

*Bila entry yang dikarang pada waktu pagi dan dipublish pada waktu petang, terus hilang idea untuk meneruskan penceritaan. hehe..gomen nasai!

12 comments:

Rai said...

cantiknya..tak abis lagi ke musim bunga2 tu..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

masa weols terjah nikko pow ada gak but x snap pic pow sebab last year punya pic pun ada lagik...but yg akak gi ni memang event besar khen sebab tgk mcm2 ader!

diha said...

lawa..ske3..

Ida,Japan said...

patut la pernah nmpk bunga ni kt bahagian sayur as...mcm2 rupa, warna rupanya bunga ni...sungguh indah ciptaan Allah..cantiknyer

Nieza said...

cantiknya bunga-bunga tu...menarik sgt kalau dpt join sama pergi ni:)

Mamasya said...

Aslmkum Asmara

Cantik bunga2 tu...patung bunga pun ada..menarik.ohh bungapun boleh mkn ya...

JaSSNaNi said...

canteknya bunga2an tu.. sure tempat tu harum semerbak je ngan bunga2 kan.. :) hhhehehehe

アヌムちゃん said...

waaa best2..dekat sini xde pun..huhuuu

Nazayiena said...

Amboi cantiknya bunga chrysanthemum nie...kita tahu minum airnya saja dan x sangka boleh dimakan juga yea...

Asmara said...

Rai, dah habis ni yg mana tinggal kot. :D

Ayu, tmpat lain dah x buat matsuri ni. Diorg cuma letak kat temple je sikit2 tp still meraikan la kot.

Diha, tq. :D

Kak ida, kan! Rupanya mmg untuk dimakan. :D

Asmara said...

Nieza, peminat bunga harus terjah. :D

Mamasya, besar2 bunganya suka tengok. :)

Kak nani, bunga ni mcm xde bau sangat kot. :D

Anum, ada kot kene carik. :D

Naza, tu la first time rmkn bunga. Hehe..

Irfa said...

geramnya tengok bunga.

eh rai pun ada kat sini ker?

hai rai :)