Thursday, November 3, 2011

Keledek Bakar Japanese Style

Tajuk resepi dia Sweet potato jugak. Tapi kali ni bahan dia lebih sikit. Hasil kerja tangan Batrisya dan Haziq. Minat betul main masak2 budak ni. Resepi kali ni ikut buku sekolah Haziq. Haziq sekejap je menolongnya, dia boring tunggu keledek tu nak empuk dah sibuk pegi main. Last2 tinggal Batrisya sorang2 yang buat. Mama pun tengok je sebab dia memang dan pandai buat semua benda, pecah telor dan asingkan pun dia pandai buat sendiri.
Resepi dan cara buat senang, Batrisya ikut semua arahan dalam buku tu. Mama cuma tolong potong keledek dan bakarkan je. Dah siap bakar baru teringat nak bergambar, takde la pulak gambar dia buat kerja, apron pun dah siap bukak. Memori untuk budak berdua ni dah besar nanti, Haziq memang paling payah nak suruh bergambar cepat je dia lari. :D

Hari  ni Jepun cuti sempena Cultural Day. Batrisya petang tadi pergi rumah kawan dia ada buat Birthday Party. Mama keluar jap carikan presento(hadiah) untuk kawan dia. Haritu party Batrisya dia datang bagi baju, kene jugaklah bagi hadiah yang lebih kurang. Sekejap lagi nak menjemput dia, Pukul 5 dah gelap gelita, Maghrib jam 4:40, biasa dia jalan sendiri tapi dah gelap ni kene jugak lah menjemput naik basikal. Dah pesan kat mak kawan dia byk benda dia tak boleh makan. hehe..

*Resepi jap lagi translate, dah lewat. Tiap kali nak menaip panjang2 mesti banyak gangguan anak2, biasa satu entry tu akan peram sampai beberapa jam, ikut keadaan. hehe.. jya.

*Update resepi : Keledek Bakar Japanese Style
Bahan2,

  • 1 biji keledek
  • 10ml fresh milk
  • 100g gula
  • 15g butter
  • 2 biji telor (asingkan sebiji kuning telor)
  • sedikit bijan hitam
Cara2, 
  • Keledek dikupas dan direbus
  • Lecek halus keledek yang telah ditos
  • Masukkan gula, susu, butter dan telor, gaul sebati
  • Masukkan dalam aluminium foil yang telah dibentuk
  • Sapu kuning telor (yang telah diasingkan) atas keledek tadi
  • Taburkan bijan hitam untuk bahagian pipi
  • Bakar dalam oven suhu 180C selama 30 minit 

16 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum as..
nani datang dah petang2 gini ke rumah as.. sejuk kat sini, sedap kalau makan keledek bakar ni.. manis plus mulut berasap2 tu.. ala2 dok korea gitu.. hehehe..
pandainya Batrisya plus rajin je masuk dapur cuba itu ini,, nanti besar leh jadi cam mamanya.. pandai masak.. :)

A.I.N.S.Y.A.H said...

boleh buat kat umah nnti ni..buat2 macam paham resepi ;D

einz said...

wah...bestnye...einz mmg nak entry keledek bako...yummy~tp yg slalu einz tgk kt tb tu laen sikit...maybe sbb tak kopek kulit ag kot~

einz said...

owh yer...kak minta tolong sikit yer...

i'm asking a help~
like means love....
help me out~
PLEASE CLICK "LIKE" AC first at http://www.facebook.com/pages/Ainoura-Collections/146996722056301 , in order to vote (LIKE) Nur Farahin
Much Appreciated
then click here
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=170346963054610&set=a.169985239757449.40442.146996722056301&type=1&permPage=1
ur vote means a lot to me~

Daddylicious said...

cepatnya gelap ....

kiutnya batrisya dengan lesung pipit dia...hehe

Unknown said...

Aww ok la, diorang rajin nak memasak! Comel je Batrisya! :)

Btw Kak As, Ain ada tag Kak As kat sini! :)

Teratak Hami said...

Sejuk2 gini sedap makan sweet potato. Malaysia pun sejuk jugak tau sbb musim hujan.

Apa benda hitam kat atas potato tu?

Soo Hae Daa said...

goguma....heheheh...bru tgk cite korea asek duk mkn sweet potato ni..dlm bhs jepun pe lak namanye ye kak?

Mamasya said...

Aslmkum Asmara.
pandailah kakak masak ubi ikut resepi Jepun.kalau kat sini tepi jln ada penjaja yg jual ubi keledek bakat tp tak pernah rasa lagi.
awalnya maghrib kat sana. di sini skrg maghrib 5.10 min.
re; mmg byk makanan yg disediakan utk majlis tersebut...selain pihak hotel sediakan, ada yg kami masak sendiri...itu yg lagi byk...

Ida,Japan said...

rajin betul batrisya msk2ye..sekolah sini bagus jugakk, diajar byk kemahiran...sbb tu budak2 minat nk buat, sbb kt sekolah mmg ada diajar kan..baked potato ni cam lebih kurang sweet potato sikit kan

Unaizah said...

Batrisya ikut jejak As ye...rajin ke dapur. Sejuk perut mengandung...

lady lavender said...

waa batrisya pun dah tunjuk talent. Menurun mama nih! Kita pun suka keledek...manis & sedap.Nanti boleh le makcik try resepi batrisya :-)

fazian.batrisyia said...

Ada pulak resipi dlm buku sekolah tu ye...bagus2...boleh berdikari. Sedap tak buat cam tu?

Asmara said...

Nani,takyah korea kat sini pun bercakap keluar asap. hihi..

Ainsyah, akk dah letak resepi. :D

Einz, macam2 resepi diorg buat dgn keledek ni. :)

Daddy, ikut mama dia. hehe..

Asmara said...

Ain, kat sekolah ada belajar tu yg seronok. :D

Kak Hami, tu bijan hitam. :)

Suhada, dlm jepun nama dia imo. :D

Mamasya, kene rasa tu. :D

Asmara said...

Kak ida, aha betul tu. :D

Kak Unai, harap2 sampai besar rajinnya. :D

LL, hihi.. resepi budak2. :D

Yan, sedap jugak, keledek yg dibakar. :D