Friday, November 4, 2011

Eco Expo Yamagata

Hari minggu lepas bawak anak2 ke Eco Expo di Yamagata. Hari minggu memang acara wajib bawa anak keluar dan jalan2. Waktu ni tengok pameran obor2. Obor2 dari Filipina kata orang yang jaga tu. Cantik bewarna warni obor2nya.
Budak2 ni dapat merasa pegang sendiri obor2. Seronok la, selain tengok dapat jugak pegang dan rasa, tapi kene guna sarung tangan.
Ini pulak slime yang dibuat sendiri. Slime ni macam getah lembik yang boleh dibentuk2 gitu. Haziq dan Batrisya buat sorang satu dan dapat bawak balik. Best sebab selain boleh tengok boleh rasa dan buat sendiri benda tu.
Antara barang eco yang ada, selain itu ada banyak mainan2 yang dibawa orang ramai untuk ditukar2. Haziq dan Batrisya pun ada buat keychain sendiri, lupa lak nak ambil gambar yang dah siap. Dah siap gantung kat beg sekolah masing2 (malas nak amik gambar kat beg). 
Bahagian luar pulak ada pameran kereta2 model terbaru keluaran Jepun. Ada yang tak masuk pasaran luar negara lagi. Mama tak sempat nak snap banyak2. Mana yang sempat je, papa yang rajin tengok, semua model dia tahu, papa la tukang story kat mama. hehe.. kereta letrik pun ada, dan paling best kereta terbaru Daihatsu Mira ES dan Mazda Demio menggunakan 1 liter petrol untuk 26km perjalanan! Jimat giler! :D

*Salam AidilAdha buat semua pembaca! :-)

5 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kids mmg suker la expo gini khen ...bestnyer blh pegang obor2...pasal buat key chain tue last week ada jumpa kena byr ¥500 kot but queue ramai sgt x sanggup nk tunggu ngeee

Nazayiena said...

Anak2lah yg paling seronok bila kita bawa jln2.

naa said...

wah teringin gak nk pegang obor2.huhuu

Ain SSB said...

Seronok je budak2 bila ada expo2 camni kan! :) Ain pon nak tinggal ngan Kak As la, bole pegi jalan2 camni! hehe.

Asmara said...

Ayu, keychain tu free je, tak tau pun jadi keychain kalau tau buat cantik2. mamanya pun nak jugak tp dah nak keluar pulak masa tu. hehe..

Naza, tula, hari minggu mesti kene bwk jalan2. :D

Anum, lembut2 gitu. hehe..

Ain, meh dtg sini meh! :D