Monday, November 7, 2011

Chocolate Roll Cake

Percubaan pertama roll cake. Resepi dari blog kak E-na Lovely Kitchen. Nampak senang, terus je buat. Terima kasih kak e-na resepinya. Yang pertama harus diabadikan. Intinya guna strawberry filling. sedap!

Sumber: E-na Lovely Kitchen
CHOCOLATE ROLL CAKE
Bahan-bahan untuk kek ( 30x30 cm )
  • 4 biji telur
  • 35g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 50g gula halus
Cara Membuatnya: 
  1. Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang, bila terbalikkan bowl, telur tidak jatuh/tumpah.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
  5. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
  6. Sapukan krim dan filling strawberry ke atas kek. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong. 

14 comments:

E-na Zarina said...

ya betul tu yang pertama harus di abadikan...yeeehaaa dah berjaya buat roll cake ye...camna chalenging tak masa nak menggulung...

ni resepi dari Yani, ada k.E-na letak link kt bawah resepi...

Salam aidil adha utk as n family...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

pewittttt oishii sou
nampak senang gak buat
tapi diet la uwaaaaa
nnt leh try gak...
cantek dah bentuk tue ngeeee

alia zainol said...

waaaahh mahu jugak!tapi xreti nak buat huhu

Amie said...

uuiii.....lawanya bergulung-gulung! siap bersalji....

Nieda said...

Resepi yang tak banyak bahan. Resepi mudah ni yg berkenan sangat.Tak pening nak cari bahan.

Boleh try nanti.

Selamat hari raya aidil adha utk As sekeluarga.

Juwita Jamaludin said...

best2.. nak try la.. ita kek gulung ni pernah buat tapi bila hulung suka nak patah tu yang dah rasa serik nak buat.. nak try la nanti insyaAllah

rosmina samin said...

Waaa...ni nak bagi adik resepi ni la (bagi dia buat hahaha)

Ida,Japan said...

wahhhh.....cayalah la as, jadikk kek gulung dia....k'ida belum berani wat kek gulung percaya tak?bila2 boleh cuba ni

Unknown said...

Wow sedapnya nampak! Terima kasih share resipi ni Kak As! :D

Kamalia said...

Wee..kak,sedapnye..aritu penah buat tp tebal la pulok,terus patah..dah jd bentuk onigiri pulok..hehe.cantik tuh,nnt nak orderla..bole?

nur easy said...

nampak chocoroll ni, buat teringat2 sampai ke malam.. hehe..buatnya idak pulak

Asmara said...

Kak Ena, tq! nmpk akk buat tu yg terus nak try jguak. hehe..

Ayu, mencabar jugak nak gulung tu. hihi..

Alia, agak senang jugak, kene guna loyang size dia. :D

Kak Amie, salji perhiasan. hehe..

Asmara said...

Kak Nieda, selamat hari raya kak! :D

Ita, yg pertama kali buat ni Alhamdulillah senang pulak gulungnya, tapi ada gak patah sikit masa tekan tu. hehe.. tp ok je kita yg mkn. :D

Rosmina, hehe.. asal kakak dia tak buat. :D

Asmara said...

Kak ida, ye ke! ala akk mesti jadik punya. :D

Ain, nak buat ke? hehe..

Kam! eceh makcik nih. kene guna loyang lebar sikit kot. :D

EZ, hehe..xpe boleh beli je kat sana. :D