Tuesday, November 8, 2011

Chocolate Cheese Oreo Cake

Chocolate cheese cake buat untuk majlis Hari Raya Aidiladha tempohari. Kebetulan raya jatuh hari Ahad, jadi dapatlah semua berkumpul untuk solat raya dan jamuan raya. Saya tak makan pun cheese cake ni, cuma dapat rasa cebisan kat pisau masa potong je. Tak sempat nak makan sekelip mata dah selesai. hehe.. Plan awal nak buat oreo cheese cake, tapi biskut oreo tak mencukupi pulak, cuma ada campurkan dalam krim cheese tu je, untuk base guna biskut merie. Ada merekah sikit masa nak keluarkan tu masih panas lagi. :)
Resepi mintak maaf tak ingat link dari siapa, tapi awal2 tahun 2009 saya buat terus salin resepi dalam buku. Kalau baked cheese cake saya memang guna resepi ni, cuma kali ni percubaan meletak biskut dalam adunan cheese. Mintak halal tuan punya resepi asal. :) Komen dari yg makan mestilah sedap! ;D

Bahan2,
  • 250g cream cheese
  • 200ml yogurt
  • 2 sudu lemon juice
  • 3 sudu tepung gandum
  • 2 biji telor
  • 90g gula
  • 5 keping biskut oreo
  • Coklat Hershey's syrup secukupnya
Base
  • 200g biskut merrie (blend halus)
  • 70g butter (dicairkan).
Cara2, 
  • Untuk base, biskut dan butter disatukan
  • Tekan dan mampatkan biskut dalam loyang springform
  • Sejukkan dalam peti ais lebih kurang sejam (saya masuk dalam peti ais beku 15 minit)
  • Putar creamcheese dan gula hingga sebati, masukkan telor dan putar lagi. 
  • Masukkan yogurt, lemon juice dan tepung, putar sebati
  • Hancurkan biskut oreo dan masukkan dalam adunan cheese bersama sedikit coklat hershey syrup
  • Sebatikan dalam adunan. 
  • Tuang adunan atas base biskut yang disejukkan tadi, picitkan coklat hershey disekelililing dan lorekkan.
  • Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak. 
  • Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang dan sedia dihidang.

16 comments:

Fazlinil Irma said...

akak.. kalau ada lagi boleh tukar dgn opera cake sepotong.. ;)

Ida,Japan said...

nyummmx3....ciskek mmg laku kejap jer as...dan ia pasti sedap hingga menjilat jari la tu

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nangess tgk...
sebab cake mmg fav ayu x kisah la cake apa asal ada cheese uwaaaaa
but takut nak makan la...sekali makan lemak susah nak buang...sigh....

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum as... Selamat hari raya aidil adha...
sedapnya coklat cheese oreo kek tu.. nampak sungguh2 menyelerakan.. macam nani ni memang penggemar cheese cake tak ingat donia, mmg tak tahan kalau nampak cheese kek tau.. adoiii nyum nyumm.. nak mintak resepi ni.. nak save dlm folder resepi nani tau.. :)

Kamalia said...

ok..saya cop resipi ni..eh,sirap choc hershey tu ikut suka kitala ye nk letak byk mana?mmg nmpk sedap..

Lady Lavender said...

Alamak As..sedaapnya..Kita baru plan nak buat arini cokolat cheese cake request dari cheese cake lover kat umah ni...boleh tiru resepi As kot hehe..cantik corak2 tuu ..:-)

p/s: ehehh..kesian tukang buat dapat rasa yg melekat2 kat pisau aje :-)

Nieda said...

mESTI SEDAP KALAU HILANG SEKELIP MATA CISCAKE TU.

yatie chomeyl said...

yatie pun buat cheesecake raya haji hari tu. tp bluebery cheesecake la,,kebetulan ada oreo sepeket hehe

Amie said...

sedapnya....terasa dah di hujung lidah, mmmmm.....ada lagi ke Asmara, tak tahan liur nak menitis ni..

ECAH~ said...

wah!!! nampak sangat sedap...saya mao!!

アヌムちゃん said...

nampak sedapp..nak sikittt...

Cho Zila said...

bestnyer dapat makan kek chocolate cheese oreo pagi2 rayani... ehm nampakpun sedapkan...

Hanis MY said...

nak cikittt huhuhu...bila nak terjah yone hehe..tunggu bulan 2 atau 3 la skrg busy manjang...

Asmara said...

Irma, tak cukup sepotong. hehe...

Kak Ida, tu la lama tak buat, suka2 je ubah resepi campur bahan mcm2. hehe..

Ayu, sebulan sekali takpe. hehe...

Nani, hihi.. suka sgt eh. :D

Asmara said...

Kam, haah la yang! ikut suka nak letak byk mana. :D

LL, hihi.. cubalah resepi ni tak guna whiping cream. ok kot. :D

K Nieda, org ramai masa tu. hehe..

Yatie, tu la oreo tak cukup pulak. :D

Asmara said...

Kak Amie, tukang buat pun dapat rasa sikit je. hehe..

Ecah, nnti akk buat lagi. :D

Anum, meh datang! :D

Zila, mmg sedap asal ciskek! :D

Hanis, nnti free2 dtg la lagi. :D