Hari minggu yang lalu kami saja jalan2 di kaki2 gunung nak tengok pemandangan musim luruh di sini. Tapi nampaknya masih belum sepenuhnya daun bertukar kaler, masih ada yang kehijauan. Kami melalui jalan ke Oguni antara sempadan Yamagata dan Niigata. Teruja dengan keretapi satu gerabak yang melintas. :D
Batrisya jumpa tentoumushi(ladybug) terus disimpan nak bela katanya. Bukan main jaga, tapi masa dalam kereta hilang la pulak.
Pemandangan yang cantik! ramai orang berhenti ambil gambar di tepi jalan.
Seterusnya kami ke jambatan gantung, kawasan ni merupakan tempat perkhemahan pada musim panas. Musim luruh pun ramai yang datang sebab nak tengok daun2 dan pokok yang bertukar warna.
Datang lagi seminggu baru cantik betul rasanya. Pokok2 masih banyak yang kehijauan dan kekuningan. Tapi ada jugak yang dah kering.
Haqem baru nak demam masa ni. Balik tu demam la pulak. Budak2 ni sangat jarang demam, boleh kira dengan jari berapa kali demam. Biasanya budak2 ni selsema je tiap kali tukar musim. Alhamdulillah demam tak lama, mama pun tak bagi ubat, cuma letak coolfever. Mama check jugak suhu badan tiap masa. Minggu lepas Haziq demam, rasanya sebab cuaca yang terlalu sejuk di luar dan masuk dlm rumah panas, tu yg terkejut suhu badan. Nampaknya musim sejuk dah tiba! hari ni suhu terendah adalah 1C!! Tempat kami suhu paling tinggi setakat ni 14C. Tiada lagi suhu atas 20C sehingga Mei tahun hadapan. Berita pun ada beritau kemungkinan salji akan turun lebih awal pada tahun ni. huhu..
Antara video yang sempat diambil. :D
10 comments:
biler la nk terjah sana ni
if tukaq color mmg cantek tempat ni khen....
batrisya pakai lipstick ka kak???
merah benor mulut dia ngeeee
alahai kawaii giler haqem
orang dekat belah atas dh sakan berjalan dah..best tgk gambar..huhu..sejuknyee kak as..1c tuu..huhuuu..sini boleh rasa lagi suhu atas 20..huhu..suka suhu2 time2 skang ni..heee
Ayu, eh taklah, mmg bibir dia kaler gitu kot. ehehe.. mama dia pun jrg sekali pakai lipstik. :D
Anum, tu la kat sini mmg cepat betul sejuk dia. summer yg betul2 panas sebulan je kot. lebihnya sejuk. duduk dikelilingi gunung ganang gitu la. :D
Santekknya... Jeles sgt dgn asmara. Bleh jenjalan tgk tempat org. Nnt bila dah tukar warna update lagi ye. Saya ni pun obses takuya kimura gak dulu. Heheh. Selalu berangan nak pegi Jepun. Cuma belum ada rezeki.
bestnyer jlnx2 tu tgk view pun cantik...:)
Xmerah sgt ek..kat sini ade yg dah togel bagai..kan2..arini plg sejuk..eh, esok sejuk gak..toyu dah hbs 1 tong.huhu
cantik tmpt ni..:)
memang cantik tempat ini kagum .. kalau dapat mengalaminya sendiri lagi takjubkan... entahler bila berkesempatan..
Lyd, InsyaAllah kalau berkesempatan dan tak hujan pada hari minggu. :D
Nieza, belum sepenuhnya tukar kaler ni. :D
Kam, tu la tak merah lagi, jumpa sikit je yg merah, baru kuning yg momiji tu.
Amalina, mmg khas utk tengok koyou. :D
Zila, Insyaallah ada rezeki nnti boleh datang. :D
Post a Comment