Friday, October 7, 2011

Melawat Atago Shogakkou

Hari Rabu lepas kami ke sekolah rendah (Shogakkou) untuk ambil kad kemajuan Batrisya. Peluang untuk mama berjumpa sensei dan tengok kelas Batrisya. Sebelum ni dah datang tapi masa tu hari pendaftaran je. Report kad Batrisya nanti mama tunjuk. Appointment jam 3 petang, untuk setiap pelajar ada masa2 yang diberikan, jadi sangat sistematik, Ibu bapa datang pada waktu yang ditetapkan, jadi tak perlulah ibu bapa lain datang pada waktu yang sama dan kene menunggu lama ikut giliran. Setiap murid diperuntukkan masa 10 minit saja. Jadi haruslah datang tepat pada waktunya. :)
Gambar di hadapan sekolah, budak laki yang duduk tu kawan baik Batrisya, sebab tiap hari balik sekolah jalan kaki sama2. Selalu jugak datang rumah, kalau datang terus je bukak pintu ajak main komputer.
Sebelum pergi sekolah Batrisya singgah ambil Haziq kat Yochien(tadika). Haritu Haziq tak balik naik bas, sebab dah janji dengan sensei kami amik dia. Sambil menunggu sesi temubual dengan sensei, Haziq dan Haqem tumpang duduk meja kelas kakaknya, sambil menulis dan melukis. Masa ni dah habis sesi temubual, mama tengok2 la dalam kelas dan ambil gambar sikit2 guna iphone. :-p
Gambar yang sempat mama ambil, atas tu kelas Batrisya yang separuh bertutup, berdepanan dengan kelas adalah dewan kecil. Dalam kawasan sekolah kene guna kasut sekolah(zuku) tak boleh bawak keluar, jadi pergi sekolah pakai kasut lain, masuk je dalam kene tukar kasut. Tempat isi beg baju sukan, berus gigi dan towel. Bawah tu beg untuk melukis (watercolour, berus dan peralatan melukis). Hasil lukisan Batrisya dan rakan2 yang ditampal didinding kelas. Gambar last tu pokok bunga (morning glory) yang ditanam pada musim panas yang lalu, dah hampir kering pokoknya. Setiap murid satu pokok, kene jaga dan disiram tiap hari. Kisah sebelum masuk sekolah ada kat sini.
Karangan Batrisya yang bergambar dan lukisan yang dilukis. Katanya dia lukis kereta, dalam kereta ada mama, papa, Haziq, Haqem dan dia. Pergi jalan2 dan makan onigiri. hihi..

8 comments:

yatie chomeyl said...

sekolah kat jepun mcm fun sgt kan. budak2 pun suke je gi sekolah ye tak kak?

diha said...

wah..sgt sistematik, menariknye~

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

syoknyer
x sabaq nk bg adam masuk sek next year

Hanis MY said...

Br prasan batrisya potong rambut...comel

Nur Zulaikha said...

owh yeke..skrg ni akk kt jepun plak la...kat korea x pegi dah??kalau ade yg chopstick besi kat jepun pun x pela..tp berharap la ade yg korea punye..huhu..terpulang la pada akk..x nk mnyusahkan..kalau akk balik malaysia bgtaw ye..x nk susahkan akk post dr sane..^_^

Asmara said...

Yatie, memang seronok sangat tengok budak2 ni, bersemangat je kalau kata nak gi sekolah.

Diha, tu yg best kat sini! :D

Asmara said...

Ayu, nnti lagi teruja, jgn lupa ajar bm kat dia. hehe..

Hanis, sejak naik sekolah haritu dah potong, ni pun dah pnjg sikit. :D

Asmara said...

Zulaikha, akk mmg kat jepun, haritu jalan2 ke korea je. hehe..