Tuesday, October 11, 2011

Matsugasaki Shrine Festival dan tetamu Istimewa

Festival seterusnya diadakan pada hari Sabtu (24/9). Kali ni kami bawa tetamu istimewa sekali, Acara ni lebih kepada Folk Songs and Dance. Nyayian lagu2 tradisional dan diikuti tarian tradisional. Memang asyik melihat dan mendengar. Ada persembahan khas yang dibawa jauh dari kepulauan Okinawa iaitu tarian tradional dan muzik dari gendang. Muka orang Okinawa ni macam ala2 Malaysian. Pulau Okinawa ni terletak paling bawah negara Jepun, iklimnya sedikit seperti Khatulistiwa, tak ada salji, tapi tempatnya sangat cantik.
Selain tu terdapat jugak gerai2 jual barang2 hasil kraftangan. Menariknya kat sini tak ada orang jaga gerai, barang yang dijual tu cuma diletak harga, kalau nak beli cuma masukkan duit dalam kantung yang disediakan. Jujur gitukan. Kami pun ada la beli sikit, amik barang masuk plastik sendiri dan masuk duit dalam kantung tu. Gambar tengah bawah tu gerai daging lembu bakar yang popular di yonezawa. Bagi tourist kalau datang yone ni haruslah makan dan rasa daging lembu sini yang sangat sedap dan berkualiti (lembu yang dibela dikawasan pergunungan). Harganya memang mahal dan biasa dibuat sebagai omiyage(cenderahati). Tapi sayangnya kami tak pernah dapat rasa, huhu..  tak jumpa lagi daging lembu yonezawa yang halal. ;) Gerai ni dibuka khas sempena matsuri, nampak harga semangkuk tu seribu yen (nasi dan daging saja), gerai ni paling panjang orang beratur.
Anak2 yang seronok jumpa kawan dan bermain. Bestnya tengok Baby Afiya tido nyenyak bawah pokok. Suka tengok aksi budak2 ni, bukan main mesra Haziq dan Amni bermain tu. Muka budak2 keletihan dah penat berlari berkejaran naik turun bukit. Sekali sekala berjumpa main memang tak ingat apa dah. hehe..
Seterusnya bawa tetamu istimewa dari Iwate ni berjalan melihat bandar Yonezawa dari atas bukit. Yeay! dapat jugak gambar sama2, dan dapat jugak kami amik gambar family. Cuma gelap sikit sebab dah lewat petang. Seronok sangat haritu dapat jalan2 dan berjumpa dengan Kamalia yang datang jauh dari Iwate. Datang berhari raya katanya. hehe.. jangan serik datang lagi tau. Terima kasih banyak sudi datang tempat kami. Act. ni dah kali ke empat kami bertentang mata. Selalu calling2 je, ada harapan lagi rasanya untuk berjumpa kali ke lima dan seterusnya di Jepun nih. hihi..

12 comments:

yatie chomeyl said...

kete kak As yang odyssey tu ke? hehehe

Asmara said...

yatie, ahaks.. harus lebih 9 bulan pakai gitu. :D

Kamalia said...

vavava..da kluar da gambar sy di sini..malu aii tau.terima kasih sudi melayan kami dgn lyanan yg super duper hebat..nasi aym yg sgt sedap,tempe goreng n sambal kicap yg sgt sedap jugak..haha.sampai arini teringat2tempe goreng tuh..eh,bila nk jumpa kali ke 5 tuh?hehe..
p/s: sy msh hutang daging dgn akk..huhu

Ida,Japan said...

sonoknyer jalan2...wahh as jumpa lia erk...bestkn gather2 gini

Ijah EmoTemo said...

wahhh!! best best! :)

Afikah Aziz said...

wah meriahnye,nk2 lg tgk pemakaian diorg ni hehe

Juwita Jamaludin said...

As.. syoknya.. teringin nak ke atasrumah awak tapi tah bila la agaknya... kalau ada rezeki kami sampai sana ye.. hihihihi.. nampak dah od dia...

Hanis MY said...

Bestnya dating... Dh jumpa baby Afiya live lg syoknyaa.. Byk eh matsuri kat yonezawa syoknyaaa...

Nadiah Sidek said...

kat jepun banyak event/festival, kan? seronok baca cerita dan tengok gambar2 kawan2 kat jepun..macam2 aktiviti!

Asmara said...

Kam! hehe.. best2! nanti jumpa lagi key!

Kak Ida, mmg seronok, lg2 tmpt kami ni tak ramai msian. :)

Asmara said...

Ijah, best! :D

Ika, pengalaman buat kami. :D

Asmara said...

Ita, jemput datang. :D

Hanis, kalau tak bz meh dtg lagi. :D

Nadiah, Jepun memang terus kekalkan adat dan budaya diorang wpun dah moden skrg ni. :)