Semester pertama dah berlalu. Sekarang dah masuk semester kedua, ada lagi satu semester untuk Batrisya habiskan sesi persekolahan Darjah 1. Kad Kemajuan pun dah dapat minggu lepas. Prestasi persekolahan adalah baik, walaupun dia satu-satunya warga asing yang bersekolah di sini, tetapi progressnya tetap sama seperti anak2 Jepun lain yang sebaya dengan dia.
Dalam kad kemajuan ni pun turut dicatatkan perkembangan fizikal, terkini pada Sept. tinggi Batrisya 121cm dan berat 22.2kg. Peratusan kenaikan adalah rendah, maknanya Batrisya semakin kurus, penat berjalan kaki tiap hari ke sekolah agaknya. Sebelah tu contoh kertas peperiksaan (bulat tu tanda betul), sama seperti kerja rumah yang diberi tiap hari oleh sensei. Keputusan peperiksaan tak ada markah ABC pun. Cuma kolum, boleh buat dengan cemerlang, baik dan sederhana. Alhamdulillah Batrisya semua boleh buat, sensei pun ada beritau, dia pulak yang ajar tulis bahasa jepun kat budak yg duduk sebelah dia. hehe.. Matapelajaran yang di ajar adalah Bahasa Jepun, Matematik, Life Study, Muzik, Lukisan dan Pendidikan Jasmani.
Ini pulak perkara yang dia buat sendiri tiap hari, seperti bangun pagi, gosok gigi, makan pagi, ucap selamat sebelum keluar rumah, balik rumah dan sebelum tido, bermain, menonton tv, basuh tangan, guna tisu dan towel, dan tolong emak. Kene tanda tiap hari. Antara komen guru kelas, Batrisya boleh buat semua benda, baik dengan kawan2. Masa aktiviti masak2 sweet potato Batrisya paling cemerlang, (diorang ada aktiviti tanam keledek kat sekolah, dah masak cabut dari pokok dan masak sama2 dengan sensei). Last sekali tu sensei suruh Batrisya belajar bercakap dengan nada suara yang sedikit kuat :)
Seronok kan sekolah sini, budak2 having fun, takde la stress sangat asyik suruh baca buku 24 jam,buat homework yang banyak tiap hari, berlumba2 sapa paling pandai. Homework dia sehari cuma sehelai kertas je, kadang2 2 helai. Sensei pun takde la paksa2 suruh budak terus jadi pandai. Konsep diorang mungkin masa umur gini kene belajar hidup berdikari dulu, timbulkan minat untuk belajar sesuatu, dan satu saya nampak dia nak
semua budak adalah sama, tak ada yang terlebih pandai dan tak ada yg tak pandai. Saya tak pasti sistem pendidikan dia macamana, tapi memang nampak budak2 seronok nak ke sekolah. Bila minat ke sekolah tu ada, dengan sendiri budak akan terbuka hati nak study betul2. Contoh Batrisya kat rumah kalau ada masa dia suka baca buku cerita sendiri tanpa disuruh pun, suka menulis dan melukis (in Japanese) Tapi kalau kene baca buku BM memang kene naik suara tu. (saya orang msia yang nak anak pandai dari kecik) hehe..Untuk umur dia yang penting bagi saya dia dah pandai membaca, menulis, mengira dan berkelakuan baik dah cukup bagi saya. :D
*teringat kisah sensei Takeshi Hashimoto 2 minggu lepas di TV. Beliau mengajar hanya menggunakan novel, tapi anak2 murid beliau kebanyakan menjadi orang yang berjaya. Method pengajaran dia senang je, cuma lakukan aktiviti luaran. contoh bawak budak2 keluar main layang2. Dari situ budak2 dah berminat nak tau pelbagai benda, macamana layang2 dibuat, berapa ketinggian boleh pergi, so kat situ dia dah ajar macam2 ilmu terutama math dan fizik. Kisah dia dalam english tak banyak, tapi boleh baca sikit kat
sini. :-)
30 comments:
seronoknya...sekali tgk muka dah macam jepun batrisyia ni...fasih pulak bercakap jepun... :)
tu la, say apun ibu msia jugak yg nak anak mengira dan membaca cepat2. tp nursery kat sini bg kesedaran kat saya hehehe
batrisya mst akan jadi anak yg bijak nnt . seronok dpt belajar budaya pembelajaran negara luar . otak anak mudah berkembang kan..
baca report anak2 saya pun macam2 ada aktiviti yang direkod.. menarik sebab ini la kenangan nanti bila balik mesia kan?
adam pow ada masalah buat berat ni la...keding sgt naik risau gak....eng x di ajar ek????
menariiiknyaa...memang betul sistem pendidikan negara luar sgt2 berbeza dgn sistem kita kat msia..
bersyukur anak2 kita berpeluang lalaui pengalaman mcm ni. Tahniah batrisya :-))
lain kan cara/konsep pendidikan dia... wpun subjek y sama di ajar, tp pendekatan nya lbh santai
Salam Kak Ita..saya banyak dengar cerita, sitem pendidikan asing(luar negara) terutama barat, kanak2 banyak melakukan aktiviti seperti tanam pokok dan sebagainya...Tahap mereka jarang dikerah membaca dan menulis secara bersungguh2 seperti di Malaysia..Tapi saya tak pastilah, sebab belum ada pengalaman tu....
Oppsss..sorry..tersilap taip nama plak..Nak taip Kak As, jadi kak Ita puleeee...sorrryyyyyy
sistem kita terlebih exam oriented kan as...
takpe, kak yus percaya, satu hari nanti batrisya pasti menjadi orang yg berjaya dalam hidupnya..aminnn.
tahniah batrisya. aunty su tumpang sonok ngan batrisya punya performance. btw, as lama lagi ke kt sana? my cousin akan further study kt sana next year. bolehlah as tunjuk ajar kt dia serba skit. 'U' mana lupa lak tanya dia :p
Good job Batrisya!
Tahniah batrisyia...bagus jugak kalau nak semua murid2 sama tak terlebih terkurang...Anak2 mesti seronok...esok2 kalau dah balik mesia pandai2 lah bawak diri...perbezaan sistem yg ketara bukan senang anak2 nak terima terus...itu pun proses pembelajaran jugak...
as.. bagus batrisya boleh study bila balik dari sekolah untuk subjek msia...sugoi batrisya..:)
Semoga Batrisyia success selalu. Gaijin selalu diberi perhatian lebih rasanya. Lebih2 lagi seorang je kan. Kekadang akak rasa rimas jugak sebab dalam kelas sensei dok fokus kat akak.
Aww good job Batrisya! Teringin sangat nak gi schooling2 kat Jepon. Tapi zaman sekolah Ain dah habih dah...huhu. Maybe InsyaAllah bole uni kat sana? hehe.
bestnyeeeee! bahase jepun jd 1st language la kan? hebat la batrisya speaking jepun! best of luck utk batrisya! ;D
ahhh sugoiii.....syok kan anat anak sekolah kt nihon ni....kite ade kawan jepon yg jd sensei kt youchien tgk die sendiri pon dah happening mcm budak.....ilang tensen smpi kite pon jd mcm budak2....
Hehe..yg xthn die bole ajr kwn sebelah tulis nihonggo ye..alhamdulillah,pandai n mmg die enjoy sgtla tu bersekolah kat sini..harap2 balik mesia die masih suka pegi sekolah..pesan kat die,balik mesia nnt kena kuat tau.hehe..
p/s:amni pulak bila suh ambik buku bacalah anakku tu mulala nangis2..padahal br suh ambik je pun,lom mula baca..haiisssh..*dpt mak org mesia yg risau ank xpndai..*
Cheq sue, mekasih. :D
Yatie, betul tu kan! mudah2an sampai besar bdk2 ni pandai berdikari dan berjaya dalam hidup. Amin..
Fadh, InsyaAllah, selagi mereka berusaha dan ada minat pasti boleh berjaya. :D
Mas, betul tu, at least ada pengalaman kat tempat orang. :D
Ayu, English xde lg utk tahun 1.
LL, terima kasih. betul tu, sekurang2 ada pengalaman, tapi balik msia kene terima jugaklah sistem pendidikan msia pulak.
EZ, sangat risau bila balik Msia nanti, sistem yang berbeza. Mudah2an dia cepat terima cara msia pulak nnti.
Sue, kat sini lebih diajar kanak2 berdikari waktu kecik. belajar tetap kene belajar. :)
Kak Yus, thanks. Amin..
Sue, thanks. nnti mesej la eh. :D
Kak Unai, thanks. :)
Yan, btul tu, sebb tu sekarang, tiap hari kene suruh dia baca buku BM, jawi dan english. huhu.. bukan selama duduk sini.
Ita, memang kene. Takut sangat dia ketinggalan nanti. Kesian jugak kat dia, banyak sangat benda kene belajar. bahasa jepun, bahasa melayu, bahasa inggeris, jawi, mathematik, sains. Kesian kat dia selalu confuse, mama pulak garang, risau sangat dia balik tak boleh sama mcm bdk2 lain yg sebaya dia kat msia tu.
Kak Hami, tu la tak pasti pulak Batrisya tu, tapi kalau tengok pergaulan dia memang orang tak tahu dia tu gaijin. hehe..
Ain, mudah2an.. :D
Arina, thanks, cakap jepun lagi fasih dari melayu. uhuhu...
Sabar, memang nampak dia happy je nak ke sekolah. :D
Kam, tu la mama yang pening kepala dan susah hati mengenangkan nak balik msia nanti. :(
Insyaallah Allah mudahkan segalanya utk Batrisyia.Kat sini kalau anak UPSR tak dpt 5A mak bapak yg sedih sgt padahal bukan boleh bawak masuk u pun sijil tu
comelnya anak kak As, Batrisya ..siap bole masak2 utk ibunya..sugoi ne..
saya suka lah how kids di ajar kt sini..sistem yg santai..
budak2 tak stress, bole jadi 'budak2'..and at the same time bole belajar bdikari. sokong!
hehehe
Post a Comment