Monday, October 31, 2011

かき/Kaki (Persimmon)

Selain kaki(oyster) yang keluar pada musim luruh ni, ada satu lagi jenis kaki yang paling dinanti oleh anak2. Inilah buah kaki atau persimmon, sebutan dalam bahasa Jepun 'kaki' tapi tulisan kanjinya berlainan bagi kedua2 jenis kaki ni. Buah ni sangat sedap dan manis. Memang menjadi kegemaran anak2, sekali makan boleh berbiji2 habis.
Rupa buah kaki yang dibelah 2. Sepanjang yang kami beli buah ni tak ada biji, nak makan cuma kupas kulit dan potong seperti epal. Rasanya memang sangat sedap. Haqem pun boleh sebiji dia sorang je makan. Sementara musim ni memang sentiasa beli buat stok kat rumah. Makan sampai puas. :D

37 comments:

me suya said...

nom nom.. mmg sedap pun..suya pun suka kak~

LydSunshine said...

Buah ni sedap ke ? Serius tak penah makan. Biasa tgk. Tapi mcm tak pernah terfikir nak beli sebab saya imagine rasa dia mesti macam tomata atau labu. Hahah. Nnt bleh la cuba.

einz said...

einz suka buah ni!!!tp mahal lor...kat sini asenye panggil buah pisang kaki.....buah ni mahal sebab harge rm1+++....lau buah lain bape sen jep~(sbnrnye ade jep buah lain yg mahal....hahaha)tp mmg sdp...tak tipu punye....

Amie said...

oooo... ini buah pisang kaki, dah berpuluh tahun tak makan... dulu masa kecik2 arwah ayah suka beli...harganya memang boleh tahan rm1 sebiji... tak tahulah sekarang berapa naiknya dah....

Ida,Japan said...

kat tempat k'ida ni kulit luar dia kaler oren sikit...pas tu ada biji sikit, isi pun kaler oren, pernah jumpa isi yg kaler perang2 sikit....sedap yg amat la buah ni As...kalau kt m'sia...sekali sekali nk mkn pun payah kan.

Rai said...

dulu depan apato ada pokok kaki.. nampak sedap betul buahnya..sayang tuan rumah biarkan je buah2 tu jatuh tak diambil..rugi betul kan..

diha said...

dah lama xmakan pisang kaki..
nnti klu jmpe nk beli, sedap~

Mamasya said...

Aslmkum Asmara

ohh buat nipun bermusim...belum pernah makan..

K.Nor said...

sedapnyer as! poskan 1 kotak besar ke ganu ya.. hehe

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

arrr yg ni mmg buah fav weols ni....sangat la amai khen....rasa lain sket ngan buah kaki kat mesia khen

Nieda said...

akak pun suka buah pisang kaki ni. Susah nak cari. Dulu beli kat Cameron highland.

Lady Lavender said...

kita pun suka buah nii..tapi sekarang mcm belum nampak lagi kat market :-)

Hanis MY said...

Kaki yg sedan hehe... Dedua kaki pun hanis suka.

yatie chomeyl said...

yup kaki mmg sedapppppp...umaiii

PINATBATE said...

Persimmon/pisang kaki kat sini kebanyakannya warna oren daripada China.Kakpinat selalu beli juga beli..lagi masak lagi manis..tp tak rangup lah sebab dah lembek..keke

Nadiah Sidek said...

pisang kaki favorite hubby :)

Heartilyina said...

salam kak asmara. thanks for dropping by my blog. sedapnya buah kaki. rindunya kat nihon tambah2 masa aki ni mesti best sgt. akak dh lama di nihon? lama lagi ye nk blk?

et said...

owh sedapnyer pisang kaki...my peberet toooo..

Teratak Hami said...

Makan puas2. Kat M'sia mahal. Seketul dah berRM-RM...

JaSSNaNi said...

ooooo... camtu ye.. agaknya kat mesia ni panggil pisang kaki kot, pernah gak makan time kecil2 dulu, tu pun sbb sedara beli, ingat lagi, nani tanya mak, kenapa buah ni tak rupa pisang, tapi panggil pisang kaki.. hmmmm.. tapi betul2 lama dah tak pernah makan.. tak tau dah apa rasanya.. tapi sure sedap, sbb dulu time kecil2 makan apa2 buah pun kecuali buah durian.. sbb dulu kata durian tu busuk.. tapi dah besar2 ni suka plak buah durian.. macam2 ragam kan.. :D

Daddylicious said...

belum pernah cuba pun...rupanya sedap yer..

nur easy said...

sedap...warna pun cantik ;)

fazian.batrisyia said...

Buah pisang kaki ni mmg sedap pun...stew tu pun nampak sedap...yummy delicious...

Unaizah said...

Eeee, akak pun suka buah ni!! Akak panggil pisang kaki. Tp sini susah sikit la nak dpt & mahal harganya.

Asmara said...

Suya, sedap kan!

Lyd, sedap tau. cuba beli sebiji rasa dulu. :D

Asmara said...

Einz, haah kan. rasanya nama dia pisang kaki kat msia. sekali makan mesti nak lagi. hehe..

Kak Amie, uish.. lamanya tak makan. ce beli lagi kak. ;D

Asmara said...

Kak Ida, betul tu, sementara ada kat sini makan puas2. hehe..

Rai, tu la satu pokok tu mmg byk buah, tapi japanese ni selalu keringkan buat tangkal kat rumah. hehe..

Asmara said...

Diha, tu la jarang jumpa. dulu penah jumpa kat jusco kot. :D

Mamasya, akak x pernah rasa eh. sedap tau!

Asmara said...

Kak nor, kalau pos murah mmg dah kirim dah. hehe..

Ayu, haah rasanya kat sini lagi manis. ;D

Asmara said...

Kak Nieda, sbb tu mahal kot. mcm hidup ditempt yg sejuk. :D

LL, autumn je kot keluar, takpun spring. hihi.. belah europe tak pasti pulak. :D

Asmara said...

Hanis, kaki yg buah ni mmg bdk2 suka sgt, tp kaki oyster tu diorg x makan. :D

Yatie, suka jugak kan!

Asmara said...

Kak Pinat, yg lembik mmg tak berapa nak sedp, yg keras tu mkn mmg rangup. :D

Nadiah, hehe.. sedapkan!

Asmara said...

Lyna, nnti balik pasti merindui nihon. :D

ET, hihi.. sedap kan!

Asmara said...

Kak Hami, tu la kan, mkn puas2. :D

Jass, tu la rasa dulu mcm byk je dan murah sikit, skrg ni kot makin mahal. :D

Asmara said...

Daddy, mmg delicious! hee..

EZ, ni gambar mlm tak nmpk sgt orennya. :D

Asmara said...

Yan, yg sedap harus mkn lebih. ekeke..

Kak unai, tu la kan tak semua kedai buah ada jual. :D

bopandot said...

setuju..mmg sedap rangup2 manis. baru beli stok kaki sabtu aritu.kejap dh nk abis. rase nk borong je sekotak! :P