Friday, October 14, 2011

Fukushima Safari Park

Cuti 3 hari minggu lepas kami sempat ke Fukushima Safari Park. Lebih kurang sejam setengah perjalanan dari rumah. Safari Park ni terletak di lereng gunung, terletak jauh dari Loji Nuklear Fukushima yang rosak sewaktu tsunami tempohari. (2/3 hari ni berita tv beritau ada kesan radiasi yang sangat tinggi di Yokohama, tapi setelah dikaji malam tadi baru tau bukan berpunca dari genpatsu Fukushima tapi memang dah lama ada). Memang risau dengan tahap radiasi, Alhamdulillah tempat kami masih rendah tahap radiasinya, tiap hari bacaan radiasi diambil dan dipamerkan. InsyaAllah masih selamat di sini.
Sambung kisah ke Safari Park ni. Tak ada perancangan awal pun, Batrisya yang teringin nak pergi Zoo tengok binatang. Tapi kami ambil keputusan bawak dia ke Safari Park. Ini bukan Zoo tapi taman binatang tanpa pagar. Takut jugak sebab tak ada pengawasan. Nak masuk kene bertiket juga. Kereta untuk masuk safari pun ada untuk disewa tapi kami bawak masuk kereta sendiri. Tapi nyesal jugak habis kotor kereta dengan air liur binatang2. huhu..
Nasib baik waktu tengok lion, dia tengah tido, kot tengah jalan2 memang laju je la kami pecut. hehe..
Singa tak bercampur dengan binatang lain. Seterusnya masuk ke kawasan rusa dan zebra. Haqem dan Batrisya memang suka sangat la, mama yang geli. Macam senyum kambing. hehe..
Gajah, Zirafah dan beberapa binatang lain turut ada.
Masuk ke kawasan seterusnya, Batrisya beriyer2 nak bagi makanan kat rusa2 tu. Jadi beli la biskut kat penjaga tu, start je bagi makanan, habis semua menyerbu. huhu..  Tapi budak2 ni suka sangat la. Masa awal sampai tu Haziq tido, kene kejut suruh tengok binatang. Terkujat2 dia tengok tiba2 binatang ada tepi tingkap. hehe..

Kami sewa guide info kaset, untuk Batrisya kenal dan tau mengenai binatang yang dia tengok. Dalam bahasa Jepun cepat sangat fahamnya. Cerita dalam bahasa melayu, banyak sungguh soalannya. :D

Haziq yang dah segar. Budak2 sangat enjoy dan happy dapat tengok binatang dari dekat. Nanti ada peluang kita masuk zoo pulak. :D



*Nak melawat Batrisya kat sekolah jap lagi, ada Marathon, so ibu bapa dijemput hadir. :)

15 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

dok plan nk gi gunma safari park tapy x sampai2 lagik pow ngeeee.....nampak best khen....kids mesti enjoy

yatie chomeyl said...

anak sy pun suka animals ni tapi mommy nya takut nak bawak gi safari sbb mommy penakut habis hahahaa.

Kamalia said...

Kami dr dulu nk pi safari park yg kat ichinoseki tuh..tp xtrpeginye. Yg kat melakanye xbest lgsung,naik pulok bus die rs nk trcampk2.. thun lpas ade tgok berita tau,xigtla katne,nihonjin ni g safari park nek keta sndiri pastu tetiba lion tu mcm mengamuk,die duk cakar2 la keta org tuh..abihla keta die calar balar,tp sib baik xde pape jd.kowaii....

Hanis MY said...

Bestnya dah lm ajar cinta g sini tgk at blog kak as pun dah puas weee... Pstt koyou thn ni kat mana kak as?

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..wahhhh seronoklah budak2 tu bagi makan kat haiwan2 sana yaaaa

アヌム ちゃん said...

seriyes mcm sgt bestt..huhuuuu.nak gk g..huhuuu

diha said...

bestnye dapat tgk binatang dekat2..

Ct Arina said...

makkkk besarnye singa! 0_o

Juwita Jamaludin said...

syok2.. kami pun teringin hubby dah gi dah yang fuji safari lab trip dia.. dia janji nak bawa kami tak bila la dapat gi.. hihihihihi...

Ain SSB said...

Kiteorang punya kereta kena panjat ngan monkey2 nakal masa pegi zoo camni dulu! huhu.

Seronok la dengar diorang cakap Jepon! hehe <3

Asmara said...

Ayu, xpe byk masa lagi tu. :D

Yatie, mamanya ni pun penakut, tp anaknya dah teringin. hihi..

Asmara said...

Kam! uiii! kat mana la tu. masa tengok lion tu dah cuak jugak. haha.. sib baik lion tgh tido.

Hanis, dekat je tu, saja je exp utk budak2. kouyou kat sini2 je kot. :)

Asmara said...

Sue, tu la mmg diorang suka sangat la. hehe..

Anum, cari yg terdekat. mesti ada. :D

Asmara said...

Diha, takut dan geli pun ada. hihi..

Ita, xpe ada masa lagi boleh pegi. :D

Ain, tu la risau kete calar je kan. :D

Unaizah said...

Bestnya!!! Sure budak-budak tu seronok tahap max. Kat Malaysia ni, akak penah gi yg open cam gini kat A Famosa je la. Tp naik kenderaan diorang. Tupun dah rasa cuak hihihi.