Tuesday, October 25, 2011

Daigaku Imo (Keledek manis bersira gula)

Daigaku Imo (daigaku = universiti, imo =keledek) atau Japanese Candied Sweet Potato antara makanan yang popular di Jepun. Diberi nama keledek universiti sebab makanan ni sangat popular dikalangan pelajar2 universiti di Jepun. Selama ni dah perasan keledek ni, cuma kali ni baru belajar buat. Resepi yang paling senang dan mudah. Selain rasa yang sedap sesuai di makan begitu saja sebagai snack ringan. Resepi dari sensei Japanese cooking class yang saya hadiri.

Daigaku Imo
Bahan-bahan,
  • 1 biji keledek Jepun (dicuci bersih)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 cawan minyak 
  • Bijan hitam secukupnya.
Cara-cara, 
  • Panaskan kuali dan minyak
  • Masukkan gula dalam minyak dan gaul seketika
  • Masukkan keledek yang telah dicuci dan dipotong segitiga kecil
  • Tutup kuali biarkan seketika, buka penutup kuali dan balik2kan keledek agar masak sekata
  • Angkat bila keledek nampak garing, melekit dan mesra bersama gula dan minyak tadi. 
  • Hidangkan bersama bijan hitam yang ditabur atas keledek. 
  • Sedia untuk dimakan bersama nasi atau snack minuman petang.
Selamat mencuba resepi masakan Jepun yang mudah dan enak!

15 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

imo amaiiii
ai suker gak....
but mmg betul imo ni amai giler khen....ai selalu makan kukus itew pow sedap...askrim dia pow sedap....issyyy melalut merata dah ni....

Amie said...

Selamat tengahari Asmara,
sama tak rasa daigako imo Jepun dengan keledek kita...

Azian Elias said...

ranggup ke?

me suya said...

nampak sedap sangat sis.senang pun senang.. tp keledek jepun tu sama je ke ng keledek mlaysia? heeeeeee

cik cek said...

Tak penah lagi makan menu cam gini...camana rasa dia ek...

Ida,Japan said...

pernah nmpk kut..tapi k'ida lum pernah mkn..senang jer ye, as..mekasih ye info pasal nk buat nasi impit tu...betul2, pakai beras jepun buat mesti lembik

Hanis MY said...

yummy! o gitu cr buat selalu hanis mesti cr kat cafe nk buat tk reti hehe...pasni bolehlah cuba...

nur easy said...

rajin keledek ni kan, masuk dai.. hehe

Juwita Jamaludin said...

As.. gi kelas masakan.. syoknya.. ita suka gak makan.. makan kat kedai sushi.. :)

Ijah EmoTemo said...

tgk gmbr pun air liur meleleh :/ hihihi

Asmara said...

Ayu, tu la mmg suka sgt imo ni. :D

Kak Amie, rasanya jepun punya lagi manis kot. hehe..

Asmara said...

Yan, kalau garing dia jd rangup sikit, kene cuba nak tau rasa. ;D

Me suya, boleh je kot nak buat sebab dia akan rasa manis dengan gula. :D

Asmara said...

Kak cek, cubalah. sedap tau, mcm kerepek ubi bersira jugak. hehe..

Kak Ida, buat bento anak2 gi sekolah. tengok nihonjin selalu buat bento imo ni. :D

Asmara said...

Hanis, senang je buat, boleh la buat bento gi dai. :D

EZ, hihi.. tu la diorg bg nama dai imo.:D

Ita, aha pasni leh buat sendiri. kat kedai kdg diletak syoyu dan sake. :D

Anne Wahid said...

nampak sedap...yummie!!

New Entry: Date on the LOGOS Ship