Friday, September 30, 2011

Tembakan yang mengenai penonton. (Depan mata!)

Bersambung kisah matsuri tempohari. Selepas perarakan, pasukan senapang lama membuat persembahan, acara tembak2 ni memang tiap tahun diadakan. Senapang yang digunakan adalah senapang zaman dulu kala yang menggunakan kertas dan sedikit bahan letupan. Mula2 excited, tapi takut jugak dengar bunyi tembakan. Memang berdebar pada tembakan pertama. Masa ni papa dan Haqem duk tempat lain, mama pegang camera, papa pegang videocam.
Dah hampir separuh persembahan, tiba2 sorang pakcik yang tukang jaga line rebah betul2 depan kami.Ya Allah!.. kami terperanjat sebab tiba2 dia terbaring. Saya dah mengigil ketakutan sebab nampak darah dari hidung dia (pakcik tu terus tutup muka), bukan apa sebab pakcik tu memang duduk betul2 depan kami, siap pesan dengan kami sebelum tu suruh tutup telinga dan bukak mulut takut telinga sakit masa tembakan. Saya paling menggigil sebab Haziq, Azah dan anak2nya duduk (saya berdiri) betul2 menghadap pakcik tu tak sampai 2 tapak kaki pun. Terus rasa macam nak pengsan, tarik Haziq dan Azah serta anak2 terus keluar dari situ. (Tapi sempat snap satu gambar sebelum bergerak, tangan tak habis gigil lagi masa tu) terlindung pulak dengan sorang pakcik. Kami berada betul2 depan line anak panah merah tu, saya berlari cari papa, Haqem dan Batrisya. Nasib baik Batrisya dan Haqem ada kat belakang dijaga oleh kakak Liyana (Batrisya takut dengar bunyi tembak2, thanks to kakak Li). Papa ada kat bahagian depan amik video. Azah pun rasa berdebar2 sebab betul2 kejadian tu berlaku depan mata kami.
Acara tu terus berhenti, sambil menunggu ambulans datang, kami dimaklumkan pakcik tu terkena serpihan peluru kertas dan mengenai cermin matanya. Cermin mata dia pecah dan telah di rawat di hospital dan disahkan selamat. Nampaknya tahun depan acara tembakan ni dibatalkan atau kemungkinan ruang untuk melihat diperbesarkan. Papa sempat rakam sebelum peluru sesat tu mengenai pakcik tu. Tapi video amatur la.

Saya tengok video ni pun masih terasa berdebar2 je. huhu.. Pada minit 2.07 dah nampak pakcik paling kiri sekali tu tak bersedia lagi dan terlepas tembakan. Tembakan dari dia yang mengenai pakcik jaga line tu. Video terhenti sebab ada orang berlari, jadi tak nampak pakcik jaga line yang rebah tu. Memang jadi pengalaman yang tak dapat dilupakan. Nasib baik peluru kertas dan saya paling tak boleh lupa sebab Haziq betul2 depan dia, dah la dok main payung kat pakcik tu. Alhamdulillah semoga kami semua terus dilindungi. Amin..

23 comments:

suriani azwan said...

bahaya jugakkan...btw..syok nya tgk pic2 akak dok sana.. teringinnya nak p sana...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

jgn kan kaka yg ketaq ayu yg tengok pow sama...uiks bahaya la....nasib bai pak cik tu x cedera teruk ek...moga akan pulih nanty

Mamasya said...

Assalammualaikum Asmara..

Takutnya kejadian tertembak berlaku depan mata...dlm suka nak tengok persembahan ada kejadian gini... tp syukur asmara sekeluarga slmt..

Syaima' said...

Ya Allah! kowaii. alhamdulillah kak as and family takde papee.

Cheq Sue said...

nasib baik as sekeluarga tak apa-apa...

~ yus ~ said...

Ya Allah As. Bahaya betul. Nasib baik As dan keluarga tak apa-apa, tapi mesti satu pengalaman yang mendebarkan tu kan As.

Umie said...

nasib baik kena serpihan je kan kak... kalau saya kat tempat kejadian pun mesti ketaq lutut..;-)

Ijah EmoTemo said...

uish... seram jgk ni.

Hanis MY said...

huwaaaa seramnyaaaa.... pengsan jugak huhu sib baik kak as n family takde pape... bahaya jugak eh..sebelum ni ada ke kes mcm ni kak as?

Unaizah said...

Syukur, tiada yg hilang nyawa. Kalau benda-benda cam gini jd dpn mata kita, nape ek kita menggigil? Akak dulu penah tengok sorang India tua lintas jln & kena langgar. Dia ok sebab kereta yg langgar tu tak laju. Sepanjang jln sampai la kat ofis, tak habis menggigil!

Effyliani's Life said...

Al hamdulillah As & keluarga selamat. neway, enjoy every single moments di perantauan & thanx coz sudi share pengalaman as kat sana. orang wish boleh melawat sana 1 day ..

Soo Hae Daa said...

uih...berdebar gak kte yg bc nih..alhamdulillah..msih dilindungi...syukur....

E-na Lovely Kitchen said...

syukur semuanya xde pe2...mmg pengalaman yg x bole lupa ni...

SyUhAdA said...

mnakutkan..tp nsib baik semua slmt..

Juwita Jamaludin said...

kowaii.. alhamdulillah awak semua ok.. kalau ita pun tentunya terketar2 As

Ain SSB said...

Ya Allah, takutnya...kalau Ain jadi Kak As pon mesti menggigil! Bende2 macam ni kena sentiasa hati2 kan walaupon diorang dah dilatih berbagai...huhu.

Asmara said...

Suriani, malang yg tak berbau. :)

Ayu, mau gigil tak habis dok teringat je. video pun tak berani nak tengok habis. rasa mcm fobia dengar bunyi senapang. huhu..

Asmara said...

Mamasya, thanks. tu la kan tak jangka nak jadik. syukur sgt masa tu sbb sikit je dgn kami.

Syaima, thanks. alhamdulillah..

Asmara said...

Cheque sue, Alhamdulillah..

Kak yus, mmg debar tak habis seharian tu. huhu..

Umie, tu la mmg tak jangka, sib baik guna peluru kertas. huhu..

Asmara said...

Ijah, seramm..:)

Hanis, sebelum ni mmg tak pernah ada kes, dah bertahun2 buat. sekali ada kes silap2 terus batal masa akan dtg.

Asmara said...

Kak Unai, benda yg melibatkan nyawa ni mmg fobia sesangat. takut kan, tu yg gigil tak abis. huhu..

Sue, InsyaAllah.. :)

Asmara said...

Suhada, thanks. :)

K.Ena, pengalaman menakutkan. :)

Shuhada, syukur..:)

Asmara said...

Ita, takmo duk depan2 dah. :D

Ain, betul tu, semua tak dijangka. so nxt time kalau benda2 yg berbahaya tu tgk dari jauh je la. :)