Thursday, September 22, 2011

Kawah Gunung Berapi (Zao Okama Crater Lake)

Sempena Japan bercuti selama 3 hari, kami dikunjungi tetamu jauh dari Nagoya. Terima kasih Azmi n Azah sudi bertandang ke sini. Balik dari sukan tempohari kami terus bawa tetamu berjalan ke Zao Okama ni yang terletak lebih kurang 40km dari rumah. Zao Okama ni merupakan bekas kawah gunung berapi yang masih aktif. Terletak di atas gunung Zao, antara tempat pelancongan yang terkenal di Miyagi Ken.
Tempat ni dibuka pada bulan May hingga Oktober sahaja. Masa winter ditutup sebab salji yang terlalu tebal. Waktu kami tiba kat atas tu dah sejuk sangat walau kat bawah suhu 32C. Kami bernasib baik dapat tengok kawah tu sebab petang sikit dah penuh dengan awan2 yang menutupi keseluruhan kawasan. Menariknya warna air kawah tu akan berubah mengikut musim, ia turut dikenali sebagai 'Five Colour Pond'. Act. kami dah dua kali ke sini. :) Subhanallah.. memang cantik sangat kat sini.
Kawasan ni juga dijadikan tempat trekking berjalan kaki, nak ke bawah kene melalui jalan yang berbatu2 dan bertanah. Di bahagian atas pun terletak kuil bagi agama Shinto, kalau perasan kat Jepun ni suka buat kuil di tempat tinggi2. Kami tak pergi la. Cuaca yang sejuk di luar, hingga baju pun lembap berlanggar dengan awan. Anak2 seronok bermain dengan awan, kami tak lama di atas, dah puas jalan2 ambil gambar turun ke bawah semula dan cuaca kembali panas. :)

Nampaknya musim sejuk dah tiba, Alhamdulillah taufan 15(Roke) dah berlalu pergi, banjir di beberapa tempat pun dah mula surut. Tempat kami ni cepat betul sejuknya, waktu malam suhu dah bawah 10C. Anak2 pun dah pakai jaket ke sekolah. Moga kami semua terus dilindungi. Amin..

*Masih ada kurang 24 jam untuk join GA, update peserta 198 orang. Terima kasih n good luck! :D

18 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Oooo ni kat miyagi ker??
sebab rasa ada tgk pic iryd ngan pitt posing maut kat cini...mcm kat indon ek...nak terjah gi gak la...but mcm x sempat la kena tunggu next year la jawabnyer...next year akak ada lagik x kat sini?

Fazlinil Irma said...

subhanallah.. cantiknya pemandangan. geram sy tgok air dia warna hijau.

sy ada baca berita. kata uk pun bakal dilanda salji seawal bulan oct. tgok jepun pun dah sejuk. x mustahil salji boleh turun awal.

akak kan suka salji..hehe.

yatie chomeyl said...

wah dh bawah 10 h mlm2 kat sana? sini macam belas2 lagi. tp skrg mmg standby jaket dah la wpon tghari

Sue dan Nahar said...

cantiknya..... tengok permandangan sambil makan puding best kan...:)

nur easy said...

subhanallah.. cantik kan kawasan crater ni. dulu pergi baru lepas ujan, tak nampak isi dlm tu..abis kuar asap bkepul2..;)

Syaima' said...

cantikk nyeee.subhanallah.

Soo Hae Daa said...

cantiknya kak....subhanAllah...cantik amat...beshnya dapat menikmati keindahan alam kat sana....

Ijah EmoTemo said...

cantik sgt pemandangan tu.

E-na Lovely Kitchen said...

mmg cantik tmpt ni as...dpt tgk gambar je la...hihii

dah sejuk kat sana ye...sini pun hari ni angin sejuk sikit x berkipas...air paip mmg sejuk dah....

rosmina samin said...

Nice view :) Insya Allah semoga sentiasa dilindungi ^__*

Juwita Jamaludin said...

cantik As.. nak gi jauhnya.. huhuuhuhu.. lawa tenag je tengok

Hanis MY said...

I like okama...sempadan yamagata dan miyagi, kak as naik kabel ke parking terus kat atas tu?

Unaizah said...

Tengok dlm gambar pun dah cantik. Sure lagi cantik if tengok dgn mata sendiri. As kata air kawah berubah-ubah warna, apa warna-warnanya?

Ct Arina said...

aktif lagi gunung berapi tu. takotnye =.=
comelnye baby! ;D

Asmara said...

Ayu, ye kot, tak perasan gambar Iryd kat mana. ;)

Irma, hihi.. suka tengok tapi tak suka dgn kesejukkanya.

Yatie, dah mcm winter malam. huhu..

Asmara said...

Kak sue, ketaq gigi makan puding sejuk2. hihi..

EZ, syaima, suhada, Ijah, memang cantik. SubhanaAllah..

Kak Ena, kipas dah simpan. hehe..

Asmara said...

Rosmina, terima kasih. ;)

Ita, betul2 saving uols ni. hihi..

Hanis, parking terus kat atas, sian yamagata. uhuhu..

Kak unai, tak pasti kaler ape. tapi mengikut info begitulah ada 5 kaler tak pulak diberitau, hihi..

Arina, harap2 tak meletup lgi. hihi..thanks. ;D

アヌム ちゃん said...

cantiknya tempat ni..teringin nak pergi..huhuuu