Wednesday, September 28, 2011

Kappa Sushi - Menu limited edition

Peminat sushi di Jepun, Kappa ada menu baru tapi valid sampai 30 Sept. ni je. Kawan2 di jepun cepat terjah sushi ikut musim nih. Saya adalah peminat sushi, kalau makan akan letak extra wasabi. Tapi kat sini ada satu kedai sushi kaunter paling best, kedai feveret Batrisya. Sebulan wajib berkali2 ke kedai sushi bakar. Kappa ni jarang pulak perginya. Lama tak pergi tengok ada menu baru yg sedap.
Dah selesai makan baru teringat nak snap. Saja nak beritau ada menu baru yang valid 2 minggu je. Makan petang semalam, ini sikit je, kenyang makan burger dari Msia yang dibawa oleh adik2 yang balik semalam. Mari makan sushi2 puas2, nnti dah balik msia tak dapat la makan sushi sesedap kat Jepun ni. ;D

12 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sushi ni byk kat jepun cuma beza sedap ke tak? ayu suka sushi-ro compare ngan kappa sebab nasi sushi dia sedap sgt ngee...kappa rasanyer almost sethn x terjah...weols suka try lepas rasa leh compare mana sedap lepas tue terjah yg mana puas haty makan jer ngee....

Asmara said...

sushi-ro ngan kappa sama je nasi dia buat guna mesin. kami lg suka kedai sushi kaunter tu sbb chef buat depan mata, hehe.. air tgn kat nasi tu lg sedap dan guna nasi panas2 gitu. :D
*kalau dtg nnti akk bwk gi try kedai tu, mau tiap minggu ayu dtg makan. ekekeke..

nur easy said...

tak pernah rasa sushi msia. dtg sini jd minat betul. masa preggy hari2 mesti nak corn mayo sushi.. hehe kenangan semuanya

Cheq Sue said...

saya selalu makan sushi TESCO aje... :)

Umie said...

ala..x sempat nak pi kappa try menu baru tu..cik abe blk 2hb...uwaaaa!!!

Juwita Jamaludin said...

Sedap dulu kappa tapi sejak dpt email tentang kappa sushi mana yg x leh mkn tu terus gi sushi ro... Kat sini ada gak hama sushi.. Terjah situ kalau sushiro ramai.. Kami pun As dlm sebulan berkali2 mkn sushi tambah sekrg ada kereta laju je.. Hahaha

Ijah EmoTemo said...

wah! dh lama tak mkn sushi ni hihihi

Unaizah said...

Dulu akak tak leh masuk langsung sushi. Tp sejak akhir-akhir ni....dah suka pulak. Siap teringin-ingin lagi hihihi.

Ain SSB said...

Woah berpinggan-pinggan Kak As & family makan! Mesti sedap gila! Ain teringin jugak nak makan sushi fresh! Yang kdg2 makan tu dah siap dalam kotak dah...huhu.

Asmara said...

EZ, sushi msia mahal dan rasa kurang kot. :D

cheq sue, jusco pun sedap jugak. :D

umie, gie sendiri ada berani? hehe..

Asmara said...

Ita, yg tuna mayo tu x leh mkn. kami pun makan ikan je, campur2 tu x makan. suka sushi yg asli ikan saja. :D

Ijah, jusco ada. :D

Kak Unai, eh ye ke. hihi..

Ain, dah duk jepun harus puas2 makan sushi. hehe..

アヌム ちゃん said...

dkt cni xde pn sushi ro ke kappa sushi ke..matsurizushi ada la..huhuuu..tapi xkesah la mana2..semua sushi sedap je kot..heeeee