Wednesday, August 3, 2011

Surat khabar Ultraman, Ikan sweat sour dan Murtabak segera

Jangan main2 Ultraman pun ada surat khabar tau. Pegi kombini, Haziq nampak terus dia amik. Peminat Ultraman no 1. Harga boleh tahan 250yen. Macam2 cerita dan perkembangan terkini ultraman ada dalam tu. hehe..
Menu berbuka semalam, masak ikan sweat sour, sup sayur, tahu bakar dan buat murtabak ringkas. Guna ikan Inada. Bahasa melayu tak pasti ikan apa. Dah potong kecik2, senang budak2 makan.
Murtabak segera, guna kulit popia. Intinya guna daging, kentang dan telor. :D

Bahan2,
  • 200g daging cincang (mincemeat)
  • 3 biji kentang (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu serbuk kari
  • Perasa (sedikit air asam, garam dan gula)
  • 3 biji telor
  • Kulit Popia
Cara2,
  • Tumis bahan kisar dan serbuk kari hingga garing
  • Masukkan daging gaul sebati
  • Masukkan kentang, tumis hingga masak
  • Masukkan perasa dan sedikit air, masak hingga sedikit kering (Inti)
  • Pecahkan telor dalam inti dan gaul sebati
  • Sediakan kulit popia, tuang 2 sudu inti atas kulit popia
  • Lipat kulit popia 4 segi
  • Sapu sedikit minyak atas kuali leper atau non stick pan
  • Masak murtabak dan balik2kan hingga masak.
Selamat berbuka puasa buat semua. ;)

15 comments:

ijayuji said...

Salam kak as!!! waahhhhh otomennn!!! suke tgk otomen dyna!!! wakakakaka.... murtabak ni pun nak masuk list jugak tp tak nak yg segera gini lahh nak yg kulit paratha jugak hihihi.. tp sbb pemalas boleh lah cuba yg nii :D

Kamalia said...

haha..sib baik ank sy xminat ini otromen.diorg suka buzz lightyear--->to beyond and infinity..eh,sy lak yg lelebih.
byknye menu buka, sy msk yg simple je kak.
selamat berbuka kak.

nur easy said...

murtabak segeraaaa.. argh order kulit popia x tiba lg..;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Now kt tv Tokyo ader ultraman citer Dari mula...
Adam baru bljq tgk...jakun ngeeee (^_−)−☆

anumuchan said...

mcm mana buat murtabak guna kulit popia tu ye..huhuuu

semua nampak sedapp..selamat berbuka :)

Juwita Jamaludin said...

salam As.. selamat berbuka ye.. wah ada yek surat kahabar otomen tu nasib anak2 ita tak minat kalau tak nampak tentu nak juga

TopsyTurvyMum said...

Salam As:)
Selamat berpuasa..
Murtabak segera tu mmg menu wajib bulan puasa utk org cam kita kan?:)
Jumaat ni nak buat!

Unknown said...

Teringat pula dulu kat UK selalu buat murtabak kulit popia ni...hehe

Unknown said...

Woahh surat khabar ultraman! haha. Eh, kiteorang kat England ni pon guna kulit popia juga untuk kulit murtabak tu! :)

Btw, selamat berpuasa Kak As! :)

Asmara said...

Ika, hehe.. menu org malas mmg jadi cam aii je. tak boleh ngadap dapur berejam ada je gangguan. cuti sekolah mmg kene byk layan budak2 je nih. :D

Kam, haziq ni dahsyat gak tp ok lagi kalau tak beli pun xde la dia nak meraung sakan. hehe.. still boleh behave la kalau tak dapt tu. ;p

Asmara said...

NoraEZ, hehe.. payah nak nguli kita guna yg segera je, sodap gak kan!

Ayu, byk sangat dah character katun kat sini tak terpilih budak2. hehe..

Asmara said...

Anum, buat inti mcm karipap tu tapi sebelum lipat guna kulit popia tu campur telor dulu. sng je mcm buat popia tp inti je lain, cara masak pun macam murtabak. lipat 4 segi, mesti jadi punya. :D

Ita, karakter citer kanak2 kat sini mmg dikomersilkan buat duit. hehe..

Asmara said...

TTM, takde pasar ramadhan mmg kene buat sendiri, tak buat tak berkuih la kite. hehe..

Kak yus! kan, turun temurun gitu. dah balik msia nnti beli je kot lg sedap eh. hehe..

Ain, ahaha.. murtabak perantau mmg gitu la gayanya. sape la rajin sgt nak nguli eh, hehe..

yatie chomeyl said...

menariknya buat murtabak gun apoopia. nanti nk try jugak

freewriting said...

salam akak..tumpang ambil resepi yer..hehehehe..macam menarik je buat weekend ni utk buka puasa..heheh