Tuesday, August 2, 2011

Hotaru no Hikari

Eh takde kene mengena pun ngan citer Hotaru no hikari nih. Saja nak tunjuk tempat melihat hotaru atau kunang2 yang popular di sini. Dekat lampu tu pun tertulis perkataan Hotaru.
Kunang2 biasanya ditemui di tepi sungai dan di dalam hutan. Waktu paling sesuai untuk tengok adalah pada musim panas.
Ryokan yang terdapat di sini. Dalam hutan gitu. Berani tak nak sewa. hehe.. ;) Gambar hotaru nya memang tak dapat lah diambil.
Kami ada pergi waktu malam bersama2 Hanis. hehe.. sian Hanis dapat tengok beberapa ekor je hotaru yang memunculkan diri. Act. minggu sebelum yang kami pergi tu ada matsuri selama 3 hari. Banyak gerai2 yang di buka sepanjang jalan. Tempat ni disediakan jalan kecil tepi sungai dan kawasan luas untuk melihat hotaru.
Cerita disebalik hotaru ni banyak terdapat disini dan dijadikan kawasan pelancongan.
Teringat la pulak cerita sedih Hotaru no Haka ni. hwaa.. nangis tengok citer nih. sedih sangat..

Selamat bersahur buat semua.. :)

11 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Memula ingat tajuk drama yg lawak tu ngee
Kt sini pow ader event gini gak just sehari jer
X der byk sgt kot...3 4 ekor jer Dlm umah tu (。-_-。)

nur easy said...

cantiknya..;)

Mamasya said...

Salam Ramadan Asmara. Slmt berpuasa buat Asmara sekeluarga. satu pengalaman menarik dpt melihat kunangkunang..
waktu berpuasa di sana lebih kurang waktu di Mesir rupanya.

Juwita Jamaludin said...

as.. tak dapat nak ambil gambar kunang2 tu yek.. kalau tak tentu cantik waktu malam .. macam lampu jekan

アヌム ちゃん said...

wah bestnya jalan2 ye kak as..

Salam ramadhan dan selamat berpuasa :)

fazian.batrisyia said...

dah lama tak dpt tgk kunang2. Ada 1 hari dlm bln lepas, masa dah nak tido...dah padam lampu pun, tak alih2 jek ada 1 ekor kunang2. Teingat dolu2 masa kecik selalu jumpa kunang2 kat pokok roselle.

Asmara said...

Ayu, tu la kat sini hotaru pun boleh buat matsuri, curlast gitu. hehe..

NoraEZ, tengok hotaru real mmg syok tau. :D

Asmara said...

Mamasya, haah kan lebih kurang, so tak terasa sangat mcm belah europe tu fengsan 17jam. hihi..

Ita, tak dapat fokus, kene guna camera yg boleh fokus cahaya bergerak dalam kegelapan. susah.. hehe..

Asmara said...

Anum, jalan2 sebelum pose haritu. :D

Yan,, msia byk kot. asal byk pokok ada la kunang2 ni kan!

NaNa said...

akak buatla jugak entry utk cerita pasal Hotaru no Haka tu..nak tahu jugak..heheh...

sue-sama said...

salam ziarah kak...

mcm best je citer hotaru no haka...dulu tgk hotaru no hikari je..hhehe