Thursday, August 4, 2011

Melihat matahari terbenam.. masuknya waktu berbuka puasa.

Setelah puas mandi manda dan berjalan kaki lebih 1km di persisiran pantai kami meneruskan perjalanan. Perjalanan pulang kami ikut jalan tepi laut sebab nak tengok keindahan pantai di waktu petang. ;) Memang cantik!
Singgah di rumah api, tapi tak naik la. Ambil gambar dari bawah. Bersebelahan rumah api ni ada Kamo Aquarium, ingat nak masuk tapi dah lewat petang aquarium pun dah nak tutup.
Batu penghadang ombak yang diletakkan di persisiran pantai. Untuk elak ombak kuat atau tsunami, biasanya diletakkan di bahagian teluk atau tepian pantai yang mempunyai penempatan.
Menyusuri pantai Yunohama di Tsurouka.
Dibahagian pulau tu ada temple, salah satu tempat menarik yang sering dikunjungi orang Jepun.
Terowong yang unik di sepanjang perjalanan tepi laut.
Dah tiba di Sasagawa Nagare, tempat dikhaskan untuk melihat matahari terbenam. Peace dari anak2 tersayang. ;)
Dari menara tempat melihat sunset, ada je mangga2 yang berkunci konon2 wish hubungan berkekalan la bila matahari terbenam dan mangga akan dikunci.
Tak nampak muka budak2 ni.
Susah nak ambil gambar sunset nih. Tak pandai edit2 gambar, masa takde. hehe..
Lebih kurang 5 minit sebelum terbenam.
Terbenam sudah.
Dah malam jom kita pulang. Oh ye Sasagawa Nagare ni selain terkenal sebagai tempat melihat matahari terbenam juga ada pantai yang sangat cantik di kelilingi gua kecil dan batu2 yang cantik. Untuk melihat kejernihan air disediakan bot kecil untuk dibawa mengelilingi pulau2 kecil yang terdapat disitu. Kami tiba dah lewat petang jadi nak bergambar pun dah gelap. Tempat ni antara menjadi tumpuan pelancong sebab pantainya yang cantik dan bersih, tapi agak jauh dari pusat bandar. Perjalanan pulang mengambil masa lebih dari 3 jam berbanding masa datang hanya 2 jam yang melalui highway. :)

7 comments:

Hanis MY said...

kak as, naper masa balik lama pulak eh? bestnyaaa cantik gambar matahari terbenam tu... comel gambar anak2 anak... haziq dah pandai posing hehe..

wahh ada gak eh kepercayaan letak magga tu, ingtkan naper la mangga tu lekatk kat situ...naru hodo...

シャイマ said...

waaah ni kat murakami kan?best2 hehe.mesti ramai org kan natsu nih.

nur easy said...

subhanallah..

dah lama x g pantai ;)

Mamasya said...

Cantik view sunset di tepi pantai...seronok anak2 Asmara main pasir tepi pantai...

Asmara said...

Hanis, pegi ikut highway balik ikut jalan lain tepi laut. Jauh sikit la kene memusing. Haziq tu ikut mood je. hehe..

Syaima, aha dekat2 situ la. kami pi mandi kat pantai Yunohama tu. mmg ramai org. ;D

Asmara said...

NoraEZ, setaun sekali pegi pantai sini. hihi..

Mamasya, budak2 kalau main mmg suka sangat la kan. :D

anumuchan said...

wah cantiknyaa..suka tgk sunsett..huhuu