Tuesday, August 9, 2011

Kuih Tepung Pelita

Tengok orang buat kita pun nak buat jugaklah. Nak beli takde bazar Ramadhan, kalau teringin sila la buat sendiri. Tepung pelita memang kene guna tepung beraskan! Tapi saya guna tepung beras Jepun rasanya lain sikit la. Agak kekasaran sikit, tengok pada paket tepung tu 100% memang beras semata2. huhu.. patutlah. Tepung beras Msia dah kehabisan stok. Lapisan bawah hijau tu campuran tepung beras dengan tepung hoen kwee warna hijau. Resepi ni dapat kuantiti yang banyak jugak, seperti biasa untuk moreh adik2 yang berterawih. Menu iftar semalam masak mudah, ayam masak kicap, sayur campur, ikan salai goreng dan keropok. Resepi dari Rosjintanmanis. Thanks ye Ros. Tengok Ros post kat blog, terus je buat.

Untuk Lapisan Bawah (warna hijau)

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 paket (100gram) tepung hoen kwee warna hijau
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 3/4 cawan gula
  • 4 1/2 cawan air@ jus perahan daun pandan
Untuk Lapisan Atas (warna putih)
  • 450ml santan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
Cara2,

1. Buat kelongsong tepung pelita menggunakan daun pandan, kemudian satukan tepung beras, tepung hoen kwe hijau, gula dan jus pandan, kacau sebati dan tapiskan, masukkan di dalam periuk dan kacau selalu hingga pekat dan berkilat.

2. Selepas itu curahkan lapisan hijau tadi ke dalam kelongsong daun pandan dan biarkan seketika. Sementara itu buat lapisan atasnya, santan di campur dengan tepung beras dan garam, kacau sebati dan tapiskan. Masukkan di dalam periuk dan kacau selalu, setelah santan menjadi pekat, curah kan ke atas lapisan hijau tadi, dan biarkan sejuk.

3. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan, Selamat Mencuba.

15 comments:

~ yus ~ said...

Akak tak pernah cuba buat lagi ni As..huhu

nampak sedap tu..:)

ijayuji said...

Salam kak! dtg sambil bwk pelita hihihi... alaaaaaa ni yg terasa nak makan lagiii niiiii :D

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sama la ngan ai...
ikut recipe rose JMC gak
sedapkan sejuk anak tekak ni

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

eemmm...sodap tu.....kalau kakD beli ja lah...kat sini senang jumpa...

Afikah Aziz said...

balik jap g nak cari tepung pelita gak keh3x :p

Ummi said...

As, sedapnya tepung pelita...akak ni teringin nak buat dlm daun pisang..tp daun pisang kat kedai tu keras je, lipat sikit patah..last2 x terbuat..nampak gaya kena guna cawan2 kecik gak la kalu nak buat kan..huhuu

Lady Lavender said...

bestnya tepung pelita..peberet saya. Baru aje nak google resepi nampak pulak kat sini hehee..tapi kalau takde kapur tak boleh jadi ye??

Amie said...

tepung pelita moden! cepat dan mudah, sedap.....slurrrp...

Juwita Jamaludin said...

sedap tepung pelita.. As.. tepung beras kat baticrom ada.. ita selalu beli.. ok je rasanya ita buat

Ida,Japan said...

sedapnyer tgk tepung pelita As,....bila la nk buat, pernah dulu2 buat...lama bebenor dh,posa2 ni sume nyer teringin

Asmara said...

Kak Yus, xpe boleh beli je. hehe..

Ika, meh tukar pelita meh! u punya lagi sodap agaknya. :D

Ayu! betul tu, makan sejuk2 mmg sedap. buat ni awal makan masa mlm mmg sedap sejuk.

Asmara said...

KakD, kalau saya kat msia byk beli dr buat kot. hehe.. tp kuih je la, masak2 better masak sendiri. :D

Ika, amboi terbekenan sungguh eh. :D

Kak ummi, wee.. pakai daun pandan la kak, tengok cam sng je lipat2nya. hehe.. xpe tgn kak ummi pegang apa je mesti jadi. :D

Asmara said...

LL, boleh je tak pakai, kapur tu agen pengeras je kot. jgn letak byk sangat nnti pahit. :)

K Amie, ni namanya tepung pelita perantau. heheh..

Asmara said...

Ita, yang nama rice flour tu ke? mahal sgt la kan utk sekilo. huhu..

Kak Ida, apalagi kak mulakan operasi. :D

~ yus ~ said...

As, akak dah buat semalam...sedap!!

Thanks kongsi resepi di sini..

http://maz-naz.blogspot.com/2011/08/tepung-pelita-oh-tepung-pelita.html