Tuesday, August 9, 2011

Korea 5- Dongdaemun Market - eh2 ada Lee Min Ho!

Dari Lotte World kami ke Dongdaemun Market. Jika nak bershopping barang2 datanglah ke sini, memang terpengsan2 tengok baju, kasut, beg, dan macam2 barang lain terutama fabrik dan sutera dijual dengan banyak dan pelbagai pilihan. Dongdaemun ni terkenal sebagai tempat shopping terbesar di Seoul, dibuka 24jam dengan lebih 5000 kedai yang ada. Kawasannya sangat luas, terbahagi kepada 2 bahagian. Tapi lebih kurang je jual barangan yang sama.
Kami tak lama di sini, nak jalan2 pun tak berapa syok sebab hujan sekejap2. Kami banyak berjalan dalam shopping mall. Majoriti tuan kedai pandai cakap Jepun, boleh tawar menawar jugak. Di sini pun terdapat sungai yang dijadikan tarikan pelancongan. Sungai ni dulu kotor tapi dah dibersih dan dicantikkan. Tak dapat nak turun bergambar sebab hujan dan masih ada kesan banjir. Eh lupa plak nak amik gambar dalam kedai2.
Seoul Heunginjimun atau dikenali sebagai Seoul East Gate (Dongdaemun) gate utama sebelah timur pada satu masa dahulu. Sekarang masih ada sebagai mercu tanda Dongdaemun. Tak banyak gambar dapat diambil waktu malam. Walaupun hujan orang tetap la ramai di sini. Dah puas telek2 barang kami pulang ke hotel. Waktu kami pulang tu hujan tersangatlah lebat.

Oh ye kami menginap di Noblesse Meridian Hotel, pihak agen yang bookingkan, tapi kalau pergi sendiri saya cadangkan cari hotel berdekatan Itaewon, senang cari makanan halal. Hotel kami memang banyak kedai makan (tp malas nak cari yg boleh makan), pasaraya dan kedai serbaneka yang berderet juga dekat dengan subway. Kami dapat hotel jauh sedikit sebab nak dapatkan bilik yang boleh menempatkan 5 orang. Tapi kami sangat puas hati, hotel yang dibooking agak best jugak, biliknya ada jakuzzi dan juga sauna. Selain itu hotel berkonsepkan japanese dan staf yang boleh berbahasa Jepun dan english sangat mudah bagi kami.
Ehem! malam itu dapatlah bertentang mata dengan hero pujaan ramai. oh tidak! dia nak tembak diri sendiri. Jangan please! haha.. kebetulan dapat tengok episod terakhir City Hunter malam tu. Fresh paling awal keluar di media sebelum didonlod di web2 lain. Sangat jelas ok, bestnya hotel ni guna TV 51'! Sangat clear dan puas tengok muka hero nih.
Oh mati sudah kene tembak! tapi tak real pun tengok darah tu. ahaha.. hero mana boleh mati kan! lagi2 hero korea nih. Tapi nyampah boleh tengok je tapi tak paham apa dia cakap. Tak sempat tengok habis lagi episod citer ni. Tapi dah tau ending ok lah tu. Tercapai jugak cita2 ku nak tengok Lee Min Ho ni di Korea (walau dalam tv je pun) uhuhu..
Berita TV memang berkisar tentang banjir sahaja yang melanda Seoul. Banjir terburuk melanda Korea dalam tempoh 100 tahun. Oh kesian, tapi kesian lagi tengok berita tsunami di Jepun tempohari. Channel yang disediakan pun terlalu banyak, budak2 suka la tengok kartun. Tapi tak boleh tengok tv sahaja masih ada destinasi lagi yang nak pergi esoknya. Ku sangka hujan hingga ke malam rupanya panas sepanjang hari. ;)

12 comments:

Afikah Aziz said...

uwaaa kenapa ade muka ensem ni,ika pun minat die ni,cmne eh kih3x :P

ijayuji said...

Salam kak as!!! wakakakakaka.... alaaaaaaaaaa akak ni mmg betulllah! jgn lah bgtau ending diaaa! huh! skrg ni korea list teratas tempat yg nak di kunjungi haish!

izahdaut said...

hahaha.. frust dak IKA dah tau endingg.. ye ke bunuh diri? mcm tak bessttt jee.. tadi ingat jumpa betul2 tadi.. kalau idak pengsaaannn

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

lari laju2 sebab baca LMH hahahaha dushhhh seksa jiwa raga gini...ngeeee
ai x berkenan ending dia gitew...kes ada special episode nanty

yatie chomeyl said...

mak oii besarnya tv

Hanis MY said...

wahh buka sampai malam rupanya kedai2 tu, kellass...bestnya hotel kak as duk tu,syokk...
huhu tak polo pun citer tu sadis betul hanis ni ketingggalan jaman,

Asmara said...

Ika, minat tengok je boleh la. hehe..

Ika! amboi terus jadi list teratas gitu. hehe.. peminat citer korea haruslah melancong ke korea, tp nak jumpa retis tu kene wat appointment dulu la. ahhaha..

Asmara said...

Izah! hehe.. tipu je tu, tak mati pon pakcik tu. :D

Ayu! ha dah tengok abis kan. aii x sempat lg la. bdk2 ni ada kt rmh x leh duk ngadap komp lama2. uihs.. ada special episod ke? tgk tu je la.. :D

Asmara said...

Yatie, haha.. tula, kalau duk hotel yg pertama tengok toilet, kedua tv. hehe.. mmg puas hati la.

Hanis, mmg happening kat sini malam2, best jugak org leh shopping anytime. eh mcm byk masa lak dia nk tengok. muahaha..

anumuchan said...

wah akak pn kenal artis2 korea..heee..kelakar ayat jgn please tuu..heee..comel je..

シャイマ said...

wahhh tv 51' kalau umah ni bilik 6 tatami mmg gegar rumah kot.haha.

Nur Zulaikha said...

kat astro baru je habis citenyer..huk3