Wednesday, August 10, 2011

Korea 6 - Building 63 (Wax Museum)

Hari ketiga perancangan awal nak ke Nami Island, tapi agak bahaya pergi waktu ni sebab banyak jalan ditutup akibat tanah runtuh, kami tukar plan berjalan dalam bangunan. Malam sebelum punya ramalan kata hujan sepanjang hari, tapi rupanya haritu panas sepanas2nya. :) Kami ke Building 63 yang merupakan salah satu bangunan tertinggi yang ada di South Korea. Dalam ni terdapat 5 tarikan utama iaitu Wax Museum, Seaworld, SkyArt. Art Hall (Imax 3D Theater) dan Art Hall (Fanta-stick).
Tiket masuk untuk kelima2 attractions ni berbeza. Tetapi terdapat tiket untuk Big 3 (30000won dewasa, 27000 kanak2) atau Big 4(38000won dewasa, 28000 kanak2) lebih jimat hingga 31%, kita boleh memilih mana2 attractions kecuali Art Hall (Fantastic) sebab tiket ni lebih mahal untuk bayar performance show (Marionettte). Kami memilih untuk masuk ke Wax Museum sahaja, sebab tak nak lama dalam tu, tiket dewasa 14000 dan kanak2 13000won. Tetapi ada diskaun 1000won untuk tiap sorang pelancong luar.
Wax museum ni semuanya patung2 lilin selebriti dan tokoh2 yang ada dari seluruh dunia. Lebih kurang macam Madame Tussauds jugaklah tapi tak sebesar itu. Puas hati jugaklah masuk sini dapat bergambar dengan patung lilin size sebenar tokoh berkenaan.
Ada patung hantu jugak. hehe.. budak 2 orang ni terus cabut lari takut. Ichiro dan Beckham pun ada. Gambar saja lah. eh tapi takde pulak patung artis Korea. ahaha.. (tak menahan nak gak patung retis Korea). :D. Kami pun tak naik Sky Art dia, kalau tak boleh naik lif yang bercermin hingga tingkat 60, dapatlah tengok pemandangan Hangang River dan bandar sekitar dari cermin lif tersebut. Kalau tak gayat ok kot. :). Di bahagian atas sky art ni terdapat Art galery dan restaurant, ok ada beberapa drama cintan cintun Korea buat penggambaran di sini.
Macam rugi pulak tak masuk seaworld tu, sebab ada Aqua Ballet show (orang menari ballet dalam aquarium). Kami dah selalu sangat masuk Aquarium jadi tak terpikir sangat nak masuk. Tapi oklah jugak, dapat jimat sedikit masa jugak. Selain tu di bahagian luar Building 63 (seberang jalan) boleh menaiki cruise yang menyusuri sungai seperti di Venice. Tapi haritu tutup sebab masih kebanjiran. Misi mencari makanan halal di Itaewon..

8 comments:

nur easy said...

oo ada wax museum jg ya.. best ni

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kenapa kat nihon x der wax museum nie ek....if not best gak leh terjah ngeee

ijayuji said...

Waaaaahhhhhhhh!!! wax museum!! kat sini pun ada maddame tassaud betul ke eja ni? muke2 pelakon n hero2 siam lerr yg byk tp tak pernah masuk :D jelessss ni kakk, gmbr LMH tak de ke? wakakaka...

Asmara said...

NoraEZ, tp tak besar sgt kot. :)

Ayu! kat nihon ada la. dalam Tokyo Tower tu, tp kecik jugak la. :D

Ika! kat sini sorang pelakon pun xde. ku mencari2 jugak LMH tapi non ado. kuchiwa aii.. haha..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

x perasan la akak yg kecik yg bawah same level ngan counter ticket ek???

シャイマ said...

building 63 selalu ade dlam cite koreaaa.hehe

Hanis MY said...

wow ada wax museum, byk nya kak as teroka korea ni i likeee...

Nur Zulaikha said...

63 city...ni ke yg selalu disebut2..ke lain??ehehehe..
teringinnyerrr..~