Monday, August 8, 2011

Kuih Sagu @ Bronok

Kuih yang paling senang dibuat. Stok sagu puasa tahun lepas ada lagi, jadi tahun ni kita cuba habiskan. Sagu beli di Batricrom. Saya masak atas api sekejap lepas tu kukus. Ini pun dibawa untuk moreh adik2 berterawih. Kami nak makan seloyang memang tak habis. Iftar ke 7 Ramadhan semalam masak pajeri terung, ayam goreng tepung, tauhu sumbat, kuih sagu, dan salad sosej. Takdan bergambar dah masuk waktu berbuka. Hari ni waktu berbuka jam 6:43 petang. Selamat berbuka buat semua. :D

Bahan-bahan,
1 cawan sagu (basuh dan toskan)
1 cawan gula
2 cawan air
Pewarna
Kelapa parut dan garam

Cara-cara,
1. Masak gula dengan air hingga gula larut
2. Titikkan pewarna
3. Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih dan sagu nampak jernih
4. Tuangkan dalam bekas dan sejukkan
5. Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut

* Saya guna kelapa kering dan tips supaya sagu tak lekat basahkan loyang terlebih dahulu baru letak sagu yang telah dimasak.

15 comments:

Amie said...

lama benar tak makan kuih ni,
biasanya makan di tempat kenduri, ada warna merah ada warna hijau, kakak belum pernah buat.... ada lebihan sagu biji (tahun lepas juga) di dapur...tengoklah esok lusa kalau rajin nak buat juga...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedap suka jugak...lepas ni boley try

ijayuji said...

Salam kak as!!! aaarghhhhhh! suke dgns agu2 gini tauuu! psssttt itu kelapa kering kan? wakakakaka..kita serupa masalah KELAPA PARUT :D Masuk list jugaklah! mmg suke dgn kuih2 yg ada sagu nii muka pun dah bulat mcm sagu ni haa wakakaka...

Ummi said...

Assalam As, waaahh bronok pun fav akak...asal saja kuih2 dari sagu..i liiikeee..kalau dekat dah suh As hantar ke rumah, xdan kat adik2 tu sume...hehehe, Selamat Berbuka buat As dan family yea...

nur easy said...

sana 6.43..sini masih 7.14.. selamat bbuka ;)

cik fadh said...

Salam kak asmara ;)

Laa senang jer buatnyer . bole cuba ni tp sebelum cuba da xley menunggu, kene beli balik nnt kt bazar . hehe

アヌム ちゃん said...

xpenah lg buat kuih sagu..ape ye nama dia dkt baticrom tu..huhu..btw ni link yg sy buat popia tu..sy pn tgk2 dkt internet je.heee

http://frommetoyou85.blogspot.com/2011/08/popia-sayur-goreng-paseo.html

sue-sama said...

sy suke kuih ni...lembik2...rase sdap bile masuk mulut dgn rase lemak2 kelapa dn sikit2 masin dr garam

Juwita Jamaludin said...

sedap kuih ni.. suka As.. tap tak pernah buat tahu makan je

Asmara said...

Kak Amie, yang hijau tak pernah tengok pulak. hehe.. buat dia mudah dan makan pun sedap!

Ayu, coba jgn tak coba! :D

Asmara said...

Ika! aishh.. mana la nak jumpa kelapa parut kat sini, dpt kelapa kering tu rasa heaven dah sangat. hehe..

Kak ummi, thanks! isk kalau dekat confirm hari2 aii bertandang tukar2 juadah dgn akak. hihi..

Asmara said...

NoraEZ, matahari kami terbenam dulu. :D

Fadh! senang la awak ada bazar, hehe.. kene tunggu weekend la baru leh buat kuih bagai kan!

Asmara said...

Anum, nama dia tapioca. yeay thanks resepi tu. hehe.. nak try anum style pulak. :D

Sue-sama, ha betul la tu, dah dapat imagine rasanya yang sedap! hehe..

Ita, tak penah buat ke? hehe.. u la beritau aii nama tapioca tu. thanks sampai skrg masih ada lagi. harap2 dpt habiskan tahun ni. hehe..

Afikah Aziz said...

ika kurang sikit mkn kuih ni hehe,xtau kenapa

Hanis MY said...

yum yum sedapnyaaaa i want i wanttt