Monday, August 8, 2011

Korea 4 - Lotte World

Destinasi seterusnya hari kedua kami ke Lotte World. Tujuan memang nak bawak budak2 bersuka ria, jadi wajiblah kami bawa anak2 ke sini. Lotte world ni salah satu taman tema permainan yang terkenal di Korea selain dari Everland. Kami pilih ni sebab banyak indoor games dan sangat sesuai dikala hujan lebat.
Lotte World dibuka dari jam 9:30 pagi hingga 10 malam. Tiket masuk dewasa 35000 won dan kanak2 26000won. Walau bagaimanapun kami sebagai penumpang Korean Air telah mendapat special diskaun dengan menunjukkan keratan boarding pass, offer ni kami dapati di laman web Korean Air. Kami hanya perlu membayar 75000won sahaja bagi 5 orang. Haziq dan Haqem adalah percuma. Sepatutnya 3 tahun ke bawah percuma tp mengikut offer 4 tahun ke bawah dikira percuma. Walau bagaimanapun terdapat pakej ibu dan anak seperti dimaklumkan kak ayu dan Ita 39000won bagi 2 orang lebih jimat. Ini perlu bertanya di kaunter.
Lotte World ni lebih kurang macam Disneyland cuma karekter kartunnya tidaklah sepopular Disney. Ia terbahagi kepada 5 bahagian utama Adventure Indoor, Magic Island, Folks Museum, Shopping Mall dan Sports. Attractions adalah terlalu banyak. Kami bernasib baik jugak datang waktu hari hujan, orang tak begitu ramai, jadi waktu menunggu tidak terlalu lama. Boleh dikatakan kami dapat merasa lebih separuh dari attractions yang ada.
Anak2 memang seronok, dan memang adventure, saya dan anak2 memang takut pada ketinggian, jadi yang mana games yang agak menakutkan kami tak naik la. hehe.. agak rugi jugak, tapi budak2 pun takmo selain faktor ketinggian yang tak lepas.
Haziq menangis naik yang atas tu, kowai (takut) katanya, mula2 sangat excited. Kami berpeluang naik keretapi parade mengelilingi bangunan, kebetulan ada Samba Festival sempena musim panas. Kami dihidangkan dengan tarian samba, nyanyian saksofon dan lagu. isk sangat tak sesuai untuk dipertontonkan, selain dapat bergambar dengan penari2 dan karakter, dikira sebagai layanan special untuk penumpang keretapi tersebut.
Ada juga ambil gambar tapi tak sesuai dipertontonkan. Terpaksa la klik2 jugak dah dia berjoget depan kita. hehe.. Dalam ni pun terdapat taman yang menempatkan serangga kecil juga ikan2 dalam akuarium. Menarik jugak masuk dalam ni, anak2 seronok tengok binatang2 kecil dan dapat tengok dari dekat.
Orang tak begitu ramai sangat senang nak bergambar dengan maskot, berbeza dengan Disneyland yang terpaksa beratur panjang.
Waktu petang orang dah begitu ramai, mungkin di luar sana hujan dah berhenti atau hujan lebat orang masuk dalam pulak. Kami naik ala2 belon udara panas, mengelilingi bangunan. Di bahagian bawah sekali terdapat tempat bermain Ice skatting. Ok banyak drama2 korea buat pengambaran kat sini. Kami tak turun bawah pun.
Haqem yang happy berada pada tahap ketinggian. Pemandangan dari atas keseluruhan indoor yang mempunyai 4 tingkat. Kami keluar untuk ke Magic Island pula, banyak jugak games yang ditutup sebab hujan lebat, kami dapat jugaklah masuk beberapa games di luar. Tapi di luar lebih kepada games yang mencabar dan mengerunkan. aii mmg surrender la nak naik roller coaster semua tu. ;) Papa pulak kata dah puas sangat waktu muda2 naik semua ni. Katanya ni kurang mencabar. eceh.. Waktu kami keluar hujan dah berenti tapi masih renyai2.
Seterusnya kami masuk pula ke Folk Museum yang menempatkan sejarah2 lama Korea dari segi asal usul, penempatan, dan budaya masyarakat Korea. Seronok masuk dalam ni, banyak miniature yang dibuat, agak kagum juga.
Korea juga terkenal sebagai tempat pembuat tembikar, disediakan juga kelas untuk belajar buat tembikar. Teringat plak drama BOF Kim Bun tu pandai mengukir. Lama jugak kami tengok staf tersebut buat pasu. Batrisya sangat teruja. Miniature village yang sangatlah luas dan besar.
Hampir seharian jugak kami di sini. Kami makan di restaurant dalam tu, pilihan hanyalah seafood, juga makan di Lotteria, burger shrimp dan squidnya yang sangatlah sedap, diberitahu oleh my fren Nor yang sebelum ni pernah tinggal di Korea. Thanks juga buat Nor yang banyak bagi panduan dan info berkenaan Korea kepada kami. Kami sempat jugak bershopping dalam shopping mall nya. Tak pasal2 budak2 3 orang ni dapat sepasang kasut, harganya memang lebih murah dari Jepun setelah ditukar matawang. Jadi tak lepaskan peluang beli barang berjenama di sini.

Oh ye slot bersama agen hanya pada hari pertama saja dan waktu balik nanti. Kami menggunakan teksi 100% sepanjang trip kami di Korea. Sangat mudah nak dapatkan teksi, tambangnya berpatutan mengikut meter. Kami bawa 3 anak memang sangat sesuai, masa dapat jimat, sight seeing dan kurang penat jika menaiki subway. Seterusnya Dongdaemun Market.

15 comments:

Juwita Jamaludin said...

salam As.. best lotte world.. suka ita gi sini naik naik macam .. hihiihii yang anak2 tak leh naik gilir2 dengan fariz..

Ida,Japan said...

bestnyer dia dh sampai korea dh....akak mmg plan nak gi gak sebelum balik mesia nanti

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

oo tempat ni di pangey lotte world ek...ingatkan lotte tue brand coklat ngeee...tempat ni dlm supermarket ke??? pernah tgk reality show we got marriage yg couple yonghwa ngan seohyun pergi sini mmg best....tapi tempat ni mcm kecil sket ek....terbyng citer korea dah ni ngeee

nur easy said...

seronok nampaknya budak2 tu..;)

Kamalia said...

wawawa..bestnye..bila bc nih,trbayang sy pulak yg ade kat situ..haha..cepat2 update yg lain.xsbr nak bc nih..

ijayuji said...

Salam kak as!!! tgkkk tuuuuuu!!! yg lebih2 mak budak rupanyer! wakakakaka.... kalau kita mau sume kita naik ahahahaha.... puding jagung kat bwh tu kita suke korek2 dia punyer jagung jerr hihihi.... bestnyerrr! bilalah leh g korea eak? kak, baper tambang, penginapan sume kak termasuk makan2 sekali? cewaahhhh ada hajat nii wakakaka...

Unaizah said...

Wow...mcm-mcm ada kat tempat tu. Kiranya berbaloi la masuk Lotte World ni akak rasa sebab everything is there.

Umie said...

ye kak as, saya pun mcm Kam jugak duk menanti aje part yg seterusnya (paling penting bajet utk pegi & enjoice kat korea tu)...hehehe

Asmara said...

Ita, anak2 mmg suka sangat. tp bawak masuk yg gelap2 diorang takut sikit. hehe..

Kak Ida, haruslah kak. negara jiran terdekat, pulak won lebih murah dari yen. ;D

Asmara said...

Ayu! haha.. mula2 pun dengar cam jenama coklat lotte tu. nampak macam kecik tapi ada 4 tingkat memang tak habis main sehari tu tau. sama mcm disneyland jugak nih.

NoraEZ, budak2 ngan mak budak sekali seronok. bapak budak kene jaga budak kecik. hehe..

Asmara said...

Kam! aish.. gambar beratus2 ni terfengsan2 nak memilih. masa petik2 kemain tak hingat donia, sekali tengok tak tau mana satu nak pilih. hehe..

Mek jah! ahaha..nak pegi dr nihon ye, lg dekat dan murah rasanya. hehe.. anak2 pasti gumbira! mak budak lagi la kan, kot2 time ika pegi dpt jumpa retis. ekeke..

Asmara said...

Kak Unai, betul tu. lebih murah dari Disneyland. Ikutkan harga kami bayar tu untuk sorang punya tiket masuk tokyo disneyland. hehe..

Umie, ada org menunggu ni kene rhajin sikit makcik nak mengulas. ekeke..

Lovely Kitchen said...

ooo murah ye as...nmpk menarik betul...sempat ke klu nak g ni...x de masuk dlm plan sblm ni...pk..pk...budget...cam menarik je

Afikah Aziz said...

jeles nye jeles nye hehe..bile ika dpt g saan ni sob3x..kuciwa

Hanis MY said...

wahhh syoknya lotte world tu, sy pun excited... lotteria tu asal dr korea ke kak as? kenapa gambar joget tu tak seswai? sebab cekci ke hehe...bestnyaaa kat dlm tu siap ada mall lg... i likeee