Sunday, August 7, 2011

Puding Kastad Jagung

Semalam berbuka di luar. Lepas habis festival di Yochien haziq, kami balik rumah sekejap untuk solat dan keluar semula. Makan kat luar pun sahur kene masak jugak. huhu.. Pukul 1.30 pagi memasak sebab bersahur jam 2:30 sementara menunggu Subuh jam 3 pagi. Malam tadi bersahur dengan ayam masak tomyam, pertama kali cuba tapi tak amik gambar pun. Rasanya memang sedap dan sedikit pedas, lain kali boleh buat lagi.

Puding paling feveret adalah puding kastad jagung. Saya memang suka kastad2 ni, separuh loyang boleh sorang makan. :D Guna jagung dalam tin, blend tak begitu hancur, potongan jadi sebegitu. Resepi dari buku yang disalin, senang ingat sebab guna cawan2 je. Ikut resepi asal 4 cawan santan tapi selalu jadi lembik jadi saya kurangkan 3 cawan je.

Bahan2,
  • 1 cawan jagung tin (blend hancur)
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan santan (saya guna fresh milk)
  • Sedikit garam
Cara2,
  • Blend semua bahan hingga hancur kecuali tepung
  • Masak atas api, masukkan tepung kastad
  • Kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat
  • Masuk dalam bekas yang dibilas dengan air supaya tak melekat bila dikeluarkan
  • Sejukkan baru dipotong.

5 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Biler Tgk pic ni Teringat kat abah sbb dia mmg suka mkn
Selalu weols mkn sket but abah Ayu leh hbskan 2 loyang ngeee

Hanis MY said...

weee dapnyerrr.... nk cuba buatlah... harap2 jadik...

アヌム ちゃん said...

sedapnyaaa^^

Asmara said...

Ayu! Wah! Abah ayu suka sgt eh. Hehe.. Mmg sedap tau! :D

Asmara said...

Hanis, mesti jadik la. :D
Anum, sedap!!