Saturday, August 6, 2011

Iftar ke 5 - Mee Kari

Menu berbuka semalam mee kari, bubur jagung sagu dan cekodok pisang (menghabiskan stok pisang). Eh kaler kuning plak kuah dia. Resepi tengok dari Kak Nor act. skodeng dari blog dak Ika. Macih ye dua2. Terima kasih kak Nor atas resepinya. Jadik kaler kuning sebab tak letak cili mesin (bdk2 ngan bapak budak tak makan pedas, kari pun dah rasa pedas) dan terlupa pulak nak letak kicap. Maaf le rupa tak sama, tapi tetap rasa mee kari. Lagi satu guna susu fresh milk tu, santan dah lama tak beli kat rumah. Jauh sangat kedai jual santan tu, pastu kalau pegi kadangnya takde stok. Ini guna isi ayam je, bahan lain letak fish cake, crab stick dan chikuwa. Sawi pun ikut style kak nor masuk terus dalam kuah.

Hari ni terpaksa berbuka di luar sebab Yochien Haziq buat Bon Odori Matsuri. Kene stay sampai kul 7 malam. Jap lagi 4:30 nak keluar, siap2 bawak kuih dan air saja. Waktu berbuka hari ni jam 6:45 petang. Selamat berbuka puasa buat semua.

Sumber: Kak Nor secubit garam
MEE KARI K.Nor Style
Bahan2:
  • isi ayam, udang, isi kerang
  • fish/chicken ball
  • 4 - 5 sudu cili mesin
  • 5 - 6 sudu besar rempah kari
  • 5 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar kicap
  • 4 liter air
  • 1 - 1 1/2 cawan santan pekat
  • air asam jawa
  • 1 kiub pati ayam
  • sawi
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu besar gula
  • minyak
bahan dikisar:
  • 3 bj bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1in halia
bahan sampingan:
  • mee kuning secukupnya
  • telur rebus
  • tauhu ~ digoreng dan dipotong
  • taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
  • daun saderi ~ dihiris
  • bawang goreng ~ jika suka
  • cili merah/cili padi ~ dihiris
  • limau kasturi/nipis
Cara2:
  • Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Tumis hingga garing.
  • Masukkan bahan2 yg dikisar dan goreng lg.
  • Bila hampir garing, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste.
  • Masak seketika.
  • Masukkan 1 cawan dr sukatan air dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan daun kari dan kicap.
  • Bila rempah dah pecah minyak dgn elok, masukkan air.
  • Masak hingga mendidih baru lah dimasukkan santan pekat.
  • Perlahankan api dan masak lg hingga mendidih.
  • Masukkan air asam jawa, kiub pati ayam serta garam dan gula.
  • Renihkan kuah lebih kurang 1/2 jam.
  • Asingkan 1/2 dr kuah utk disimpan dlm freezer (biarkan betul2 sejuk dulu).
  • Baki kuah yg 1/2 lg tu hendaklah diteruskan memasak dgn masukkan isi ayam.
  • Bila ayam dah empuk, masukkan udang, isi kerang, fish/chicken ball dan sawi.
  • Masak seketika lg hingga udang masak. (kaedah nak tau udang masak bila bahagian kepala dan ekor hampir nak bercantum)
  • Padamkan api.
  • Masukkan mee kuning kedalam mangkuk dan tuang kuah keatasnya.
  • Letakkan bahan2 sampingan dan mee kari sedia utk dimakan :)
* utk lebih sedap lagi, amik kepala udang dan rebus. toskan dan boleh la digunakan air tu. Kalau nak blend kepala udang dgn air tu pun boleh, lagi umph rasanya nanti :)
* k.nor lebih suka masukkan sawi kedalam kuah sbb kalau dicelur saja cam taugeh dan hidang asing2 gitu, biasanya anak2 tak makan. sekurang2nya kalau masukkan dlm kuah, zat sayur akan masuk dlm kuah :)

13 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam selamar bepuasa...negok pic pun dah tahu mee kari tu sdp..apatah lagi resepi dari kak Nor kita tukan....ingat nak juga buat meee kari ni

ijayuji said...

Salam kak as!!! tumpang buka kat sini! kita kosong otak lagi ni tak tahu nak masak apa! :D

nur easy said...

hu bsinar2 mee karinya.. selamat bbuka puasa ;)

dilazfamily said...

nampak sedap je.selamat berpuasa

K.Nor said...

mula2 baca tajuk mee kari, tenung2 aik.. kuah kuning.. ke mee kuah lemak kuning? bila baca baru tau.. hehehee...

as.. gini ya.. kalau as nak buat stail gitu pun boleh.. 1 cadangan dr k.nor, as tumis sket cili mesin dlm 1 sudu besar pastu masukkan bawang blend dlm 1 sudu besar dan rempah kari dlm 2 sudu besar.. tumis sampai garing dan masukkan dlm 1/4 cawan air. masak lagi sampai peceah minyak dan pekat. pastu tutup api. hidangkan dlm mangkuk kecik. bila as nak makan as boleh amik sesudu atau 1/2 sudu besar paste ni dan masukkan dlm mee kari as saja.. so anak2 dan cik abg boleh teruskan makan yg tak pedas dan as boleh makan mee kari yg pedas sket :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

patut rupa kuah lain warna rupanyer x makan makanan pedas....kami plak terbalek suka sgt pedas2 ni hahaha...selamat berbuka yer akak

Amie said...

wah! mee kari... apa pun dibubuh memang sedap, kadang-kadang Kak Amie pun buat yang tak pedas, tapi kalau nak pedas Kak Amie buat sambal kicap perah asam limau... best!

Lovely Kitchen said...

plan semlm nak wat mee kari tp posphone ari ni la...balik jusco smlm dah lmbt x sempat nak mengari...oooo terbalik la dgn kami yg suka pedas...

Asmara said...

Sheila, terima kasih, memang sedap walau x cukup bahan. :D

Ika, ekekeke.. aii selalu skodeng belog u la tiru u masak apa. hehe..

Asmara said...

NoraEZ, kene cahaya lampu malam. hehe..

Dilaz, terima kasih.:D

Asmara said...

Kak Nor!! thanks a lot. Sorry tak ikut bebetul resepinya. hehe.. tula saya sorang je makan pedas. insyaAllah akan ikut cadangn kak nor untuk dapatkan rasa sebenar mee kari kak nor style nih. :D

Ayu, tu aa tak syok betul, aii pun dah terikut2 tak makan pedas. hari2 masak mmg jarang sangat jumpa cili. hihi..

Asmara said...

Kak Amie, haha.. tu la, act. kan saya makan dengan baki sambal ikan bilis nasik lemak semalam tau! baru syok sikit makan. hihi...

Kak Ena, tu la kalau tak pedas tak lazat makanan tu. ahaha.. tp kena la ikut perut sang somi. hehe..

Kamalia said...

kak as..sy pulak smlm buat mee kari nih..guna resipi kak nor gak..la,xde santan ke..nnt bila raya sy dtg sana,sy bwk sntan ye..