Kalau di tempat kami memang tak jumpa kacang hijau, nak beli kene beli online sekali makanan halal. Paling banyak dijual kacang merah. Nak menghabiskan stok stok kacang merah ni dah dekat setahun tak habis2. Buat banyak sekali untuk moreh. Eh tak catat pulak menu berbuka hari ke 12 haritu buat nasi minyak, ayam masak merah, dalca, popia goreng dan bubur kacang merah ni. Jumaat lepas ada jamu rakan Indonesia berbuka di rumah. Semalam pulak puasa ke 13, kami ada jamuan berbuka bersama2 adik2 di sini. Menu semalam nasi lemak, ayam masak merah, dan kuih muih. Dengan rajinnya semalam buat 3 jenis kuih, karipap, donut, puding kastad jagung dan juga bubur lambuk buat moreh. Catat untuk kenangan akan datang. :)
Resepi bubur kacang ni sama je dengan mana2 bubur kacang, tak ada sukatan semua masak ikut rasa dan sukatan sendiri je. hehe.. tapi basic untuk setiap bubur mesti ada kacang, santan, gula dan sedikit garam. Saya seperti biasa gunakan susu fresh. Dah lama tak guna santan kat rumah nih. Lama tak makan bubur kacang hijau, banyak2 bubur, bubur kacang hijau tetap menjadi pilihan no. 1. :D
10 comments:
Yeayyy Ada idea nk wat msk keg merah, ritu beli nk wat bubur tkt tk jd hanis kn penakut haha
sedap kn.. ntah dah brapa kali buat ni
bubur kacang merah sdapnye!
K.e-na dapat gak merasa bubur kacang hijau pose ke 3 ari tu mmber kt sini kasi...sihatnya guna fresh milk dlm masakan...tp k.e-na x boleh tinggal santan la dear...stok santan mmg x putus kat umah ni...xde je susah hati cam xde beras siam gak...hehe..
alamakk best nyer ass bubur kacang merah. kalau kacang tu terbuka2 sikit lembik2 gitu lagi la sedap...
ayu plak teringat nak buat bubur kacang hijau tertiba belek dah expiry date laa...uwaaa meraung x leh mkn kena order lain la jawabnyer
Hanis, hehe.. bubur kacang yang paling kacang sekali nak buat! ;D
EZ, kan2!!
Sue sama, jom buat sama2. :D
K Ena, la gitu pulak, kami pulak kalau xde fresh milk ngan beras jepun lgi susah hati.hehe.. budak2 tak nak makan beras siam, sebiji2 kan diorag susah nak kunyah gitu. susu mmg sehari tu kadang 2 kotak. mmg hantu susu. hehe..
Izah, aha betul tu, act. nak rebus lg lama tapi dah tak sabar nak makan. hehe..
Ayu, lorr sampai expired jugak ye. hehe.. itulah sib baik kacang merah ni x expired lg, tu yg kene perabihkan jugak.
dh lama tak makan bubur kacang hijau gak..huhu..ade eh jual dkt baticrom..sy x habis explore lg huu
Post a Comment