Sunday, August 14, 2011

Korea 10 - Namsan @ Seoul Tower

"Saturday at 4, Namsan Tower!" (alih bahasa). Ingat lagi tak dialog dalam BOF yang Jun Pyo tunggu JanDi dalam kesejukan. hehe.. sila perasan sekarang kami berada di tempat kejadian. Seoul Tower ni terletak atas bukit. Nak ke sini samaada naik cable car atau naik kenderaan awam hingga ke atas.
Kami naik teksi hingga ke atas. Sebab nak naik cable car dari bawah kene jalan kaki dan naik bukit yang jauh jaraknya. Bawak anak2 perlu ada keselesaan. Tapi kenderaan awam tak dibenarkan naik hingga ke tower, perlu juga mendaki sedikit bukit, kat sini jumpa beberapa Malaysian, ada sorang kakak tu siap berjoging naik turun bukit exercise katanya. hehe..Untuk masuk tower kene beli tiket. Di bahagian atas tu ada restaurant, kedai souvenir, gallery, dan menara tinjau untuk tengok keseluruhan bandaraya Seoul. Juga ada teddy bear muzium. Semuanya bertiket ye. Maklumat lanjut boleh tengok visit korea.
Seoul Tower ni memang sangat la popular bagi pasangan bercintan-cintun. Makin malam makin ramai couple yang datang untuk menikmati kecantikan panorama Seoul dari tempat tertinggi nih. Keliling pagar tu penuh dengan mangga kunci konon2nya cinta forever la. Dekat mangga tu tulis la macam2 ayat2 cinta. Punya la sarat pagar tu dengan mangga, silap2 10 tahun lagi roboh pagar tu. :D tapi memang cantik dan damai je tengok pemandangan dari atas.
Kami pusing2 kawasan sekitar, ada juga live band music tapi masa tu tak start lagi, malam rasanya. Kalau nak tengok ilumination start jam 7 malam, memang cantik tengok gambar, kami tak tunggu la lewat sangat. Budak2 pun dah letih waktu nih.
Masa balik kami amik keputusan nak naik cable car. Agak rugi jugak ye, sebab kalau tiket return berharga 7500 won, dan sehala 6000 won dewasa. Tapi nak merasa kami naik jugak. Dekat sini yang JP dan JD terkunci, hehe..Turun dari cable car, kami naik lift pulak (yang tengah) untuk ke jalan raya utama. Dari situ terus dapat teksi untuk ke Itaewon semula. Sambung lagi.. :)

8 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai berbuih jelez masa tgk darl ai snap pic kat sini....dia ckp if naik atas boley half rumah lama half lagik umah baru ek....

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

wahhh..bestnya....

nur easy said...

haaa bestnya naik tower..

lagi best nak ccar.. aa suka2 ;)

anumuchan said...

wah cantik rumah baru kak as :) pegi tower pulak.syioknyaa.

Asmara said...

Ayu, kawan ckp makan dalam restaurant korea atas tu sedap sangat. kami tak makan la. :D

Kak D, best2, hehe.. teringat citer cintan cintun korea. :D

EZ, kite ni penakut tp oklah tengok org naik semua selamat. hehe..

Anum, harus pegi kalau ke korea. hehe..

Anonymous said...

su salu tengok pemandangan kat korea/tempat-tempat menarik kat korea dekat program running man..hurm...teringin gak nak g korea..member2 da beli tiket air asia nak g bln 2 ni...xsempat nak join...klu g nnti teringin nak minum susu yg popular tu..susu pisang ke ape tah

Asmara said...

Sue sama, aha betul tu, kami pun dapat merasa banana milk tu, ada tuan kedai bagi masa beli brg kat kedai dia. sedap!

Anonymous said...

wah...kat malaysia msti xde jual..kene buat sendiri la banana milk..salu beli je kat kdai banana milk shake...