Monday, August 15, 2011

Science Festival

Festival tahunan yang diadakan di Yamadai, terbuka kepada semua pelajar2 terutama dari sekolah menengah dan rendah. Festival diadakan selama 2 hari mempamerkan hasil2 rekaan dan ciptaan pelajar2 universiti dalam bidang sains dan teknologi.
Festival ni diadakan pada 30 dan 31 Julai yang lepas. Kami sempat la pergi waktu petang hari terakhir. Dekat je jalan kaki dengan rumah. Budak2 ni teruja sangat mencuba segala macam benda yang dipamerkan. Seronoknya di sini kanak2 diberi peluang mencuba, merasa dan membuat sendiri benda2 yang dihasilkan.
Banyak jugak souvenir kecil2 yang dapat hasil buatan sendiri. Contoh lilin bawah tu dibuat perhiasan. Sebelum mencuba mereka memberi penerangan serba sedikit bagaimana benda tersebut dihasilkan dan bagaimana ia terhasil. Kadang2 kita guna tapi tak tahu pun cara buat dan asal mana sesuatu benda tu kan!
Seronok sangat selain dapat belajar benda baru dan menambah ilmu pengetahuan, kanak2 pun gembira dapat merasa hasil kerja tangan sendiri. Festival ni memang diadakan pada musim cuti sekolah jadi masa cuti diorang ni terisi dengan benda2 berfaedah. Masih ada seminggu lagi cuti sekolah. sebelum naik semula pada 22 Ogos depan. Cuti obon ni tak kemana pun malas sangat nak keluar masa puasa dan panas2 gini. Nikmatnya duduk dalam rumah dengan pasang aircond dan tido. hehe...(tapi jangan harap nak tido melayan 3 anak yang tak berhenti2 order macam2 dari celik mata sampai la semua pejam mata) huhu..

5 comments:

Hanis MY said...

bestnyaaa, dh la tgk kat tv pun dah sonok apatah lagi kalau tgk live leh cuba buat jugak...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sugoiiiiiiiiii
kecil2 dah kretif...
kenapa x mesia x buat gini gak ekkk?

che'iza said...

masuk jer rumah asmara ni... My son ni pun sibuk nak tgk.... Terus dia kata... " kat maner ni ibu saya sukalah ada invertor-inventor macam ni..... Pegi jom...." " Banyaklah ko kat jepun ni " Memang kids seronok benda2 macam ni....

Asmara said...

Hanis, bukan budak2 je suka, makpaknya pun sibuk2 nak buat juga. hehe..


Ayu, kat mesia bdk2 ganas kot. haha.. takut barang pecah gaknye. boring kan takat tengok je, sini siap boleh cuba pegang dan buat sendiri. best!

Asmara said...

CheIza, hahha.. tergelak pulak baca. budak2 mesti suka kan tengok benda2 ni lagi2 boleh buat sendiri. sayangnya kat msia tak nak bagi budak merasa buat dan pegang sesuatu hasil ciptaan tu. mungkin ada tp jarang kot. ;D