Wednesday, July 13, 2011

Lavender Park, Sagae


Weekend yang lepas, kami ke taman lavender di Sagae. Lebih kurang sejam perjalanan dari rumah. Sebelum masuk bulan puasa ni kami bawa anak2 jalan, nanti dah puasa agak mencabar nak berjalan disebabkan cuaca yang terlebih panas. Taman ni sangatlah luas, ada bermacam2 fasiliti selain dari taman bunga. Tak sempat nak pusing habis, cuaca panas sangat dengan budak2 ni sibuk sangat nak main air. Masuk taman ni free je. :)

Air tu sangat cetek, kalau tak panas mmg dah bawak pusing keliling ikut jalan air, lagi satu tak bawak selipar pun. :)

Antara yang sempat di ambil gambar. Panasnya waktu ni mencengkam2. hehe.. orang pun tak ramai waktu ni. Tempat ni biasanya diadakan pelbagai aktiviti, ada dewan, tempat bermain skate terbesar, golf park, dog park, taman herba, taman lavender, dan ada jugak pokok2 buah epal dan sakuranbo (kalau ada buah boleh petik), sempat juga petik sakuranbo tp pokoknya tak banyak buah, untuk hiasan saja kot.

Pokok Lavender tapi tak berbau wangi, hehe.. ambil gambar pun cepat2 panas terik. ;D tak sempat nak feeling2 jalan dalam bunga.

Taman yang cantik, agak penat berjalan dalam kawasan yang luas. Matsuri(pesta) pun biasanya diadakan di taman ni.

Haziq sempat petik bunga lavender tu, isk budak ni.. Batrisya peace sambil tutup mata, panas!

Kawasan tanaman pokok dan bunga dari persatuan juga orang ramai (aktiviti amal)

Jenis lavender jugak ni. Pokok tempat berteduh, kacang ke apa ni eh!

Haqem ni sampai2 terus je nak masuk air tu, mmg suka main air. Tu pulak dah penat berjalan, terlepek atas kerusi sambil berehat. hehe... ada kejadian jugak sebelum balik tu Haziq ngan Haqem berlanggar sesama sendiri dan terjatuh, bercalar dahi Haqem, tak sempat mama nak pergi taman herbs tu, hihi.. kesian budak2 ni. Nak bawak main kat taman permainan pun cuaca tak mengizinkan, beberapa hari ni siang sangat panas, bila malam hujan la pulak. :D

13 comments:

Hanis MY said...

bestnyaaa kak...i likeee flowers,nak ajak cinta jugak la huuu... mesti dia takmo g...
comel sgt haqem, geram nak cubit!

Asmara said...

hanis! sebelah cherryland tu je. hehe.. nnti boleh dtg lagi. :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kirei...suker
ayu dok plan nak gi kouen kat gunma sebab ada ladang lavender ....bila nk sampai tataw...but masuk ¥1000 penuh lavender jer...bunga lain x dak

Hanis MY said...

oo eh..nak g cherryland pun tak ingt dah haha sebab haritu folo kete jek...

Asmara said...

Ayu, taman ni free je. tak bnyk lavender, ada kat akita nun jauh di atas sana yg besar, 5 jam perjlnn. jln2 yg dekat ngan rumah je nih. hihi..

Hanis, la ye ke. hehe..

yatie chomeyl said...

rasa nak cubit2 je haqeem tu hehe

cplud miera said...

wah....syoknya ;)

anumuchan said...

comelnyaa haqem..nampak putih betul..culik jap..heeee...kalau jalan2 gini time haru mesti feeling habis..heee..batrisya tu umur brape kak..nmpk cm tinggi lak.hihi

Juwita Jamaludin said...

Best As jln2 bunga.. Kat sini tak tahu kat mana ada ladsng2 gitu.. Kena pandai cari kalau nak ke ladang mcm tu..

Asmara said...

Yatie, ahaha.. mmg selalu kene cubit ngan mama pun. ;D

Miera, best tp panas masa tu! muka masing2 mcm udang terbakar.

Anum, mmg putih, hehe.. tahun ni 7 tahun dah. :)

Ita, sana lg byk taman kot. boleh je cari, tp yg dalam 'ego' mmg x byk.

Unaizah said...

Bukankah lavender bau wangi? My mother ada tanam kat rumah,....memang wangilah every time anign bertiup.

Asmara said...

Kak Unaizah, supposedly mmg wangi, tapi haritu panas membahang, angin pun tak bertiup, tak dapat nak menghidu kewangiannya. hehehe..

nur easy said...

subhanallah..cantik sungguh