Friday, July 1, 2011

Musim Panas dah tiba!

*Ni entry semalam tau, nape ntah blogspot semalam tak leh nak sign in, asyik 'bad request' je, alang dah buat entry aii publish je la. ;)
IMGP9221
Selamat petang, kuih hari ni kita buat paling simple, tuna puff. Macam biasa gunakan bahan yang paling mudah iaitu roti canai segera. Selalu jugak buat ni untuk minum petang. Hari ni terlebih rajin amik gambar walaupun tau gambar tak cantik mana. heheh..

Hari ni dah start musim panas yang panas! huhu.. suhu sekarang adalah 28C! paling tinggi suhu hari ni 30C! tapi masih ok lagi ada angin2 sepoi yang bertiup. Jemur baju 5 jam je dah rangup kat ampaian tu. :D. Kalau di Jepun bila perubahan musim akan ada hujan sepanjang minggu dipanggil 'Tsuyu'. Lepas habis tsuyu ni akan panas la berpanjangan hingga tamatnya musim panas. Panas kat sini adalah panas kering sebab tu ramai yang tak sihat bila perubahan musim ni. Tak lama lagi pun nak puasa, bersabarlah dengan tahap kepanasan ni. Biasanya bulan Julai dan Ogos kemuncak kepanasan hingga boleh mencapai 40C!!

InsyaAllah sepanjang Ramadhan nanti waktu berbuka paling awal jam 6.15 petang dan paling lewat jam 6.50. Subuh adalah jam 3 pagi ye. Kami di luar negara kebanyakan ikut jadual Islamic finder, tapi di tempat lain yang ada masjid dan ramai umat Islam berkemungkinan ikut waktu2 yang dikeluarkan pihak komuniti Islam di sana. Bulan ni dan bulan lepas nampaknya bulan yang ramai menggantikan puasa dan berpuasa sunat. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Resepi tuna puff ni boleh dibuat menu berbuka juga. :)

Sumber: Rosjintanmanis
Bahan-bahan,
  • 3 keping roti paratha segera
  • 1 tin kecil tuna flakes
  • 2 sudu besar mayonis
  • sedikit hirisan bawang besar
  • sedikit lada sulah.
  • sedikit telur ( untuk gliss pada tuna puff nanti)
Cara-caranya
  • Buat inti tuna puff, buang minyak yang terdapat dalam tin tuna flakes, kemudian campurkan dengan hirisan bawang besar, mayonis dan lada sulah.
  • Selepas itu, ambil sekeping roti paratha segera dan bahagi 4 bahagian, letakkan satu sudu besar inti tuna di tengah-tengah roti paratha dan lipat kemas, se-akan bentuk segi tiga, susun tuna puff di atas dulang pembakar, pastikan bahagian yang di lipat diletakkan di bahagian bawah dan gunting sedikit permukaan tuna puff, gliss kan tuna puff dengan sedikit telur. Ulang langkah tadi sehingga roti paratha dan inti tuna flakes habis digunakan.
  • Akhir sekali bakar tuna puff di dalam oven pada suhu 180darjah, selama 25 hingga 30 minit ataupun sehinga puff perang. Sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.

13 comments:

nur easy said...

ujan2 ni, lapa pulak tgk puff comel gebu ni..hehe

ijayuji said...

Salam kak! kita ajerrr yg masih idung tinggi nak guna paratha segera ni buat pai, nak guna puff pastry jugak wakakaka... tp satu hari nanti akn dibuat jugak :D yerrrrr! mmg blogspot manjang bad request merajuk kot akak tak bg makan wakakaka...

Kamalia said...

akk,byk kali nmpk akk buat ni, tp bila sy nak cube ntah bila gaknye..
uwaa,plg awl kul 6.15 ek buka posa?sob..sob..harap2 wktu tu sy dah hbs pntgla..kot x,pitamss nak byr balik sebulan posa tuh..

Amie said...

Assalam Asmara,
samalah... Kak Amie pun dapat bad request juga...nak up-date blog pun macam rasa dah basi je menu tu... haahahhhaa.
nampak berkilat tuna puff tu...macam di kedai pulak...mesti laris kalau dijual nih...

Hisyam said...

Assalamualaikum,
kak kalu berminat sy boleh bt makeover utk blog akak juga FOC of cos ^^ ...just email me 7-8 gmbr2 yg sesuai utk diletak kt header n warna yg akak nk

Asmara said...

NoraEZ (hehe..) hujan ye sana. sini panas la pulak. :D

Ika, hahha.. tiap hari bg makan pon merajuk. nyampah aii! hihi..

Kam, mmg nasib baik dapat amik gambo, selalunya nasib tak baik la nak amik gambo makanan terus jadi gambar Haqem. ahahaha.. budak tu bukan boleh mama pegang camera, dia dah laju duduk depan kite. hehe..

Kak Amie, kan! semalam dia mabuks kot. hehe.. ni pun saje je publish malas nak simpan kat draf tu. hihi..

Juwita Jamaludin said...

as.. kami kat sini lagi panas As.. tiap hari sauna free tau.. dah la duk danchi tak de aircord .. so berpanas je tiap hari... sabar je dengan ujian ni

Ida,Japan said...

emm...sedapnyer tuna puff tu asmara..
panass...dah semakin panasss kan, betul tu, japan panas kering, perit rasanya, dah la siang tu panjang, awal pagi dh terpacak matahari.. 2 hari ni mendung jer kat sini...kurang la sikit panas tu..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai terjah umah akak ting tong...hikhik
natsu x tahan nk jejaln kat luar la serius cepat letih plus rasa mcm nak pitam jer...yg best 1 jer bila sidai baju sejam dah kering hahaha...sehary cuci 3 4 kali ....perut tgh lapar ni...puff ada lagik x??? ai pow kena gitew gak just leh login ngan IE dan iPhone jer....:((

Nurul Ain @ aien @ aiennam said...

salam
hye akak!
wah akak ade bakat jadi top chef lah! hee ;)
rindu lah picture2 little angel akak.heheh.kirim salam sayang utk anak2 akak semua!
lovie~
* ASMARA LIFE : ROCK mcm THE ROCK.hahah.

Asmara said...

Ita, kalau danchi tinggi bukak pintu luas sikit kot leh dpt angin kuat masuk. hehe..

K Ida, kalau mendung syok gak, nyaman, tp kalau ujan sepanjang hari pun x syok baju tak kering. hehe..

Ayu, wah! dah balik jenjalan eh. hehe.. jln time panas ni mmg sabo je la. byk minum air dan pakai payung. ekekeke...

Hi Aien, amboi chef dlam rumah boleh la makan anak beranak. hehe..tq dear. :)

Umie said...

best3x... nnt bole try resepi nie dgn tujuan nak abiskan tuna flakes tu...hehehe

Asmara said...

Umie! kan! senang je resepi2 yg aii suka buat. hehe..